Setelah Lama Berdiam Diri Muzaffar Jakel Akhirnya Buat Video Permohonan Maaf Yang Menyentuh Hati
SELEPAS abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguri1s dengan kenyataannya di Instagram Stories baru-baru ini
Permohanan itu dibuat selepas dia dikecam netizen gara-gara memperlekeh orang Melayu apabila ramai mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu pada Isnin
“Salam semua maafkan saya, saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam posting IGS (IG Story)
“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang saya tidak sepatutnya gunakan, ” katanya dalam posting IG story terbaharunya
Posting permohonan maaf Muzaffar tersebar di media sosial
Pada masa sama, Muzaffar berkata kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan dibuat mewakili syarikat Jakel
“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili kenyataan syarikat Jakel, ” katanya
Dah kena boikot baru nak sedar. Pepatah Melayu… terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata padan muka. Maaf boleh, lupa tiada
Susulan itu, Muzaffar sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya pada bulan yang mulia ini
“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan-pelanggan Jakel dan netizen. Maaf zahir batin, ” katanya
Kenyataan itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang masih kurang senang dengan kata-katanya sebelum ini
Mahu Pengakuan Maaf secara FB Live
“Assalamualaikum kepada Pihak Jakel..Semua Pengguna di Malaysia mahu Muzaffar Jakel Tampil buat pengakuan maaf secara Live Video di FB Jakel dengan segera.. Bukan membuat permohonan di IG sendiri.. Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus.. Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel.. Harap Maklum..”
Sebelum ini, Yusuf Azmi juga mengesa netizan untuk memaafkan pihak Jakel
Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam
Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam
“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”-Yusuf Azmi,Aktivis
Video permohonan maaf Muzaffar
Terkini akhirnya Muzaffar telah membuat satu video permohonan maaf. Melalui video tersebut Muzaffar telah menjelaskan segala apa yang terjadi dari 1 may 2020 sehingga ke hari ini
Menurut penjelasan beliau status dibuat dalam keadaan kurang baik. Ini kerana banyak makian yand dia dapat dari DM. Beliau juga turut perjelaskan tentang pengguna FB Nor Lizah yang memuat naik status seolah-olah racist
Semoga dengan permohonan maaf ini kita rakyat Malaysia lebih jelas tentang apa yang terjadi
Sumber: https://www.hmtpress.allnws.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/3fjn4Wk
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/setelah-lama-berdiam-diri-muzaffar.html