Semalam di sidang media, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka bermula 4 Mei ini dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Walau bagaimanapun, sebilangan rakyat Malaysia dilihat melontarkan perasaan tidak puas hati dan risau dengan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan ini di media sosial
Muzaffar Jakel dilihat memuat naik status di Instagram miliknya ekoran orang ramai mula mempertikaikan tindakannya untuk menjalankan perniagaan 4 Mei ini
Ekoran terlanjur kata sebelumnya, Muzaffar Jakel memohon maaf perlakukannya dan membuatkan ramai orang salah faham
Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dibuat oleh gedung mereka apabila perniagaan bakal dijalankan kelak
Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel. Kenyataan yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.Sempena di bulan yg penuh barakah ini, saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelangan2 Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |