Setiap Malam Terdengar Suara Orang Menjerit



Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
Saja nak berkongsi cerita dari keluarga aku. Sahih ke tidak, aku tak jamin. Baca buat hiburan saja. Hehehe! 
Cerita aku pun tak ikut timeline. Mana yang ingat, aku ceritalah. Maaf kalau gaya penulisan tak berkenan di hati. Aku tak ambil kelas penulisan kreatif. 
BANDANG
Cerita ini aku dengar dari ayah aku. Ayah aku membesar di Melaka, tapi loghat, adat, suku masih ikut macam Negeri Sembilan, sebab sempadan kot? 
Korang pernah dengar perkataan 'Bandang'? Dari kecil lagi ayah aku kalau nampak anak-anak dia rambut tak reti nak sikat, ikat elok-elok, mesti dia kata, 
"Apo kau ni dah macam bandang ghoman (rupa) kau." 
Perkataan itu melekat juga kat anak-anak dia sampaikan kitorang kalau nampak orang rambut serabai mesti kitorang kata macam bandang. Padahal masa itu tak tahu pun bandang itu apa. Sampai mak aku marah, "panggil-panggil bandang tu, datang betul-betul tau la korang".
Bila dah dewasa sikit, aku pun ambil inisiatif nak tahu apa benda bandang ni. Aku pun tanyalah pada ayah. Ayah kata bandang ini sejenis hantu yang famous di kampung dia dulu dan dia pernah terjumpa sekali. 
Masa itu dia masih kecil, sekolah rendahlah kiranya. Bangun pagi nak mandi dan pergi sekolah. Zaman itu tak ada air paip, jadi kenalah mandi di perigi. Perigi pula jauh dari rumah, jadi berjalanlah dia seorang diri ke perigi itu. 
Masa itu gelap lagi dalam jam 6 pagi agaknya. Entahlah, dia tak ada jam. Lampu jalan pun tak ada tapi masih boleh nampak jalan raya, pokok apa semua la dalam keadaan samar-samar. 
Bila dah sampai ke perigi, dia buka pakaian nak mandi dan terdengar bunyi...
"Bbbrrrrr.... Bbbrrr....." 
Bunyi seperti orang menahan kesejukan. Tetapi bila tengok tepi, tak ada orang pun? Padahal bunyi itu macam dekat. Dia pun tinjau di sebelah depan (balik) perigi. Haa! Nampaklah satu makhluk ini sedang duduk mencangkung elok saja. 
Badannya besar dari manusia biasa. Muka tak nampak sebab rambut penuh di depan menutupi wajahnya. Rambut dia mengerbang panjang, kasar-kasar seperti penyapu sambil itu tak berhenti buat bunyi "Bbbrrr..... Bbbrrrr....." 
Ayah aku dah ketar lutut nak lari dah tetapi dia ingat pesan orang-orang tua (entah orang tua mana pesan kat dia) yang mana kalau nampak bandang ni kita lari, nanti kita kena demam panas sambil buat bunyi "Bbbbrrrr.... Bbrrr..." yang macam badang itu buat.
Dia kata memang biasa dah orang kampung terjumpa bandang ni.
Jadi, ayah pun batalkan niat nak lari. Dia buat relaks saja cedok-cedok air sikit simbah badan. Kemudian ambil kain baju, perlahan-lahan undur dan bila dah jauh sikit dari perigi, barulah dia lari. Bandang itu pun tak kacau apa. Duduk saja di situ sampai ayah aku blah. 
'BENDA ITULAH!'
Cerita ini juga berlaku pada ayah juga dan masa ini dia baru masuk FELDA. Aku pun baru berusia tiga tahun. 
Mula-mula masuk rumah Felda, mak aku kata memang sedih tengok keadaan rumah. Macam rumah yang ditinggalkan dengan lalang tinggi berdiri. Sebab itu ada yang tak tahan bila nampak rumah itu begitu terus blah lari dari Felda. Jenis yang tak sanggup nak hidup susah. 
Jadi, aktiviti utama pada masa itu adalah mengemas kawasan rumah. Lalang memang naik sampai ke lantai rumah. Kena tebas semua, kemudian cuci atas rumah, gosok bagi lantai licin. Al-maklumlah rumah lantai kayu dan tak pernah duduk, penuh dengan selumbar. 
Mak kata, 2-3 minggu selepas itu bermulalah gangguan dialami oleh ayah aku yang selalu mengadu sakit bahu. Awalnya mak buat biasa saja dan menyangka mungkin ayah penat menebas, cuci rumah apa semua kan. 
Tetapi selepas itu makin lama makin teruk pula keadaannya sampai tahap ayah aku tak boleh nak berdiri. Katanya bahu terasa berat sangat. Mak pula selalu rasa macam ada orang jalan-jalan dalam rumah. Tetapi bila tengok, tak ada. Mak tak hairan sangat tentang hal itu sebab dia kata gangguan seperti itu biasa saja. 
Tiap-tiap malam terdengar suara orang menjerit, kejap rumah ini, kejap rumah itu. Yela, kawasan baru duduk kan? 
Bila dah teruk sangat, sampai ayah aku tak boleh nak pergi menoreh, mak pun minta tolong dari jiran kalau ada sesiapa yang mahir mengubat orang ini. Jiran pun tolong bawa ayah pergi berubat ke sana sini. 
Masa itu, seorang jiran saja yang ada kereta. Yang lain semua miskin. Kalau siapa-siapa sakit ke, nak pergi pekan ke, jiran inilah yang tolong bawakan. Last-last dia jadi ketua kampung. 
Mak aku kata dia tak berapa ingat berapa ramai yang dia pergi berubat. Tapi masalahnya setiap kali nak pergi berubat, ayah aku elok. Tapi bila di rumah punyalah melepek takboleh bangun, muka tak berdaya, sampai kena papah masuk dalam kereta. 
Bila keluar saja dari kawasan Felda itu, segar bugar. Siap lepak minum di pekan Bahau lagi, langsung tak sakit. 
Bila dah tengok sihat macam tu, diorang pun bawalah ayah balik. Sampai di rumah, naik rumah terus melepek semula, tak boleh bangun. 
Bila dah banyak kali jadi begitu, mak pun ikhtiar cara lain dengan meminta perawat datang ke rumah pula sebab gangguan berlaku di rumah saja kan. 
Mak kata, perawat yang terakhir sekali datang itu bukan setakat ubatkan ayah, tetapi mereka pagarkan sekali kawasan rumah di kejiranan itu. Alhamdulillah dah tak ada gangguan teruk sejak dari itu. 
Jadi bila perawat ini naik atas rumah dah tengok ayah aku, dah periksa bilik, dia pun duduk depan ayah dan tanya.
"Kau ada alih katil dalam bilik tu ke hari tu?" 
"Ada," jawab ayah. 
"Haa tu la dia marah. Dia kata kau alih katil itu dah menghalang laluan dia," katanya. 
"Manalah aku tau, bukan aku nampak," jawab ayah. 
"Sekarang ni dia duduk bertenggek di atas bahu kau. Tu yang bahu kau rasa sakit saja. Tapi dia tak boleh keluar dari rumah ini dan sebab itu bila kau berada dalam rumah ini je rasa sakit," katanya. 
Dipendekkan cerita, perawat itu pun berbincang dengan makhluk itu dan meminta dia pindah. Tak tahulah cerita selanjutnya. 
Mak kata, proses merawat ini makan masa berhari-hari juga dan dalam masa itu ayah dan anak-anak diminta duduk menumpang dulu di rumah jiran. Tapi perawat itu beritahu benda alah itu nak keluar, cuma syarat dia, dia nak tunjuk muka sebelum keluar nanti. 
Lebih kurang hari ketiga, mak balik ke rumah seorang diri pagi itu, nak kemas rumah katanya. Dah buka pintu tingkap semua, dia pun mulalah menyapu. Tengah dia menyapu area tengah rumah, dia perasan seperti ada orang mengikutnya dari belakang. 
Bila dia melangkah setapak, bunyi di belakang pun seperti melangkah setapak. Bila langkah dua tapak, yang belakang pun melangkah dua tapak juga. 
Mak nak lari tetapi takut benda itu kejar. Jadi dia pun sambung menyapu sambil menyusur di dinding rumah nak turun ke pintu dapur. Mak langsung tak pandang atas, takut katanya. Dia memang tunduk sajalah pandai lantai sambil menyapu. 
Rumah Felda ini, dari ruang tengah nak turun ke dapur ada tiga anak tangga. Mak nak lari ikut pintu belakang ni kenalah turun dapur dulu. Sampai di area dapur, mak tak terus lari tetapi acah-acah menyapu lagi. Tapi bunyi yang mengekorinya tadi sudah berhenti. 
Sambil tunduk itu dia menjeling ke arah tangga tadi. Nampaklah kaki besar bukan main tegak saja di atas tangga itu. Macam kaki beruk berbulu-bulu. Memang dia tak ikut dah tapi dia macam perhati saja mak menyapu. Mak pun bila dah sampai saja ke pintu nak ke bawah, perlahan-lahan turun. Bila dah jejak tanah, tak sempat sarung selipar terus berlari ke rumah jiran. 
Bila beritahu dengan perawat itu, dia kata, "Benda itu lah yang duduk di atas bahu Amin (ayah) ni. Kan dia nak tunjuk diri sebelum keluar. 
Sumber: Forumer Omyclay via thereporter

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://maitengoktengok.blogspot.com/2019/02/setiap-malam-terdengar-suara-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shalat Malam Dibuka Dengan Dua Rakaat Ringan

Shalat Malam Dibuka Dengan Dua Rakaat Ringan

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 371 hits
Shalat malam itu dibuka dengan dua rakaat ringan sebagian orang menyebut dengan shalat iftitah Berikut disinggung oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Riyadhus Sholihin Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi Kitab Al Fadhail 212 Bab Keutamaan Q...
5 Wisata Semarang Yang Wajib Dikunjungi Saat Malam Hari

5 Wisata Semarang Yang Wajib Dikunjungi Saat Malam Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 286 hits
Beberapa kawasan wisata di Semarang tidak hanya dapat dikunjungi di pagi atau siang hari tetapi juga masih dapat dinikmati di malam hari Berikut beberapa rekomendasi tempat wisata malam hari di Semarang yang patut untuk dicoba
Zahirah Macwilson Payung Foto Malam Berinai Lawa Sangat

Zahirah Macwilson Payung Foto Malam Berinai Lawa Sangat

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1138 hits
Nampaknya benarlah apa yang tular mengenai tarikh perkahwinan antara pasangan selebriti ini Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson apabila mereka dikatakan bakal bersatu pada 20 02 2020 Walau bagaimanapun semalam membuatkan peminat dan pen...
Gambar Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza Malam Berinai

Gambar Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza Malam Berinai

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1314 hits
Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza Selain Emma Maembong yang telah pun bernikah pada Tanggal 20 Februari 2020 hari ini juga bakal menjadi tarikh yang bermakna dan istimewa buat pasangan sama cantik sama padan Zahirah Macwilson dan Aima...
Hanya Sekali Lafaz Zahirah Sah Jadi Isteri Aiman Hakim Pada Malam 20 02 2020

Hanya Sekali Lafaz Zahirah Sah Jadi Isteri Aiman Hakim Pada Malam 20 02 2020

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 358 hits
Pasti peminat dunia hiburan di malaysia sudah tahu hubungan antara Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson yang melangsungkan perkahwinannya hari ini Video yang kami ambil dari Instagram peminat mereka sendiri menunjukkan upacara akad nikah Denga...
Malam Berinai Zahirah Macwilson Bertemakan Bollywood 20 Februari 2020 Adalah Tarikh Pilihan Pasangan Ini

Malam Berinai Zahirah Macwilson Bertemakan Bollywood 20 Februari 2020 Adalah Tarikh Pilihan Pasangan Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1081 hits
Siapa je tak kenal pelakon Curi Curi Cinta Zahirah Macwilson dan juga Aiman Hakim Ridza kan Korang nak tahu tak semalam Ohmedia melihat beberapa gambar dan video yang dimuatnaik oleh Zahirah sendiri mengenai majlis berinai mereka di Instagr...
Bakal Bergelar Isteri Malam Berinai Zahirah Macwilson Bertemakan Bollywood

Bakal Bergelar Isteri Malam Berinai Zahirah Macwilson Bertemakan Bollywood

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 643 hits
Spekulasi berkenaan majlis pernikahan pelakon cantik yang Zahirah Macwilson dengan aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza seakan menemui jawapan apabila majlis malam berinai Zahirah berlangsung meriah malam ini Bertemakan Bollywood Zahirah c...
Selalu Bawa Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Ada Masalah Tidur

Selalu Bawa Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit Ada Masalah Tidur

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 443 hits
Gambar Sekadar HiasanUmur berapa sesuai bawa anak keluar malam Ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil hirau tentang hal ini Mereka bawa bayi keluar hingga larut malam seolah olah sudah tidak ada siang lagi esoknya Ada juga ibu bapa yang t...
4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 281 hits
Makanan tinggi serat bisa membantu organ pencernaan dan membuat perut kenyang lebih lama Walau begitu terdapat juga makanan yang berdampak sebaliknya dan malah membuat upayamu untuk menurunkan berat badan menjadi percuma
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord