Setia Menunggu Jasad Suami Isteri Pesara Felcra Pilu
Isteri tetap sedia menunggu ‘jasad’ suami walaupun sudah memasuki hari ketiga pencarian. Biarpun hati berduka dengan cara pemergian suami begitu kejam, Sabriah tetap setia menunggu.
Jauh disudut hati walaupun hanya sekujur tubuh itu sudah memadai untuknya untuk melihat kali terakhir mayat arwah suaminya. Redup mata sambil berlinangan air mata, membuatkan hati Subhiah Roslina Shahibi, 57 isteri kepada mangsa pilu dengan dugaan buat diri dan keluarganya.
Menerusi laporan Sinar Harian, melaporkan operasi pencarian pesara Felcra Sabari Baharom, 62, pada hari ketiga di Sungai Padang Terap, di sini berakhir tanpa sebarang petunjuk pada Rabu. Operasi yang disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan pencarian radius 13 kilometer.
Subhiah Roslina Shahibi, 57 isteri kepada mangsa pilu dengan dugaan buat diri dan keluarganya.
Berkongsi lanjut, Subhiah berkata beliau hanya mengetahui perkembangan siasatan yang mendapati suaminya itu dicampak ke sungai itu kira-kira 2 petang semalam menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.
“Pada mulanya, anak saudara suami maklumkan dalam kumpulan (WhatsApp) itu, kemudian anak suami pula beritahu mereka berada di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah) berjumpa dengan Ketua Polis Negeri.
“Dari situ saya dapat tahu suami dibuang ke dalam sungai. Walaupun berat, saya lega kerana selepas 26 hari menunggu, akhirnya ada jawapan. Sekarang, kami hanya menunggu jasad suami ditemukan,” katanya.
KRONOLOGI KEHILANGAN SABARI
Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.
4 dan 5 September 2024
Seorang wanita tempatan dilaporkan melakukan transaksi wang daripada akaun Sabari hasil penelitian polis melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).
20 September 2024
Anak Sabari dimaklumkan mengenai penemuan Proton Waja yang dipandunya ditemui penduduk dalam keadaan terbakar di Belantik, Sik.
24 September 2024
Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sabari.
27 September 2024
PDRM Kedah berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang disyaki dapat membantu siasatan kes.
Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua tersebut bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra Kedah dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
30 September 2024
Operasi mencari jasad mangsa di Sungai Padang Terap Jitra, Kedah dijalankan oleh polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melibatkan radius lima kilometer dari lokasi mangsa dipercayai dibuang.
1 Oktober 2024
Operasi pencarian jasad mangsa diteruskan pada hari kedua bermula jam 9 pagi dengan radius diperluaskan kepada 12.8 kilometer dari Jambatan Kampung Empa yang dipercayai lokasi mangsa dibuang.
Satu lagi sektor pencarian adalah melibatkan kawasan Loji Rawatan Air Pelubang ke Tandop Chegar melibatkan radius kira-kira tujuh kilometer.
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
The post Setia Menunggu Jasad Suami, Isteri Pesara Felcra Pilu appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/setia-menunggu-jasad-suami-isteri-pesara-felcra-pilu/