Setelah Najib Dihukum Lge Didakwa Dan Parti Tun M Baru Ditubuh Inilah Masa Terbaik Muhyiddin Bubar Parlimen




Pada jam 4 petang hari ini, Tun Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media mengumumkan parti baru yang bakal menjadi wadah baru perjuangannya.

Beliau difahamkan telah mengambil alih sebuah parti yang telah didaftarkan dan akan menukarnya kepada nama Parti Bersatu Rakyat Malaysia.

Keputusan Tun Mahathir menubuhkan parti baru bersama bekas pemimpin-pemimpin Bersatu yang dipecat adalah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pagi tadi yang membenarkan permohonan Muhyiddin Yassin untuk membatalkan saman bekas Pengerusi Bersatu itu yang mempertikaikan kesahihan pemecatannya.

Dengan keputusan mahkamah itu, bererti peluang untuk Tun Mahathir kembali ke dalam Bersatu sudah tertutup dan menubuhkan parti baru adalah satu-satunya peluang yang ada untuknya meneruskan perjuangan.

Pagi tadi juga, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah didakwa di Mahkamah Sesyen KL berhubung pertuduhan meminta suapan dalam projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.

Pada Isnin dan Selasa depan, Lim akan didakwa lagi di Mahkamah Pulau Pinang.

Pada 28 Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak telah dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas kesalahan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram terkait dana SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB yang kini sudah dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan.

Beliau dihukum 72 tahun penjara dan denda RM210 juta, tetapi oleh kerana hukuman penjara dijalankan serentak, hukumannya hanya menjadi 12 tahun penjara saja.

Walaupun Najib telah merayu terhadap hukuman yang diterimanya, beliau tidak boleh bertanding dalam PRU akan datang sehingga ada keputusan lain daripada Mahkamah Rayuan berhubung sabitannya.

Dengan ketiga-tiga perkara di atas, sekarang adalah peluang terbaik untuk Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya mengejut untuk beliau memperolehi mandat baru sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin wajar membubarkan Parlimen dengan segera sebelum parti Tun Mahathir dapat dilebarkan sayapnya dan berjaya menarik ahli-ahli Bersatu menyertai parti itu.

Sekarang ini pun sudah ramai ahli-ahli Bersatu yang secara terbuka melalui media sosial mengumumkan mereka keluar parti itu untuk menyertai perjuangan Tun Mahathir.

Lagi lama masa dibiarkan berlalu, ia adalah suatu kelebihan untuk Tun Mahathir mengukuhkan parti barunya dan mungkin akhirnya Bersatu akan kurus kering dengan hanya beberapa ribu ahli saja lagi yang tinggal.

Selain itu, dengan membiarkan masa berlaku juga, ia turut membolehkan Tun Mahathir bersama parti barunya bergabung semula dengan PH dan ini tentunya merupakan ancaman kepada Muhyiddin dalam pilihanraya nanti.

Melalui pertuduhan yang belum dibicarakan terhadap Guan Eng pula, Muhyiddin kini boleh menjadikan isu tersebut sebagai modal kempen untuk menarik lagi sokongan rakyat terhadapnya, terutamanya dalam kelompok pengundi Melayu.

Bersama UMNO dan Pas, beliau tidak mustahil mampu mewujudkan gelombang baru orang Melayu untuk menyokongnya, meskipun pertuduhan terhadap Guan Eng ini akan lebih menjauhkan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Tetapi, bukankah Muhyiddin sendiri lebih berbangga dengan kedudukannya sebagai Melayu berbanding rakyat Malaysia?

Hukuman bersalah yang telah dijatuhkan mahkamah terhadap Najib adalah juga suatu kelebihan kepada Muhyiddin dari segi politik.

Ini bukan saja bererti Najib tidak boleh bertanding jika PRU diadakan sebelum rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, malah merupakan peluang sangat terbuka untuk Muhyiddin menonjolkan dirinya agar diterima sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Dalam waktu yang sama, hukuman yang diterima Najib itu juga merupakan tekanan kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes perbicaraan di mahkamah dengan meletakkan dirinya dalam keadaan tiada pilihan selain menyokong Muhyiddin.

Dalam keadaan kesnya sedang dibicarakan, tentulah mustahil Zahid Hamidi berani menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Muhyiddin pula, selagi Zahid Hamidi menjadi Presiden UMNO dan sedang berdepan perbicaraan mahkamah inilah satu-satunya kelebihqn untuknya dapat bertegas agar parti itu memilih dan menyokongnya lagi sebagai Perdana Menteri.

Jika selepas pemilihan UMNO tahun depan dan orang lagi menjadi Presiden UMNO, kuasa Muhyiddin untuk bertegas dan menekan UMNO sudah tiada lagi.

Makanya, tiada masa lain selain sekarang yang merupakan masa terbaik untuk Muhyiddin membubarkan Parlimen agar semua pihak dalam MN dan PN terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk berdepan dengan PH dalam pilihanraya mengejut yang akan diadakan. (Shahbudindotcom 07/08/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/setelah-najib-dihukum-lge-didakwa-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Hanya Setelah Najib Dihukum Baru Muhuiddin Mahu Bawa Bersatu Sertai Mn

Kenapa Hanya Setelah Najib Dihukum Baru Muhuiddin Mahu Bawa Bersatu Sertai Mn

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 279 hits
Menurut laporan Bersatu akan bergabung bersama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional atau PN Keputusan itu dikatakan dicapai hasil pertemuan yang diadakan semalam antara Perdana Menteri meran...
Apakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen Sebelum Belanjawan

Apakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen Sebelum Belanjawan

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 284 hits
ULASAN Ramai sedang bercakap mengenai pilihan raya mengejut dengan ura ura mengatakan bahawa malah ia akan berlaku sebelum belanjawan Selepas pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM...
Parti Baru Tun M Akan Sertai Ph

Parti Baru Tun M Akan Sertai Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 400 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Awar Ibrahim terbuka dengan penubuhan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad petang tadi Tun baru umum nak tubuh parti baru kita tengoklah kita ikuti katanya menjawab...
Muhyiddin Tersenyum Puas Bila Najib Dihukum Dakwa Amt Umno

Muhyiddin Tersenyum Puas Bila Najib Dihukum Dakwa Amt Umno

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 258 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti sedang berbangga ketika ini mendakwa beliau lah orang yang paling berprinsip apabila Datuk Seri Najib Razak dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zark...
Tiba Masa Bina Semula Umno Khairy Harap Parti Tak Diheret Dalam Kes Najib

Tiba Masa Bina Semula Umno Khairy Harap Parti Tak Diheret Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 227 hits
PETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa parti itu melakukan proses rejuvenasi susulan sabitan bersalah ke atas bekas presidennya Najib Razak atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Menteri sai...
Parti Baru Tun Dr Mahathir Akan Gagal

Parti Baru Tun Dr Mahathir Akan Gagal

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 770 hits
Parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja akan gagal menjadi kuasa penentu tetapi juga akan menyebabkan beliau sendiri hilang terus dari radar politik Malaysia selepas berakhirnya PRU 15 Parti baru ini mahu menjadi blok ketiga yang ne...
Siasat Tun M Lge Dan Tommy Ketua Penerangan Pas

Siasat Tun M Lge Dan Tommy Ketua Penerangan Pas

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 293 hits
PARTI Islam Se Malaysia menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam Polis Diraja Malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan P...
Najib Gelak Sakan Anwar Baru Sedar Ditipu Mahathir

Najib Gelak Sakan Anwar Baru Sedar Ditipu Mahathir

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 347 hits
Nuar akhirnya memberitahu bahawa dia baru sedar dia telah ditipu Mahathir sekali lagi Nuar juga kata bahawa Mahathir dah lama tahu tentang rancangan PPBM keluar dari PH dan tidak pernah menghalangnya Walaupun ditipu berkali kali oleh Mahath...
Dap Ph Buthurt Sangat Pasal Lge Apehal Baru Bacaan Pendakwaan Bro

Dap Ph Buthurt Sangat Pasal Lge Apehal Baru Bacaan Pendakwaan Bro

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 392 hits
Hari ini Setiausaha Agung DAP dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan rasuah dalam projek terowong ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang Saya difahamkan akan ada beberapa pertuduhan lain yang akan dihadapkan kepada beliau Namun da...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand