Kerajaan Gagal Dalam Permohonan Lucut Hak Wang Tunai Rm114 Juta Milik Najib Umno


 

KUALA LUMPUR - Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, didakwa milik Datuk Seri Najib Razak dan UMNO.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.
Katanya, pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram iaitu Asisten Komisioner D Rajagopal gagal menunjukkan wang itu adalah harta curi, wang dipindahkan hasil daripada pecah amanah jenayah atau penipuan serta gagal menjelaskan bagaimana pecah amanah jenayah atau penipuan berlaku.
Bagaimanapun, status wang berjumlah RM114,164,393.44 tidak diputuskan selepas tiada sebarang perintah dikeluarkan mahkamah sama ada ia akan dikembalikan kepada pemilik atau disimpan kerajaan.
"Rajagopal gagal mendedahkan dan mengenal pasti siapa diamanahkan dengan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), siapa yang mempunyai penguasaan dominan ke atas wang 1MDB dan dengan curang menyalahgunakan wang dana itu serta gagal menjelaskan bagaimana Najib adalah ejen 1MDB.
"Mahkamah juga mendapati pemohon gagal membuktikan kaitan antara wang dalam akaun Ambank milik Najib dengan wang yang disita.
"Jadi, saya menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak wang RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence itu," katanya.
Muhammad Jamil berkata, atas imbangan kebarangkalian, pemohon gagal membuktikan wang disita dikaitkan dengan pengubahan wang haram atau hasil aktiviti haram membabitkan pecah jenayah dan kesalahan menerima harta curi.
Sebaik mendengar keputusan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan.
Pihak pendakwaan turut bertanya mengenai status wang disita memandangkan tiada perintah perlucutan, tetapi Muhammad Jamil mengatakan beliau tidak boleh mengarahkan wang disita dikembalikan berikutan tidak membuat sebarang perintah mengenai perkara berkenaan.
Muhammad Saifuddin berkata, wang tunai RM114 juta itu kini dalam simpanan Bank Negara (BNM).
Mendengar perkara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, berkata duit berkenaan perlu diserahkan kepada anak guamnya berikutan mahkamah menolak permohonan pemohon.
Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44.
UMNO dan Najib adalah pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui media berkata, pihaknya akan menyerahkan surat kepada pendakwa raya dalam tempoh 24 jam bermula hari ini supaya wang RM114 juta dilepaskan kepada Najib dan UMNO.
"Apabila wang diserahkan, terpulang pada Najib dan UMNO untuk mengambil bahagian masing-masing seperti yang dirampas di Pavilion Residence," katanya.
Ditanya sama ada wang itu perlu diserahkan kepada pihak ketiga, walaupun tiada sebarang perintah dikeluarkan mahkamah, Muhammad Shafee menjawab, "Pendakwaan perlu menyerahkan wang itu". #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/kerajaan-gagal-dalam-permohonan-lucut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Leader Denies Sponsoring Kerajaan Gagal Flash Mob

Umno Leader Denies Sponsoring Kerajaan Gagal Flash Mob

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 382 hits
Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi has denied sponsoring a flash mob in Johor protesting against the government which has led to at least one arrest There is someone trying to link me to the gathering burning of flares and unfur...
Setelah Najib Sampaikan Permohonan Maaf Namun Tajuddin Tetap Dipecat Ini Adalah Penghinaan Buat Umno

Setelah Najib Sampaikan Permohonan Maaf Namun Tajuddin Tetap Dipecat Ini Adalah Penghinaan Buat Umno

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 210 hits
May 27 2021 Hanya sehari selepas mencetuskan kontroversi dan kecaman ramai berikutan penampilan dan kata katanya dalam sidang media semalam yang dianggap tidak wajar dengan malapetaka yang sedang menimpa negara iaitu insiden perlanggaran tr...
Kerajaan Gagal Is Because Of Umno Says Nazri Aziz

Kerajaan Gagal Is Because Of Umno Says Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 224 hits
Umno should have asked all its people to resign from the Cabinet and the GLCs first and then launch the Kerajaan Gagal campaign Then Umno would not be blamed for the so called Kerajaan Gagal As it is the so called failures are in the minist...
Polis Siasat Himpunan Bakar Suar Naik Kain Rentang Kerajaan Gagal

Polis Siasat Himpunan Bakar Suar Naik Kain Rentang Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 280 hits
Malaysiakini ENBM STAY INFORMED SUBSCRIBE NOW Log MasukLangganKini CommunityUtamaTerkiniParlimenSukanSeni HiburanGlobalPilihan EditorLensaKiniKiniTVMakmal BeritaJejak WabakLaporan KhasWawancaraKolumUlasanSuratPengumumanAcaraPengiklananWhats...
Gagal Curi Wang Untuk Top Up Game Online Remaja Bakar Rumah Jirannya

Gagal Curi Wang Untuk Top Up Game Online Remaja Bakar Rumah Jirannya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 297 hits
Seorang remaja lelaki nekad membakar rumah jirannya dengan cara membakar tilam di bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada malam 9 Mei 2021 di Sidoarjo Jawa Tengah Indonesia Menurut sumber media tempatan remaja terbabit memecah masuk ke...
Najib Says Tajuddin Sorry For Being Insensitive Will Quit When Umno Says So

Najib Says Tajuddin Sorry For Being Insensitive Will Quit When Umno Says So

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 278 hits
Former Umno president Najib Abdul Razak claimed that Tajuddin Abdul Rahman will be apologising for his gaffes and being insensitive at a press conference yesterday on the LRT accident He also said the Pasir Salak MP will be resigning as Pra...
Kerajaan Gagal Memalukan Malaysia

Kerajaan Gagal Memalukan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 315 hits
Mungkin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin patut ditanya sama ada beliau tidak kisah melihat situasi COVID 19 yang semakin teruk di Malaysia memandangkan perkara ini akan memberikan beliau alasan yang baik untuk melanjutkan lagi perintah daru...
7 Kerajaan Gagal Protesters To Be Freed Today

7 Kerajaan Gagal Protesters To Be Freed Today

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 297 hits
Police are investigating 20 people about the protest held in Parit Raja Batu Pahat last Thursday JOHOR BAHRU Seven out of 20 youths remanded over an anti government protest last week will be released Johor Umno Youth s legal secretariat sai...
I Agree Malaysia S Government Is Kerajaan Gagal

I Agree Malaysia S Government Is Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 531 hits
The Malaysian yardstick of Kerajaan Gagal is how long it takes to withdraw your EPF money and how many months loan repayment moratorium you are granted My yardstick for Kerajaan Gagal is wider than that It includes the mentality of Malaysia...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025