Setahun Selepas Berkuasa Pn Tidak Harus Diberi Peluang Kedua


 
Hari ini, 1 Mac bermakna genap setahun Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri dengan rekod sebagai Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara yang memperolehi jawatan tersebut melalui pengkhianatan dan jalan pintu belakang.
Tetapi apakah yang boleh kita banggakan dalam tempoh setahun beliau menjadi Perdana Menteri?
Selain tiada apa-apa yang membanggakan, kecuali dengan tertampal dalam sejarah ada menteri bercuti kerana memotong usus perut, timbalan menteri diberi cuti 55 hari ketika Covid19 kerana ingin bersama keluarga di New Zealand dan duta bertaraf menteri yang hanya duduk di rumah, keadaan negara secara umumnya penuh dengan ketidaktentuan dan kecelaruan sejak setahun yang lalu.
Bukan saja mengurus negara dan ekonomi tampak celaru, malah mengurus kemasukan budak-budak ke sekolah pun terlihat tidak mampu.
Lebih buruk, tarikh ulangtahun pertama Muhyiddin menjadi Perdana Menteri juga bagai diraikan dengan berita kemasukan dua Ahli Parlimen PH melompat menyokong PN.
Di tengah-tengah keabsahan Muhyiddin terus dipertikaikan dan tuntutan agar Parlimen dibenar bersidang, tiba-tiba Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong mengumumkan mereka keluar PKR untuk beralih menjadi pengkhianat menyokong PN.
Bermakna, setelah menubuhkan kerajaan PN dan menjadi Perdana Menteri sejak 1 Mac tahun lalu dengan cara khianat dan melalui pintu belakang, Muhyiddin terus membuktikan jalan khianat dan membeli sokongan melalui kuasa wang dan kedudukan adalah pilihannya untuk mengekalkan kuasa.
Dengan apa yang ditunjukkan Tuhan ini, terbukti nyatalah di depan mata kita bahawa kerajaan PN yang dibinanya selama ini penuh dengan kekotoran yang menjijikkan.
Di samping kerajaan PN pimpinan Muhyiddin ini sarat dengan pelbagai kelemahan, kegagalan dan caca marba yang tidak perlu lagi dihuraikan, kesalahan paling besarnya ialah tidak menghormati, malah membenam demokrasi.
Sudahlah kuasa diperolehi melalui pengkhianatan dengan menikam demokrasi sehingga dipanggil kerajaan pintu belakang, untuk mengekalkan kuasa pula, sekali lagi amalan demokrasi telah dikhianati.
Tidak cukup dengan tawaran kedudukan, jawatan dan habuan yang melimpah ruah sehingga ada yang duduk di rumah sambil memenuhi hobi ke laut pun boleh dapat gaji dan kemudahan bertaraf menteri, perlaksanaan darurat turut dikuatkuasakan untuk mengelak daripada kedudukan dijatuhkan.
Walaupun cubaan pertama mencadangkan darurat ditolak oleh Agong, Muhyiddin dan kerajaan pintu belakang ini nampaknya tanpa perasaan malu terus mengusulkannya buat kali kedua.
Akhirnya, walaupun ditekankan darurat yang dilaksanakan untuk menangani Covid19, sehingga ini tidak ternampak ada satu pun tindakan dibawah darurat diambil untuk menangani wabak tersebut, kecuali menekan rakyat dengan menaikkan kompaun melanggar SOP sehingga RM10 ribu.
Soalnya, apakah menaikkan denda itu berkesan untuk membendung Covid19, sedangkan ramai menteri sendiri tidak dikenakan tindakan kerana melanggar SOP, selain PN dan Muhyiddin pula terus berpolitik dengan mengadakan mesyuarat parti dan “membeli” Ahli Parlimen untuk melompat dalam tempoh PKP dan darurat?
Di mana sebenarnya rasa hormat Muhyiddin terhadap Agong yang sebelum ini bertitah agar tiada mana-mana pihak berpolitik ketika wabak dan darurat?
Hakikat yang nyata, walau baru setahun berkuasa, kerajaan PN adalah merupakan kerajaan paling buruk sekali dalam sejarah negara.
Khianat terhadap mandat rakyat adalah perlakuan paling buruk sekali oleh PN sebagai sebuah kerajaan sehingga yang diutamakan sejak setahun yang lalu bukanlah kebajikan rakyat, tetapi bagaimana untuk mengekalkan kuasa semata-mata.
Oleh itu, kalau pun tidak mampu dijatuhkan dalam waktu terdekat, PN ini tidak harus lagi diberi undi untuk ia mendapat sebarang ruang untuk kekal sebagai kerajaan.
Memberi mereka undi samalah seperti sengaja memilih neraka kehidupan sebagai pilihan..
Kalau beroleh kuasa dengan cara khianat dan pintu belakang pun mereka sanggup mengusulkan darurat iaitu cara paling tidak demokratik untuk mengelak dijatuhkan, pastilah lebih dahsyat kemungkinan yang berani mereka lakukan jika dipilih melalui undi yang sah secara majoriti.
Dipenuhi dengan pengkhianat, pelompat dan pedagang kuasa waima dengan kesanggupan menjual nama agama dan bangsa, PN adalah parti dan kerajaan palsu yang lahir daripada perjuangan yang selama ini juga palsu.


 (Shahbudindotcom 01/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/setahun-selepas-berkuasa-pn-tidak-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Perikatan Nasional Kesatuan Islam Melayu Perlu Terus Kekal Berkuasa

Setahun Perikatan Nasional Kesatuan Islam Melayu Perlu Terus Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 235 hits
Segera urus perbezaan BERSATU Umno PASSELEPAS Perikatan Nasional mengambil pemerintahan negara daripada PH pada 2 Mac 2020 saya menulis dalam Ismaweb bertajuk Beri peluang kepada PM baharu untuk buktikan Siapa pun yang menerajui kerajaan se...
Pas Tinggalkan Umno Selepas Dapat Yang Berkuasa

Pas Tinggalkan Umno Selepas Dapat Yang Berkuasa

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 208 hits
MUHAMMAD AZHA SALAHUDINPertelingkahan dan pergeseran diantara parti Bersatu dan Umno ibarat retak menanti belah selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pa...
Zuraida Ikut Kriteria Bentong Bakal Menjadi Bandaraya Kedua Di Pahang Selepas Kuantan

Zuraida Ikut Kriteria Bentong Bakal Menjadi Bandaraya Kedua Di Pahang Selepas Kuantan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 204 hits
MARAN Bentong bakal menjadi bandaraya kedua di Pahang selepas Kuantan berdasarkan kriteria yang dimilikinya untuk diangkat sebagai bandaraya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata Bentong memenuhi kriteria ...
Setahun Nikah Masih Tak Disentuh Aku Hilang Arah Sebab Masih Dara Selepas Kahwin

Setahun Nikah Masih Tak Disentuh Aku Hilang Arah Sebab Masih Dara Selepas Kahwin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 432 hits
Foto sekadar hiasan Assalamualaikum Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni Sebelum berkahwin aku dan suami bercinta 5 tahun Sebelum bertun
Selepas Setahun Khianati Ph Azmin Insafi Amanah Pentadbiran Kerajaan Pn

Selepas Setahun Khianati Ph Azmin Insafi Amanah Pentadbiran Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 193 hits
February 28 2021 Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesyukurannya apabila kepimpinan negara dapat harungi dengan tenang dan sabar Pengarah Pilihan Raya PN yan juga bekas Timbalan Presiden PKR itu ber...
Setelah Setahun Berkuasa Masa Depan Muhyiddin Tergantung Pada Umno

Setelah Setahun Berkuasa Masa Depan Muhyiddin Tergantung Pada Umno

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Muhyiddin Yassin bertahan selama setahun berkuasa Sama ada kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya akan bertahan setahun lagi bergantung kepada kerjasamanya dengan Umno menurut penganalisis politik Bridget Welsh dari Universit...
Pembohong Setahun Pn Berkuasa Mana Agenda Bmf Yang Diperjuangkan Pas

Pembohong Setahun Pn Berkuasa Mana Agenda Bmf Yang Diperjuangkan Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 220 hits
February 21 2021 Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara Umum masih ingat perjuangan hebat salah satu parti komponen terbesar dalam PN Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu P...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord