Orang Kurang Siuman Mengamuk Sempat Tendang Tukang Masak Pusat Tahfiz Sebelum Maut Dipukul Sekumpulan Lelaki


Orang kurang siuman mengamuk, sempat tendang tukang masak pusat tahfiz sebelum maut dipukul sekumpulan lelaki




Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental dilaporkan maut dipukul sekumpulan lelaki dalam kejadian di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu, pada jam 7 malam tadi.

Lapor Harian Metro, lelaki berusia 20-an itu terdahulu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum bertindak menendang seorang wanita berusia 50-an yang lalu di perkarangan masjid tersebut. 


Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Azam berkata, mangsa pada awalnya dilihat mengamuk di seketiar surau Pasar Kota Jembal, ketika waktu Zohor sebelum datang ke masjid berkenaan.


"Mangsa dilihat mengamuk beberapa jam sebelum kejadian berlaku, namun tiada yang membuat laporan polis kerana tidak menyangka dia akan mencederakan orang awam," katanya.  


Mangsa sempat menunaikan solat Asar bersendirian sebelum keluar dan tiba-tiba menendang wanita yang juga tukang masak sebuah sekolah tahfiz berdekatan. 


Sekumpulan lelaki yang ternampak kejadian itu segera datang membantu dan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul sehingga tidak sedarkan diri. 


Ekoran kejadian itu, sekumpulan lelaki berkenaan telah ditahan polis untuk membantu siasatan. 


Azam juga mendapat maklumat dari saksi lain bahawa mangsa berasal dari Pasir Puteh, menunaikan solat Asar dalam keadaan menangis sebelum mengamuk secara tiba-tiba di perkarangan masjid. 


"Mangsa baru kali pertama dilihat berada di kawasan ini dna tidak dikenali oleh jemaah atau penduduk setempat. Dia juga berpakaian seperti orang biasa, namun perlakuannya yang menjerit dan menengking orang ramai menunjukkannya mempunyai masalah mental," katanya. 


Sementara itu, wanita yang dipukul oleh mangsa, Wan Fadhilah Wan Abdullah berkata, dia bernasib baik kerana ada yang datang membantu. Jika tidak, dia berkemungkin sudah mati ditendang dan disepak oleh lelaki terbabit. 


Menurut Wan Fadhilah, dia yang menunggang motosikal untuk pulang selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekata, terkejut apabila didatangi oleh lelaki terbabit yang kemudian menendangnya sehingga terjatuh dari motosikal. 


"Badan dan kepala saya disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah. 


"Awalnya saya ingatkan dia salah seorang pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri. 


"Semasa saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman. Namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang," katanya. 


Akibat dari kejadian itu, Wan Fadhilah mengalami sakit di seluruh badan dan kesan lebam di beberapa bahagian. Wan Fadhilah tidak menyangka akan menjadi mangsa orang kurang siuman dan bersyukur sempat diselamatkan oleh anak-anak tahfiz. 


Sumber: Harian Metro



Sumber: Orang kurang siuman mengamuk, sempat tendang tukang masak pusat tahfiz sebelum maut dipukul sekumpulan lelakiBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2023/01/orang-kurang-siuman-mengamuk-sempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Adun Sanglang Dipukul Lelaki Tak Siuman

Bekas Adun Sanglang Dipukul Lelaki Tak Siuman

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 82 hits
Aizat Sharifam hmetro com myDATUK Saad Md Zain Hamzah cedera di bahagian kepala selepas dipukul seorang lelaki tidak siuman di Masjid Alwi Kangar FOTO ihsan PEMBACAKangar Seorang lelaki tidak siuman ditahan selepas memukul bekas Ahli Dewan ...
Sebelum Ke Pulau Pinang Dsai Sempat Menziarahi Sahabatanya Di Kedah

Sebelum Ke Pulau Pinang Dsai Sempat Menziarahi Sahabatanya Di Kedah

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 84 hits
PM menziarah sahabatnya ustaz Yusof Latif di rumahnya di Kampung Banggol Pokok Sena Kepala Batas hari ini Erma Idayu BERNAMA
Mia Ahmad Syukur Berjaya Khatam Al Quran Di Wad Sebelum Lahirkan Anak Ketiga

Mia Ahmad Syukur Berjaya Khatam Al Quran Di Wad Sebelum Lahirkan Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 70 hits
Pelakon yang juga ibu kepada tiga cahaya mata Mia Ahmad melahirkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al Quran sewaktu berada di wad sebelum melahirkan anak ketiga minggu lalu Mia berkongsi berita gembira itu menerusi perkongsian paparan sk...
Bantu Golongan Muflis Sebelum 2017 Harian Metro 31 01 2023

Bantu Golongan Muflis Sebelum 2017 Harian Metro 31 01 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 94 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memandang serius nasib mereka yang disahkan muflis sebelum 2017 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ia k...
Saya Tiada Bakat Berlakon Sebelum The Glory Song Hyekyo Akui Ragui Pada Diri Sendiri

Saya Tiada Bakat Berlakon Sebelum The Glory Song Hyekyo Akui Ragui Pada Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 56 hits
Nampaknya Song Hye kyo telah berjaya mengubah perspektif orang ramai terhadap lakonannya menerusi The Glory ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Song Hye kyo telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea Ketika sesi...
Fakta Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing Sebak

Dividen Tabung Haji 2023 Tarikh Bayaran Dividen Th 1994 2022

The 100k Club Three Boutique Motorcycles With Six Figure Prices

Lelaki 70 Tahun Maut Ketika Langgan Pekerja Seks

Diana Danielle Berhak Halang Farid Masuk Sebab Dia Yang Bayar Sewa Rumah

Abang Stacy Meninggal Dunia Urusan Bawa Pulang Sedang Diuruskan

Abang Stacy Bertarung Nyawa Ditidurkan Akibat Pendarahan Kepala

Pengertian Page Authority Dan Cara Meningkatkannya



Adakah Haiwan Betina Mengalami Kitaran Haid

Resepi Agar Agar Pandan Santan Paling Mudah dan Rasa Berlemak

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Puteri Lindungan Bulan Slot Samarinda TV3

7 Set LEGO Terbesar di Dunia

Biodata Danish Iskandar Pelakon Drama Berepisod Bukan Puteri Lindungan Bulan TV3


Dibunuh Teman Lelaki Mayat Remaja Perempuan Ditanam Di Dapur

Hiburan Ira Kazar Bagi Idea Ke Kata Puteri Sarah Curang Netizen Dakwa Syamsul Yusof Pandai Reka Cerita

Domain Name On Business Success

Saya Tiada Masalah Untuk Berpoligami Tetapi Hafidz Harus Mengikut Cara Yang Betul Nurul Shuhada

Merajut Asa Anak Anak Penderita Down Syndrome

Viral Wni Menang Lomba Nyanyi Di Jepang Kirim Piala Ke Ri Kena Pajak Rp4 Juta