Setiap Hari Ibarat Hari Terakhir Dalam Hidup Nyawa Bergantung Kepada Mesin



Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin. Bebas daripada jangkitan virus Covid-19 ibarat mati hidup semula kerana setiap hari sepanjang tempoh rawatan ibarat hari terakhir dalam kehidupan.
Itu pengalaman yang dikongsi oleh seorang bekas pesakit Covid-19, Sariah Yahya yang dipetik dari perkongsiannya di Facebook.
Katanya, dia reda andai malam itu adalah malam terakhirnya dan sebelum tidur akan ‘berdialog’ dengan Allah, mengucap dua kalimah syahadah, minta ampun dengan Allah.
“Bila sedar subuh jururawat datang ambil darah pukul 5.30 pagi, dan jantung masih berdegup… Allahuakhbar… Alhamdulillah… bernyawa lagi aku,” kongsinya.
Menurut Sariah setelah dikenal pasti positif Covid-19 dia dibawa ke hospital Sungai Buluh. Sepanjang di hospital itu dia bertukar wad sebanyak empat kali dengan yang terakhir wad 5B.
Pada peringkat permulaan katanya, diri merasakan tidak kritikal, malah walaupun mengalami sesak nafas tidak ada rasa takut kerana ada bantuan oksigen.
Katanya, apabila doktor ambil darah dan bacaan paru-paru, rasa takut mula datang, bacaan paru-paru turun sampai 88 dan kandungan oksigen dalam darah juga menurun.
Ketika itu langsung tidak boleh berpisah daripada bekalan oksigen walaupun ketika ke tandas. Tanpa bantuan oksigen terasa seperti hilang nyawa.
Kata Sariah, pada keesokannya, dia dibawa ke Wad 7A, disebabkan rasa takut dia tidak tanya doktor kenapa.
Seorang petugas kesihatan memberi rawatan kepada pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). – UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD Di wad baharu itu prosesnya sama iaitu diambil darah hingga berbotol-botol. Selepas dapat keputusan dia dibawa turun ke Wad 4D pula.’
Ketikan di wad baharu itru doktor beritahu dia perlu dipantau 100 peratus. Tidak boleh bergerak ke mana-mana. Kena berada atas katil sepanjang masa.
Katanya, masa itu adalah malam ketiga dia di hospital Sungai Buloh.
Ketika itu katanya rasa semangat mula jatuh. Semalaman tidak boleh tidur. Bacaan paru-paru turun. Esoknya doktor buat rawatan lagi.
Darah diambil sejam sekali. Bacaan paru-paru, tekanan darah, jantung diambil tiga kalin sehari.
“Bila aku nampak jururawat bawa mesin aku jadi fobia. Seolah-olah aku rasa nyawa aku pada mesin itu,” kata Sariah.
Katanya, dia sudah sampai ke tahan tidak rasa apa lagi dah ketika jarum dicucuk untuk ambil darah sejam sekali.
Badan pula katanya, ibarat sudah hancur, lebam macam kena pukul.
Setiap hari rutinnya seperti itu. Buang air besar dan kecil semua atas katil. Pakai lampin.
Katanya, dia berada dui wad 4D itu selama tujuh hari.’
“Siksanya hanya Allah yang tahu. Aku hanya diam. Hari-hari tunggu apa doktor cakap. Hari-hari aku lalui dengan air mata.
“Dalam hati hanya berfikir mati. Dengar pula berita-berita kematian dari Hospital Sungai Buloh setiap hari,” katanya.
Tetapi kata Sariah, dia tetap kuat dengan berbekalkan doa emak, ayah, adik-beradik, keluarga dan sahabat handai.
Mereka memberikan kata-kata perangsang melalui panggilan telefon dan whatsapp yang menjadi penguat semangat untuk terus berjuang.
Apabila sudah lepas tahap kritikal katanya, dia dipindahkan ke Wad 5B. Di situ dia diletakkan di bawah pengawasan doktor selama enam hari.
Malam pertama katanya, darah keluar ikut hidung ketika bersin.
“Allahuakhbar… Ujian apakah lagi…Kali ni aku diam. Aku tak beritahu doktor sebab takut dibawa ke unit rawatan rapi (ICU).
“Aku sudah reda malam itu kalaulah itu malam terakhir ku. Aku ‘berdialog’ dengan Allah… Sebelum tidur aku mengucap siap-siap… minta ampun dengan Allah atas segala dosa-dosaku.
“Lap hidup tengok ada darah lagi. Lama-lama penat tertidur. Apabila sedar subuh, jururawat datang ambil darah aku pegang hidung dan dada… Kat hidung sudah tidak ada darah dan jantung masih berdegup… Allahuakhbar..  Alhamdulillah… Bernyawa aku lagi… Lepas itu semangat terus kuat,” ceritanya.
Kata Sariah dia berada di Wad 5B itu selama enam hari dan keseluruhannya dia berada selama 16 hari di Hospital Sungai Buluh.
Malam terakhir, katanya, ada seorang meninggal dunia, Dia nampak  doktor dan jururawat cuba selamat tetapi masanya sudah sampai.
Sariah memberitahu, di hospital itu doktor dan jururawat kerja berlari-lari tidak ada yang berjalan santai.
Setiap jam mereka akan kejutkan pesakit untuk memastikan mereka menggunakan gas dengan betul.
Katanya, ada yang meninggal dunia ketika tidur disebabkan topeng gas itu beralih dari mulut.
Kata Sariah, selepas gasnya dilucutkan dia dibenarkan turun dari katil dan dibenarkan mandi.
Selama 16 hari itu katanya dia langsung tidak mandi hanya dilap dengan tisu basah.
Kini Sariah sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buluh namun masih diletakkan di bawah pemantauan di Pusat Kusta Sungai Buluh.
Berdasarkab pengalaman yang dilaluinya itu, Sariah meminta semua orang jaga diri, jika tidak ada hal penting duduk saja di rumah.
“Lepas diri sendiri yang kena bila nampak orang sambil lewa rasa nak ikat saja biar duduk di rumah,” katanya.
Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO] Resepi Almond Nutella Cookies Rangup Layari Laman Facebook MYKMU

Asyraf Wajdi yakin ahli Parlimen UMNO ikut keputusan MKT

 
The post Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/13/setiap-hari-ibarat-hari-terakhir-dalam-hidup-nyawa-bergantung-kepada-mesin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Berlatih Tahan Nafas Untuk Anda Amalkan Setiap Hari Tingkatkan Keupayaan Diri

Panduan Berlatih Tahan Nafas Untuk Anda Amalkan Setiap Hari Tingkatkan Keupayaan Diri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 223 hits
Kenapa perlu berlatih tahan nafas Saya dah tulis berkenaan kebaikan amalan tahan nafas dengan sengaja ini dalam artikel sebelum ini Kalau tak baca lagi boleh pergi baca sekarang kat sini Apa kaitan bernafas jumlah pernafasan yang anda buat ...
Angka Kematian Covid 19 Menanjak Pemkot Tangsel Pesan 50 Peti Mati Setiap Hari

Angka Kematian Covid 19 Menanjak Pemkot Tangsel Pesan 50 Peti Mati Setiap Hari

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 206 hits
Wali kota Tangsel mengakui berdasarkan laporan yang dia terima setiap hari pada bulan Juli 2021 ini rata rata jenazah covid yang dimakamkan di TPU Jombang berjumlah 40 jenazah setiap harinya Angka itu jauh lebih tinggi dibanding periode pun...
Perkhidmatan Van Transit Orang Kurang Upaya Mbpj Ke Ppv Setiap Hari Dapatkan Info Lengkap Disini

Perkhidmatan Van Transit Orang Kurang Upaya Mbpj Ke Ppv Setiap Hari Dapatkan Info Lengkap Disini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 225 hits
Gologan Orang Kurang Upaya diberi pelbagai keistimewaan oleh kerajaan dan juga pelbagai bantuan dan disini dapat dilihat bahawa golongan OKU ini sentiasa mendapat perhatian oleh pelbagai pihak Selain itu mereka juga diberi perhatian yang sa...
Hospital Bertukar Hitam Sokong Doktor Kontrak Pada Hari Terakhir Kempen

Hospital Bertukar Hitam Sokong Doktor Kontrak Pada Hari Terakhir Kempen

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 378 hits
FMT ReportersPenyokong berpakaian hitam pada hari terakhir kempen Code Black hari ini PETALING JAYA Hari terakhir gerakan Code Black untuk menyokong doktor kontrak kini mencapai kemuncaknya Inisiatif itu yang dianjurkan Persatuan Perubatan ...
Gempar Negara Rekodkan Purata Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari

Gempar Negara Rekodkan Purata Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 346 hits
July 1 2021 Negara merekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata mengikut pecahan kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun...
Jute Bag Tiffin Dan Novel Hadiah Hari Lahir Yang Terakhir Sa Terima

Jute Bag Tiffin Dan Novel Hadiah Hari Lahir Yang Terakhir Sa Terima

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum Hi korangOkey last update dah bosan korang erk SA up entry hadiah hari lahir ni SA bukan nak menunjuk tapi nak abadikan dalam blog nanti dah tua tua nanti boleh baca semula Lagipun ianya sebagai tanda penghargaan buat mereka...
Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 229 hits
Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021 Se...
Orang Yang Dimaki Hamun Oleh Rakyat Setiap Hari Adalah Taste Mahathir Untuk Jadi Pm

Orang Yang Dimaki Hamun Oleh Rakyat Setiap Hari Adalah Taste Mahathir Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 268 hits
Tidak pelik jika unta tua ini pilih semburit Memang itu pun plan beliau bila dia mensabotaj kerajaan PH dengan memberikan laluan mudah untuk semburit bersama gerombolannya merampas mandat rakyat pada Februari tahun lalu Tapi dia tak lupa na...
Adakah Benar Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

Adakah Benar Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 270 hits
ADAKAH BENAR MELIHAT JUMLAH KES COVID19 SETIAP HARI ITU MEMBERI KESAN Assalammualaikum wbt Benarkah begitu Adakah ianya memberi kesan kepada emosi dan pemikiran kita hingga timbul banyak masalah yang lain pula Adakah kita cuma perlu buat bu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp