Setiausaha Akhbar Zuraida Lepas Jawatan Sebab Mahu Bebas


Anne Muhammad 
   
WAWANCARA | Ahmad Soffian Mohd Sharif yang baru meletakkan jawatannya sebagai setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendedahkan beliau kini dalam rangka menyiapkan draf "teguran-teguran kepada kerajaan"

Ahmad Soffian yang bekerja dengan Zuraida Kamaruddin selama lebih dua tahun berkata, dia tidak menerima sebarang bayaran daripada mana-mana pihak.

Sebaliknya kata Ahmad Soffian, dia menganggap tugas itu sebagai tanggungjawab peribadi demi kepentingan negara dan rakyat.

“Rezeki saya biar Allah tentukan. Saya rasa peletakan jawatan saya dan apa yang akan saya lakukan selepas ini adalah khidmat kepada negara dan teguran bersifat profesional.

“Terus terang saya cakap, saya sendirian. Tak ada parti politik (di belakang)," katanya.

Pada masa sama Ahmad Soffian berkata dia tidak pasti sejauh mana pendapatnya mengenai kerajaan akan didengari, namun tetap akan mencuba kerana ia dianggap tugasnya berdasarkan pengalaman pernah bekerja dengan kerajaan.

“Apa yang saya nak, teguran itu boleh dimanfaatkan oleh kerajaan dan rakyat," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam.

Sebelum ini Ahmad Soffian mengaku meletakkan jawatannya kerana hilang kepercayaan terhadap pentadbiran PH.

Tidak dipengaruhi mana-mana pihak
Lelaki berusia 33 tahun itu berkata walaupun memandang tinggi kepada Zuraida, namun perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kerajaan PH hari ini.

“Masalah dikementerian kami, kami boleh diselesaikan, tapi bila ada orang tanya benda lain, kami tak boleh jawab.

“Jadi saya rasa, lebih baik orang macam saya tak perlu bernaung di bawah kerajaan," katanya.

Ahmad Soffian juga berkata, tegurannya itu nanti tidak boleh dianggap sebagai kritikan yang akan menimbulkan persepsi negatif.

Sebaliknya kata Ahmad Soffian apa yang diutarakan itu bersifat teguran intelektual hasil kajian yang dilakukannya serta pandangan secara bebas dan telus.
SyazlinAhmad Soffian berkata keputusan kerajaan untuk menggugurkan isterinya, peguam Syazlin Mansor, dari inkues Muhammad Adib Mohd Kassim juga mempengaruhi keputusannya untuk melepaskan jawatannya

Isu-isu lain, katanya, ialah kegagalan PH menunaikan janji manifesto, dan kemelut isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpanjangan.

Graduan undang-undang lepasan UiTM itu turut memberikan markah tiga per 10 kepada pentadbiran PH sekarang kerana melihat kerajaan gagal melaksanakan perkara yang sepatutnya dilakukan mereka dalam tempoh lebih setahun mentadbir negara.

“pada padangan saya yang biasa-biasa ni, tahun pertama PH kena kukuhkan dasar yang bagus untuk kita bawa dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

“Walaupun ada kementerian yang punya dasar tertentu tapi kita tak tahu apa yang dia nak buat tiga, empat tahun akan datang , tapi kebanyakan (kementerian) tak ada.

“Ada juga pelan pembangunan yang baik, tapi tak ada tindakan yang betul dan jenamakan semula dengan letak Harapan dihujungnya,” katanya ketawa.

Menurutnya lagi, ketika berkhidmat dengan KPKT, dia tidak boleh menegur secara terbuka bagi menjaga nama baik kerajaan walaupun menyedari ada sesuatu yang tidak kena

Katanya ia juga mungkin dianggap sebagai kegagalannya menjalankan taggungjawab.

“Saya ada tanggungjawab untuk pelihara kerajaan, saya kena pastikan kerajaan terjaga.

"Disebabkan itu, saya fikir lebih baik saya mengundur diri dan kemudian cakap apa saya nak sebab dalam keadaan begitu saya tak lagi dipertanggungjawabkan sebagai orang kerajaan," katanya.

Anak kelahiran Johor itu juga berkata, setiap pemimpin harus menerima teguran dengan hati terbuka demi kebaikan bersama.

“Orang kata ketaasuban dalam politik bukan hanya berlaku dalam BN, tapi PH juga, sampai anggap apa yang pemimpin kata itu maksum (tak salah). Itu tak boleh.

“Kita kena ada ruang tegur kepimpinan yang ada, dan pendapat rakyat juga harus didengari,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/setiausaha-akhbar-zuraida-lepas-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Akan Lepas Jawatan Tpm Pada Anwar

Tidak Akan Lepas Jawatan Tpm Pada Anwar

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad Penegasan ...
Tun M Takkan Biar Negara Kacau Bilau Apabila Lepas Jawatan Pm

Tun M Takkan Biar Negara Kacau Bilau Apabila Lepas Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 387 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini bertekad tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata memang menjadi hasratn...
Datuk Seri Wan Azizah Tidak Akan Lepas Jawatan Seperti Yang Dipersetujui

Datuk Seri Wan Azizah Tidak Akan Lepas Jawatan Seperti Yang Dipersetujui

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 380 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Azmin Harus Letak Jawatan Jika Bersalah Setiausaha Politik Anwar

Azmin Harus Letak Jawatan Jika Bersalah Setiausaha Politik Anwar

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 936 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terheret dalam skandal seks berprofil tinggi yang dikatakan berprofil tinggi dengan sesetengan pihak mendakwa dia adalah dalang di sebalik kempen bagi menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali...
Latheefa Tak Kejar Nama Jawatan Dan Wang Ringgit Zuraida

Latheefa Tak Kejar Nama Jawatan Dan Wang Ringgit Zuraida

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Latheefa Koya disifatkan sebagai seorang aktivis dan ahli politik yang tidak mengejar nama jawatan mahupun wang ringgit semata mata Sebaliknya bekas Pengarah Eksekutif L...
Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 504 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR Saya tidak bersetu...
Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan

Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 852 hits
Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Syah Syed Osman menggesa Latheefa Koya melepaskan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi membuktikan sikapnya dalam mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak Sebagai individu yang sering me...
Pertembungan 4 Penjuru Bagi Jawatan Naib Presiden Pas

Pertembungan 4 Penjuru Bagi Jawatan Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 377 hits
DENYUT REFORMASI Pertembungan empat penjuru dijangka berlaku bagi merebut jawatan naib presiden PAS apabila Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut dicalonkan bagi menduduki kerusi berkenaan Selain Ahmad Samsuri tiga penyand...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram