Latheefa Tak Kejar Nama Jawatan Dan Wang Ringgit Zuraida


KUALA LUMPUR – Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya disifatkan sebagai seorang aktivis dan ahli politik yang tidak mengejar nama, jawatan mahupun wang ringgit semata-mata.
Sebaliknya, bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu sentiasa menolak apa jua tawaran bertanding dalam pelbagai jawatan, termasuk peluang bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen selain kedudukan dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Zuraida Kamaruddin mendedahkan keperibadian Latheefa yang dikenalinya sebagai seorang yang gemar berjuang bermati-matian bagi menegakkan kebenaran walaupun ada kala memakan diri sendiri.
Kata Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), beliau kecewa dengan segelintir pemimpin khasnya yang mengenali Latheefa serta perjuangannya bukan sahaja dalam parti, sebaliknya secara umumnya.
“Mungkin sudah lupa, Latheefa juga yang berjuang bermati-matian dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu dia telah dihalau sehingga tidak boleh masuk ke penjara Sungai Buloh. Ini hanya salah satu daripadanya. Banyak lagi contoh.
“Latheefa memiliki latar belakang profesional sebagai seorang peguam dan aktivis serta menjadi pilihan terbaik kerajaan dalam mereformasikan tadbir urus yang lebih telus. Beliau kendalikan pelbagai kes berprofil tinggi berkepentingan awam tanpa gentar.
“Ada juga tawaran yang diberikan kepadanya sebelum ini, jawatan seperti ADUN, MP malah duduk dalam GLC semuanya beliau akan tolak mentah-mentah. Begitu besar pengorbanan beliau sejak dulu.
“Ini bukan jawatan mudah, malah sangat berbahaya tapi beliau sanggup untuk memikul tanggungjawab ini. Kepada pihak-pihak yang tidak ‘berpuas hati’ ini, kurang selesa dengan lantikan, janganlah polemikkan isu ini.
“Kita hendak melakukan reformasi, semua perlu terbuka dalam agenda reformasi seperti ini, jika kita yang melawan, kita halang reformasi, ini kita anggap ‘reverse’ reformasi. Sabar dan lihat dulu kebolehan beliau menerajui jawatan ini sebelum melompat memberikan pandangan.
“Memang dia layak untuk mendapatkan jawatan ini, jangan lupa Latheefa juga berjuang bersama-sama anda untuk Malaysia baharu ini, beri peluang itu terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka di Ampang hari ini.

Jelas Zuraida, walaupun ada pihak yang cuba memberikan alasan janji manifesto dalam Pakatan Harapan (PH), badan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melapor terus kepada Parlimen namun ia belum lagi dilaksanakan lagi.
“Itu belum dibuat lagi malah lantikan ini adalah sesuatu ke arah kebaikan, Latheefa sebenarnya adalah orang luar bukan akar umbi yang mampu memberikan keputusan jauh lebih neutral sebenarnya.
“Kita hormat tindakan Tun Mahathir yang melantik sendiri Latheefa mengikut perkiraan beliau sendiri daripada berbincang dengan Kabinet. Mungkin ini akan membawa kepada perkara yang lebih baik dalam berjuang menjadikan negara bebas rasuah.
“Mengapa sesuatu yang baik kita perlu politikan atau polemikkan seperti ini? Saya sangat berbangga seorang wanita seperti Latheefa diberikan peluang ini bagi menerajui sebuah badan yang bukan senang dan calang-calang.
“Cukuplah, hentikan polemik ini,” ujarnya.
Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi tempoh kontrak selama dua tahun, berkuatkuasa 1 Jun lalu.
Pelantikannya adalah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan diperkenan Yang di-Pertuan Agong. –MalaysiaGazette


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/latheefa-tak-kejar-nama-jawatan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latheefa Letak Jawatan Ahli Pkr Hanya Lakonan Dakwa Puad

Latheefa Letak Jawatan Ahli Pkr Hanya Lakonan Dakwa Puad

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 359 hits
Pelantikan KP SPRM baharu sekadar teruskan pendakwaan selektif Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Mohd Puad Zarkashi BANGI Jika Latheefa Koya yang melaungkan integriti gagal membuktikannya kerana menerima pelantikan maka apa ...
Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan

Naib Ketua Pemuda Pkr Gesa Latheefa Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 395 hits
Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Syah Syed Osman menggesa Latheefa Koya melepaskan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi membuktikan sikapnya dalam mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak Sebagai individu yang sering me...
Belum Terlambat Untuk Latheefa Undur Diri Tolak Jawatan Kp Sprm

Belum Terlambat Untuk Latheefa Undur Diri Tolak Jawatan Kp Sprm

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 369 hits
TANDA TANGANI PETITION BANTAH LANTIKAN LATEEFA KOYAMakin hari makin melebar sudut pelbagai pihak mempertikaikan perlantikan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Daripada perlantikan itu...
Kenapa Letak Nama Kor Ming Di Sjkc

Kenapa Letak Nama Kor Ming Di Sjkc

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 339 hits
Nga Kor Ming KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming didesak memberi penjelasan berhubung kontroversi penamaan bangunan sekolah rendah Cina di Simpang Perak sempena namanya Menurut seorang netizen Cally Ting yang menyiarkan klip...
Hentikanlah Berbohong Atas Nama Islam Dengan Alasan Ambil Sumber Lain

Hentikanlah Berbohong Atas Nama Islam Dengan Alasan Ambil Sumber Lain

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 654 hits
Seringkali Tedi merasa malu dengan perangai umat Islam di Malaysia ini Apabila berlaku sesuatu isu yang menginjak maruah umat Islam terutamanya kalimah Allah mereka secara tiba tiba akan menjadi wira wira papan kekunci Contohnya Tedi pernah...
Nama Islamku Tay Eng Soon

Nama Islamku Tay Eng Soon

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 365 hits
Anne Muhammad dan Mariam Nizar Hidayah Allah kepada umatnya datang dalam pelbagai bentuk Bagi seorang pemuda berusia 32 tahun kelahiran Kota Kinabalu jendela imannya dikuak ketika mula mula masuk ke gerbang institusi pengajian tinggi Tay En...
Nvidia Mengacah Tanda Nama Super Akan Melancarkan Sesuatu Di Acara Computex

Nvidia Mengacah Tanda Nama Super Akan Melancarkan Sesuatu Di Acara Computex

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 284 hits
Tahun ini sahaja NVIDIA telah memperlihatkan tiga hingga empat kad grafik baru untuk kelas pengguna daripada NVIDIA GeForce RTX 2060 NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti GTX 1660 dan GTX 1650 Terkini NVIDIA telah memperlihatkan sebuah video acah deng...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners