Isteri Tidak Pernah Di Sentuh Suami Sehingga Usia Perkahwinan Setahun Lebih





Ada sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan. Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.
Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri. Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu, saya cuba mencari alternatif sendiri dengan mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita.

Mia, 30, Selangor


APA KATA PAKAR,
Datuk Amli Embong, Peguam Syarie

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.

Kredit : sinarharian


Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/08/isteri-yang-tidak-pernah-di-sentuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Perlu Ingat Isteri Tak Pernah Doakan Hal Buruk Untuk Suaminya

Suami Perlu Ingat Isteri Tak Pernah Doakan Hal Buruk Untuk Suaminya

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 333 hits
Dalam berumah tangga perselisihan faham itu biasa Cuma pasangan perlu tahu macam mana untuk pastikan keadaan ini tak berterusan Seorang isteri dia hanya harapkan rumah tangga dibina dapat berkekalan dan boleh sama sama mengecapi bahagia Sep...
Walau Hati Pernah Terluka Isteri Pertama Tabah Bantu Suami Cat Rumah Madu

Walau Hati Pernah Terluka Isteri Pertama Tabah Bantu Suami Cat Rumah Madu

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 279 hits
Menjadi seorang isteri sememang tak semudah yang disangka Kadang kala ujian itu datang bukan di waktu kita sedang susah sahaja tetapi diwaktu semuanya sudah cukup Hal ini samalah seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai fiena na...
Kerap Mimpi Arw4h Ibu Nampak Selalu Senyum Isteri Tak Sangka Suami Bagi Petanda Aj4l Makin Dekat Reda Ujian Allah

Kerap Mimpi Arw4h Ibu Nampak Selalu Senyum Isteri Tak Sangka Suami Bagi Petanda Aj4l Makin Dekat Reda Ujian Allah

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 215 hits
UJIAN datang bertimpa timpa begitulah dvgaan yang dilalui oleh seorang wanita apabila kehilangan dua orang tersayang dalam tempoh singkat Selepas pemergian ibu tersayang pada Februari wanita ini kehilangan suami tercinta pula baru baru ini ...
Video Ketua Mui Pernah 2 Jam Lebih Diinterogasi Imigrasi Singapura Ini Penyebabnya

Video Ketua Mui Pernah 2 Jam Lebih Diinterogasi Imigrasi Singapura Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 292 hits
Penyebabnya menurut Cholil karena pengaruh nama depannya Muhammad Cholil meminta Singapura tidak berburuk sangka ke warga negara tetangga
Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya Hidap Penyakit Vaginismus Suami Sanggup Ceraikan Isteri

Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya Hidap Penyakit Vaginismus Suami Sanggup Ceraikan Isteri

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 258 hits
Kehidupan selepas berumah tangga boleh menjadi satu perkara yang mencabar buat sesetengah individu terutama dalam menjalankan tanggungjaab tidak kira dari segi zahir mahupun batin Baru baru ini tular di aplikasi TikTok hantaran video oleh s...
Hiburan Breakfast Lunch Dinner Hanya Masak Maggi Setiap Hari Suami Tekad Ceraikan Isteri

Hiburan Breakfast Lunch Dinner Hanya Masak Maggi Setiap Hari Suami Tekad Ceraikan Isteri

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 244 hits
Umum mengetahui maggi merupakan makanan segera yang paling mudah untuk dimasak jika kita malas atau tidak mempunyai kemahiran untuk masak Namun ternyata perkara ini telah membawa kepada keputusan yang mengubah hidup untuk pasangan ini diman...
Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 388 hits
GARA gara makanan sebuah mahligai runtuh di tengah jalan Itu kejadian yang berlaku di New Delhi India apabila seorang lelaki tergamak untuk berpisah dengan isterinya yang didakwa hanya pandai memasak mi segera untuk dijamah Kejadian itu did...
Ditampar Calon Suami Pengantin Wanita Batalkan Majlis Perkahwinan Kahwin Dengan Lelaki Lain

Ditampar Calon Suami Pengantin Wanita Batalkan Majlis Perkahwinan Kahwin Dengan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 222 hits
Tindakan seorang lelaki yang tergamak menampar teman wanitanya di hadapan keluarga bakal mertua mengundang padah apabila dia ditinggalkan wanita itu pada hari perkahwinan mereka Lapor India Today insiden itu berlaku di Tamil Nadu India di m...
Abang Ada 100 Ringgit Tak Jangan Berkira Dengan Isteri Lagi Berkat Rezeki Suami

Abang Ada 100 Ringgit Tak Jangan Berkira Dengan Isteri Lagi Berkat Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 295 hits
Jangan pernah lokek berbelanja untuk isteri kerana disitu letaknya keberkatan Isteri tidak meminta yang lebih sebaliknya walau hanya dipinjamkan RM50 pun sudah dirasakan memadai dan bersyukur Perkongsian Aizat Azman ini benar benar belaka I...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord

Blacktop Brawler A Custom Indian Chieftain For A Ufc Fighter

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad