Setelah Berjaya Menentang Ratifikasi Icerd Ke Mana Melayu


Kebanyakan pemimpin politik Melayu terlalu utamakan kepentingan diri DALAM sejarah perjuangan orang Melayu, terdapat tiga perhimpunan paling besar iaitu perhimpunan menentang Malayan Union (1946), perhimpunan menyambut kemerdekaan (1957) dan perhimpunan menentang ratifikasi ICERD (2018).
Tetapi, di antara ketiga-tiga perhimpunan itu, perhimpunan menentang ratifikasi ICERD adalah yang paling besar.
Perhimpunan itu telah berjaya menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan menarik balik cadangan untuk meratifikasi ICERD; tiga bulan kemudian menarik balik cadangan untuk meratifikasi Statut Rom; lima bulan selepas itu termaktubnya Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS dan membawa kepada kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan setelah berkuasa hanya selama 22 bulan.
Itu adalah kejayaan politik orang Melayu yang paling besar semenjak kemerdekaan.
Kesemua itu mengubah landskap politik Malaysia dan menjadi tamparan hebat kepada cita-cita orang-orang Cina yang memberi sokongan padu kepada DAP dan orang-orang India yang menyokong Hindraf untuk mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kejayaan itu telah membawa ketenteraman kepada negara dan ketenangan kepada sebahagian besar orang Melayu. Hindraf sudah tidak kedengaran lagi. Penyokong-penyokong DAP juga sudah agak senyap.
Tetapi, jika mereka tidak membakar mercun, sama ada senyap-senyap mereka sedang membuat kueh bulan, kita tidak tahu. Orang Melayu perlu waspada.
Apa telah terjadi kepada politik orang Melayu selepas perhimpunan menentang ICERD?
Tidak lama selepas termaktubnya Piagam Muafakat Nasional, sebelum jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan lagi, PAS telah menyatakan sokongannya kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Tindakan PAS itu menyebabkan UMNO merasakan PAS telah membelakangkan Muafakat Nasional.
ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu

Ini dikuatkan lagi apabila, selepas tertubuhnya Kerajaan Perikatan Nasional, PAS terus memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Bersatu dan bukannya kepada UMNO, antara lain, dengan bersetuju menjadi anggota Perikatan Nasional untuk tujuan pendaftaran Perikatan Nasional sebagai sebuah parti politik.
Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan telah memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin politik Melayu memperkukuh kekuatan politik Melayu/Islam di Malaysia, bukan untuk mengambil hak orang lain, tetapi semata-mata untuk mempertahankan hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Tetapi, semenjak pembentukan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional lagi, kita sudah dapat lihat tumpuan diberi lebih kepada memperkuatkan kedudukan Perdana Menteri dan partinya, menyebabkan rasa tidak puas hati kepada rakan gabungan Perikatan Nasional, khususnya UMNO yang merasakan ia terpinggir.
Pemimpin-pemimpin UMNO pula becakaran sama sendiri. Yang mendapat habuan dalam Kerajaan Perikatan Nasional merasa selesa dengan Bersatu sehingga sudah mula membelakangkan UMNO.
Ada yang tidak dapat apa yang dikehendaki, termasuk untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang, sanggup pula bersekongkol dengan DS Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan DAP. Syukurlah mereka gagal.
Saya tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri di kalangan pemimpin-pemimpin parti yang menjadi anggota Kerajaan Perikatan Nasional selain daripada beberapa orang yang sedang menghadapi kes di mahkamah melainkan mereka telah dibebaskan oleh mahkamah. Saya tidak berkata mereka bersalah sehingga mereka didapati bersalah oleh mahkamah. Tetapi, ini soal imej parti di mata pengundi dan imej negara di mata dunia.
Selain dari itu, apa yang penting ialah Pakatan Harapan tidak berkuasa semula atau gabungan yang serupa dengannya tidak berkuasa, sebelum PRU15.
Biar apa pun, kita merasa lega apabila Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 telah diluluskan di peringkat dasar. Ertinya, sedikit sebanyak, common sense masih ada pada mereka.
Kita harapkan ia akan berkekalan sehingga tamatnya ancaman Covid-19 dan PRU15 diadakan. Tetapi, apa yang sedang berlaku di Perak menyebabkan ketidaktentuan pula.
Saya tidak risau sangat mengenai orang Melayu sekarang. Majoriti mereka telah menyedari bahaya pemerintahan gabungan Pakatan Harapan dan kerjasama dengan DAP.
Keputusan Batal ICERD Perlu Dibentang Di Dewan Rakyat-Dr. Shamsul Anuar

Tetapi saya risaukan pemimpin-pemimpin politik Melayu. Kebanyakan mereka terlalu mengutamakan kepentingan diri, bukan memperkuatkan kedudukan politik orang Melayu/Islam.
Maka, saya harap umat Melayu/Islam dan NGO-NGO Melayu/Islam akan memperingatkan pemimpin-pemimpin politik Melayu supaya terus berada di atas landasan yang betul demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Jika ahli-ahli UMNO tidak mahu atau tidak sanggup membersihkan UMNO daripada pemimpin-pemimpin yang menjadi liability, kita harap umat Melayu/Islam dan NGO-NGO Melayu/Islam yang masih sayangkan UMNO boleh mengenakan tekanan terhadap mereka supaya berundur.
Tiga perkara yang perlu diberi perhatian sekarang ialah, pertama, menghalang Pakatan Harapan atau gabungan yang serupa dengannya daripada berkuasa sebelum PRU15. Pakatan Harapan atau gabungan baru itu tidak boleh berkuasa melainkan ada Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional, termasuk dari UMNO, berpaling tadah. Hal seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
Walaupun ia tidak sunyi dari kelemahan, Kerajaan Perikatan Nasional perlu dipertahankan sehingga PRU15. Kelemahan boleh diperbaiki. Terlepas kakuasaan politik kali kedua, jangan harap ia akan dapat diperolehi semula dalam masa terdekat.
Kedua, membuat persediaan untuk menghadapi PRU15. Yang paling penting ialah meletakkan calon-calon yang bersih, berkelayakan dan berkebolehan.
Pengundi sudah pandai menilai integriti dan kesesuaian seseorang calon. Kita memerlukan orang-orang untuk membuat undang-undang dan menteri-menteri yang boleh mentadbir kementerian dan yang boleh berhadapan dengan pemimpin-pemimpin negara-negara luar, bukan yang akan memalukan Malaysia di mata dunia.
Selain dari itu, adalah amat penting mengelak pertandingan sesama sendiri. Pakatan Harapan atau gabungan yang serupa dengannya tidak boleh menang di kawasan majoriti Melayu. Ia akan menang jika parti-parti Melayu memecahbelahkan undi orang Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu hendaklah mengenepikan kepentingan diri untuk memastikan kemenangan gabungan parti-parti Melayu, tidak kiralah apa namanya. Hasad dengki, tamak haloba, cantas mencantas, konspirasi dan sabotaj hendaklah dibuang sama sekali.
Ketiga, menyediakan perancangan apa yang akan dilakukan selepas menang PRU15. Tanpa perancangan yang jelas dan berkesan, kita hanya akan mengulangi sejarah Kerajaan PH.
Janganlah selepas berjaya membantah ratifikasi ICERD dan menjatuhkan Kerajaan PH, kita sendiri yang menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan atau gabungan yang serupa dengannya yang akan meratifikasikan ICERD semula. Itu orang Melayu, terutama sekali pemimpin-pemimpin politik Melayu, perlu fikir.
Sekian. Terima kasih.
Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara
[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me
The post Setelah berjaya menentang ratifikasi ICERD ke mana Melayu? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/12/setelah-berjaya-menentang-ratifikasi-icerd-ke-mana-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laaaa Juai Apa Plak Kerajaan Melayu Isle Mana Boleh Juai Juai

Laaaa Juai Apa Plak Kerajaan Melayu Isle Mana Boleh Juai Juai

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 159 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFBila saya sentuh kita move on untuk PRU15 saya ada kata yang jeneral walaun sekarang semuanya sudah tercyduk ini salah sorang daripadanya yang jadi bibliophilia untuk pewala satu Malaysia segala tulisan dia di jadika...
Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 245 hits
KUANTAN Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PAS dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata Setiausaha BERSATU Pahang Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Kom...
Mana Jenama Produk Melayu Yg Branded

Mana Jenama Produk Melayu Yg Branded

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 246 hits
Aku dalam masa terdekat akan mengeluarkan satu produk koko yang lebih sedap dari Milo lebih berkualiti dan pasaran akan dibuat melalui agen ke agen kerana itu networking yang lebih murah kos pengiklanan dan dapat pula membantu tambahan inco...
Namewee Filem Babi Tentang Perpaduan Bukan Hina Melayu

Namewee Filem Babi Tentang Perpaduan Bukan Hina Melayu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 345 hits
Pengarah filem Babi menegaskan karyanya bukan untuk mencetuskan perkauman dan menghina bangsa Melayu tetapi mengajak kepada perpaduan dan keharmonian sesama rakyat Malaysia Namewee nama sebenar Wee Meng Chee berkata filemnya berdasarkan kis...
Kerakyatan Diberi Tanpa Asas Melayu

Kerakyatan Diberi Tanpa Asas Melayu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 226 hits
SEPATUTNYA kerakyatan kepada kaum bukan Melayu diberikan setelah setiap seorangnya memperlihat penjiwaan budaya Melayu yang mukhlis MENERIMA bahasa Melayu sebagai identiti nasional tetapi menolak tulisan Jawinya bukan sahaja manifestasi pem...
Apa Punca Penguasa Melayu Ambil Rasuah

Apa Punca Penguasa Melayu Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 307 hits
Apabila Asri Janggut buat pendedahan mengenai sikap double standard dan kewujudan banyak kedai judi haram Rakyat buat kesimpulan ia terjadi krn budaya rasuah yg berleluasa Begitu juga dengan kilang2 haram yg wujud sehingga jejaskan sumber a...
Ahli Politik Melayu Lupa Diri Punca Kemelut Di Perak

Ahli Politik Melayu Lupa Diri Punca Kemelut Di Perak

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 310 hits
Polemik politik di Perak sehingga menyaksikan tercetusnya pertukaran Menteri Besar sebanyak tiga kali memperlihatkan negeri tersebut berdepan krisis ahli politik Melayu lupa diri more Penganalisis politik daripada Institut Kajian Etnik Univ...
Mana Ada Bank Yang Rugi Najib

Mana Ada Bank Yang Rugi Najib

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 178 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak berharap institusi perbankan negara tidak merumitkan permohonan peminjam peminjam dalam kalangan B40 M40 dan perusahaan kecil dan sederhana yang memohon lanjutan moratorium Malah Menteri Kewan...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing