Setelah Najib Sampaikan Permohonan Maaf Namun Tajuddin Tetap Dipecat Ini Adalah Penghinaan Buat Umno


 



May 27, 2021 Hanya sehari selepas mencetuskan kontroversi dan kecaman ramai berikutan penampilan dan kata-katanya dalam sidang media semalam yang dianggap tidak wajar dengan malapetaka yang sedang menimpa negara iaitu insiden perlanggaran tren LRT, Tajuddin Abdul Rahman secara serta-merta dipecat daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Bhd.
Pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz lewat petang tadi.
Menteri Kewangan Diperbadankan adalah pemegang saham tunggal Prasarana Bhd yang memiliki sebahagian besar rangkaian pengangkutan awam di negara ini.
Tiada sebarang sebab diberikan oleh Tengku Zafrul sebagai alasan pemecatan itu, tetapi ia dipercayai kerana sikap dan penampilan Tajuddin yang tidak wajar serta memalukan dalam sidang medianya berikutan insiden pelanggaran tren LRT itu, selain mungkin juga disebabkan kelewatannya turun turun padang melawat tempat kemalangan.
Sebagaimana beberapa petikan video sidang media Tajuddin telah tular di media sosial dan menimbulkan kecaman ramai, susulannya turut muncul satu petisyen yang mendesak bellau meletakkan jawatannya.
Meskipun pemecatan Tajuddin adalah sesuatu yang boleh diterima secara amnya, tetapi tindakan memecat beliau secara serta-merta di hari cuti umum Hari Wesak adalah suatu penghinaan buat UMNO dan BN yang merupakan pemegang jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN sekarang.
Dengan hakikat bahawa Tengku Zafrul bertindak memecat Tajuddin tentunya atas restu dan pengetahuan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin, UMNO kini secara terang-terangan telah dimalukan di sebalik parti itu telah pun memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu.
Kenapa kerajaan PN yang diterajui Presiden Bersatu begitu ghairah ingin memecat Tajuddin seolah-olah “tiada lagi hari esok”?
Apakah Tajuddin telah melakukan kesalahan jenayah serius melalui jawatannya sehingga pemecatannya perlu dibuat secara serta-merta, tidak boleh ditangguhkan, dilakukan pada hari cuti umum dan langsung tidak boleh dimaafkan?
Tidak bolehkah ditunggu sehingga esok pagi atau tidak bolehkah Tajuddin dipanggil dan dinasihati, sama ada oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan agar lebih beradab dalam mengadakan sidang media selepas ini?
Tambahan lagi, pada petang tadi, Najib Razak sendiri tampil menyatakan beliau telah menghubungi Tajuddin dan Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengaku kesilapannya kerana berseloroh secara berlebihan dalam sidang media semalam serta memohon maaf atas keterlanjurannya.
Najib turut menyebut bahawa Tajuddin juga meminta maaf kepada wartawan yang mungkin tersinggung dengan cara dan kata yang dilafazkannya.
Dalam hal ini, apakah ia bermakna permohonan maaf Tajuddin yang disampaikan melalui Najib langsung tidak dipedulikan dan tidak diterima oleh kerajaan?
Kepada UMNO, haruslah disedari bahawa Tajuddin adalah pemimpin penting parti berikutan jawatannya selaku Pengarah Pilihanraya dan sekarang, apakah mereka rela dimalu dan dihina begitu saja?
Tidakkah jika UMNO tidak mampu berbuat apa-apa, ini bermakna parti itu tidak ubah seperti “tawanan perang” kepada Bersatu dan PN dalam #KerajaanGagal yang diterajui Mahiaddin? (ShahbudinHusin 26/05/2021)










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/setelah-najib-sampaikan-permohonan-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Says Tajuddin Sorry For Being Insensitive Will Quit When Umno Says So

Najib Says Tajuddin Sorry For Being Insensitive Will Quit When Umno Says So

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 290 hits
Former Umno president Najib Abdul Razak claimed that Tajuddin Abdul Rahman will be apologising for his gaffes and being insensitive at a press conference yesterday on the LRT accident He also said the Pasir Salak MP will be resigning as Pra...
Kerajaan Gagal Dalam Permohonan Lucut Hak Wang Tunai Rm114 Juta Milik Najib Umno

Kerajaan Gagal Dalam Permohonan Lucut Hak Wang Tunai Rm114 Juta Milik Najib Umno

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 didakwa milik Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Ja...
Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan Sprm Pula

Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan Sprm Pula

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 290 hits
Dua hari yang lalu ekoran dari keceluparan mulutnya Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari pengerusi bukan eksekutif Prasarana Malaysia Berhad selepas berseloroh pada sidang media berhubung kemalangan dua tren transit...
Jangan Buat Najib Dan Umno Gelabah Dan Tergagap Nak Jawab

Jangan Buat Najib Dan Umno Gelabah Dan Tergagap Nak Jawab

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 284 hits
Jangan SETAKAT melalak dan menuduh Muhyiddin tidak prihatin rakyat Sekarang bila dah mampu lakukanlah secara dramatic untuk rakyat
Making Umno S Tajuddin A Scapegoat

Making Umno S Tajuddin A Scapegoat

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 304 hits
I AM not defending Tajuddin Rahman over his immediate sacking from Prasarana but no mentioning at all of the Transport Minister In many countries some heads must roll i e the minister and the CEO chairman of the company The sentiment of our...
Najib Sekadar Hebat Troll Buat Apa Yakinkan Mp Umno Keluar Tergolek Dog La Pn

Najib Sekadar Hebat Troll Buat Apa Yakinkan Mp Umno Keluar Tergolek Dog La Pn

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 211 hits
Kaka Ida Abdullah Mohon Bossmu yakinkan MP UMNO keluar dari kerajaan gagal barulah hero Jadi fbfamous buat apa UMNO keluar PN tergolek la kerajaan gagal
Tuduh Rita Amp Lufya Anti Vaksin Fara Hanim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Tuduh Rita Amp Lufya Anti Vaksin Fara Hanim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 303 hits
Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila seorang pengacara Fara Hanim Razak mendakwa dua orang jirannya dalam kalangan artis merupakan anti vaksin kerana sering menyebarkan dakyah rebus bunga cengkih untuk elak virus Covid 19 ...
Hiburan Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf

Hiburan Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 279 hits
Semalam heboh apabila ibu Neelofa Noor Kartini menerima selaran orang ramai selepas dilihat memuat naik Insta Story yang seperti mempertikaikan sistem raja perlembagaan di Malaysia BACA AdvertisementWalaubagaimanapun wanita itu kemudiannya ...
Ahmad Maslan Terkejut Tajuddin Dipecat Harap Jadi Iktibar

Ahmad Maslan Terkejut Tajuddin Dipecat Harap Jadi Iktibar

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 361 hits
Ahmad Maslan berkata beliau menghormati keputusan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menamatkan perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd PETALING JAYA Setiausaha Agung Barisan Nasional Ahmad Maslan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord