Setahun Craving Ketam Sumbat Kelapa Masak Santan
Setahun Craving Ketam Sumbat Kelapa Masak Santan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni rasa teruja sangat bila dapat makan makanan yang dah lama craving (setahun lamanya), almaklumlah sejak dah transfer kerja ke kampung halaman teringat sajalah dengan Ketam Sumbat Kelapa Masak Santan
Setahun Craving Ketam Sumbat Kelapa Masak SantanHujung bulan lepas Murni ke Sandakan untuk hadir ke majlis resepsi perkahwinan salah seorang geng hikers. Sahabat Murni dah plan untuk buat masak-masak sikit di tempat Kak Sumie. Macam biasalah Murni kalau ke Sandakan akan menginap di tempat Kak Sumie.
Murni bertolak dari Lahad Datu ke Sandakan pada 28/01 jam 1 petang & sampai di Bandar Letat Jaya Sandakan dalam jam 4 lebih. Murni singgah di sebentar di bengkel kereta Kak Sumie. Kami plan ke bandar dahulu untuk mencari hadiah buat bakal pengantin. Masa kami menunggu kereta sampai, maka tercetuslah idea nak minta tolong dengan kawan untuk masakkan Ketam Sumbat Kelapa Masak Santan & alhamdulillah si kawan pun setuju masakkan untuk kami. Maka mencarilah kami ketam segar (hidup) di pasar batu 2.
Bila sampai di Harbour Mall, pencarian hadiah tak berjaya & kami putuskan hanya hulur duit kepada pengantin saja. Masa ni perut lapar yakmat, kami singgah makan di D'Beach Restaurant & Cafe. Restoran ni menghadap laut & dekorasi tempat makan pun lawa siap boleh berkaraoke lagi. Sempatlah kami mensumbangkan beberapa lagu, tu pun macam tak nak berhenti menyanyi haha
Keesokan harinya, kami jadi tetamu yang terakhir (hujung-hujung waktu) menghadiri majlis resepsi perkahwinan geng hikers. Syukurlah sempat juga datang ambil berkat. Usai selesai, Murni & sahabat yang dah lama tak jumpa lepak kejap di McDonald sebelum berperang di dapur. Nak lunaskan craving si Murni minum Cappucino & bubur, almaklumlah di Lahad Datu belum ada McDonald.
Usai waktu Maghrib barulah kami mulakan aktiviti memasak di dapur kak Sumie. Bukan Murni yang masak tau, Murni hanya bantu potong-potong bawang saja haha. Yang masak ketam chef Paijul & Dayang masak ikan ampap Kota Belud.
@murnimohdyusof Sedap apalah 🤤 #CapCut ♬ original sound - ɱµ૨ɳเɱσɦ∂ყµรσƒ 🥀
Ketam Sumbat Kelapa Masak Santan & Ikan Ampap Kota Belud
Memandangkan Murni ada alergi dengan makanan laut, Murni hanya makan sekor saja ketam, supaya tak kempunan orang bilang. Ikan ampap Kota Belud pun sedap yakmat, rindu dengan masakan mama dayang sebenarnya.
Terima kasih Dayang, Paijul & Kak Sumie masakkan untuk kami semua. Entah bila lagi baru dapat kumpul macam ni. Tetiba rasa sedih pula. In Sha Allah ada rezeki jumpa kamu lagi selepas ni. Semoga Allah pelihara persahabatan kita semua. Murni kembali ke Lahad Datu 30/01 waktu pagi
Sampai sini saja perkongsian Murni, terima kasih korang yang sudi baca entri Setahun Craving Ketam Sumbat Kelapa Masak Santan. Jangan tanya resipi ketam sumbat ni, sumpah yang ni Murni belum berjaya lagi buat haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/02/setahun-craving-ketam-sumbat-kelapa.html