Setelah 12 Tahun Menanti Suami Sebak Akhirnya Timang Cahaya Mata Pertama Pernah Give Up


 


Seorang suami sebak timang cahaya mata pertama setelah ‘penat’ menanti selama 12 tahun

Demikianlah kisah pengalaman manis oleh seorang lelaki bernama Datuk Yasran

Dari kecil, kita mempunyai impian tersendiri untuk menjadi apa yang kita mahukan. Ketika zaman kanak-kanak dahulu, apabila ditanya tentang impian dan cita-cita, rata-ratanya akan menjawab mahu jadi polis, askar, juruterbang, cikgu dan sebagainya

Kini, usia sudah semakin meningkat, kita masih ada impian tersendiri namun ada yang belum tercapai. Contohnya, impian untuk memiliki kereta, rumah dan sebagainya. Atau mungkin, hasrat untuk tunaikan impian orang lain, sekecil atau sebesar mana pun ia

Begitu juga bagi mereka yang baru sahaja menjejakkan langkah ke fasa yang seterusnya iaitu alam rumah tangga. Adat berumah tangga, impian untuk menimang cahaya mata sebagai pelengkap mahligai yang dibina pastinya ada

Namun, tidak semua bernasib baik dikurniakan cahaya mata seawal masa seperti yang dirancang. Anak adalah rezeki, anak juga adalah anugerah, hanya Allah S.W.T. saja tahu waktu yang tepat

Penantian 12 tahun berakhir, lelaki sebak timang cahaya mata pertama
Kali ini, kita meneliti kisah sepasang suami isteri yang telah hampir 12 tahun membina mahligai, tapi masih belum diberi ‘keizinan’ menimang cahaya mata. Namun, berkat kesabaran dan tidak berputus asa, mereka akhirnya dikurniakan juga zuriat pertama pada usia perkahwinan yang ke-12 tahun

Berita gembira ini diluahkan menerusi video di laman Instagram milik si suami iaitu Datuk Yasran sambil mengendong bayinya yang baru sahaja dilahirkan melalui pembedahan ketika itu

Menerusi video tersebut juga, beliau kelihatan sebak dan menangis gara-gara terlalu bersyukur atas pemberian rezeki yang hebat ini dari Allah S.W.T setelah menempuh satu penantian yang begitu lama

Difahamkan juga, tulis luahannya di ruangan kapsyen, mereka pernah ‘menyerah kalah’ ketika isterinya mengalami sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS) dan nyaris meninggal dunia di wad kecemasan

“Tidak ada lagi IVF, yang sudah tu sudah, Ucop dan Yinna dua orang anak angkat kita lebih perlukan awak, nyawa you lagi penting, ” tulisnya

Namun begitu, naluri seorang wanita yang kuat untuk merasai bagaimana perasaan seorang ibu mangandung, Datin Mega iaitu isterinya memujuk lagi sekali untuk lakukan IVF

“Beliau akur pada awalnya dan ikut sahaja, namun jauh di hati isteri masih nak mencuba nak merasa apa itu mengandung

“Perlahan-lahan beliau pujuk, melihat naluri seorang wanita dan ibu, aku tewas lalu izinkan

“Alhamdulillah hari ini hari yang sangat penting buat isteri. Kalau tidak kerana semangat kental beliau dan izin Allah S.W.T tak mungkin kami berjaya sampai ke saat ini, Alhamdulillah,” ujarnya


View this post on Instagram A post shared by Datuk Yasran (@tokyarnhuss)

Jika anda berkunjung ke laman Instagram milik Datuk Yasran, anda akan dapati beliau banyak memuat naik gambar-gambar anak kesayangannya itu

Mungkin mahu berkongsi rasa gembira, boleh dikatakan setiap momen indah yang disaksikannya pasti akan dirakam dan dikongsi di sini

Tahniah buat Datuk Yasran dan pasangan atas kelahiran ini. Semoga ada rezeki yang lebih indah buat esok, lusa dan selamanya


sumber:Datuk Yasran 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2022/06/setelah-12-tahun-menanti-suami-sebak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Park Shinhye Choi Taejoon Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah Park Shinhye Choi Taejoon Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 137 hits
Setelah sekian lama menunggu akhirnya pasangan Park Shin hye dan Choi Tae joon selamat menimang cahaya mata pertama mereka Menurut laporan Park Shin hye telah pun melahirkan anak lelaki yang sihat di sebuah hospital di Seoul Kini bayi itu d...
Walau Hati Pernah Terluka Isteri Pertama Tabah Bantu Suami Cat Rumah Madu

Walau Hati Pernah Terluka Isteri Pertama Tabah Bantu Suami Cat Rumah Madu

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 250 hits
Menjadi seorang isteri sememang tak semudah yang disangka Kadang kala ujian itu datang bukan di waktu kita sedang susah sahaja tetapi diwaktu semuanya sudah cukup Hal ini samalah seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai fiena na...
Hiburan Sebak Sangat Jumpa Kembar Arwah Siti Sarah Hajat Raisuddin Tercapai Akhirnya

Hiburan Sebak Sangat Jumpa Kembar Arwah Siti Sarah Hajat Raisuddin Tercapai Akhirnya

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 139 hits
Jika dahulu pernah tular di media sosial mengenai seorang wanita yang memiliki wajah seiras dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin Wanita yang dikenali sebagai Emy itu khabarnya telah dijemput bagi memberi kejutan kepada bapa ar...
Isteri Tidak Pernah Di Sentuh Suami Sehingga Usia Perkahwinan Setahun Lebih

Isteri Tidak Pernah Di Sentuh Suami Sehingga Usia Perkahwinan Setahun Lebih

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 184 hits
Ada sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun tahun lamanya Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu terselit du...
Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 262 hits
GARA gara makanan sebuah mahligai runtuh di tengah jalan Itu kejadian yang berlaku di New Delhi India apabila seorang lelaki tergamak untuk berpisah dengan isterinya yang didakwa hanya pandai memasak mi segera untuk dijamah Kejadian itu did...
Suami Perlu Ingat Isteri Tak Pernah Doakan Hal Buruk Untuk Suaminya

Suami Perlu Ingat Isteri Tak Pernah Doakan Hal Buruk Untuk Suaminya

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 294 hits
Dalam berumah tangga perselisihan faham itu biasa Cuma pasangan perlu tahu macam mana untuk pastikan keadaan ini tak berterusan Seorang isteri dia hanya harapkan rumah tangga dibina dapat berkekalan dan boleh sama sama mengecapi bahagia Sep...
Kasus Penemuan Tujuh Janin Di Makassar Pelaku Aborsi Pertama Usia 19 Tahun

Kasus Penemuan Tujuh Janin Di Makassar Pelaku Aborsi Pertama Usia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 126 hits
Satuan Reserse Kriminal Kepolisian Resor Kota Besar Makassar mengungkapkan identitas dua pelaku aborsi tujuh janin yang ditemukan di sebuah indekos Jalan Balang Turungan Kelurahan Daya Kecamatan Biringkanaya Makassar Polisi mengungkapkan ab...
Aset Pertama Ketika Usia 21 Tahun Fasha Sandha Puas Hati Dari Rumah Teres Kini Setaraf Banglo

Aset Pertama Ketika Usia 21 Tahun Fasha Sandha Puas Hati Dari Rumah Teres Kini Setaraf Banglo

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 237 hits
Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila rumah pertama yang dibelinya sudah siap diubah suai menjadi rumah idamannya
Tm Terus Catat Keuntungan Lebih Rm14 Juta Untung Bersih Dicapai Berbanding Suku Pertama Tahun Lalu

Tm Terus Catat Keuntungan Lebih Rm14 Juta Untung Bersih Dicapai Berbanding Suku Pertama Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 177 hits
Telekom Malaysia Bhd dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke ndash 37 yang berlangsung pada 25 Mei 2022 memaklumkan bahawa mereka telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM339 85 juta bagi bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2022...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor