Set A Bloom Dari Althea Korea Memang Cantik Menarik Dan Tertarik



Assalamualaikum
Dah lama kan Cik Nor tak bercerita pasal produk Althea? Kalau Cik Nor dah bawak keluar cerita ni mesti ada buah tangan terbaru dari Althea.  Memang betul tu..hehe. Buah tangan terbaru dari Althea di beri nama New Collection A'Bloom. Serius Cik Nor tergoda dengan buah tangan terbaru Althea kali ini. Mana tidaknya produk dia kecik-kecil dan comel tapi kesan dia memang tip top. Bukan takat produk dia jer yang comel, malas paacking dia pun menarik perhatian pelanggan, Tanpa membuang masa  jom kita kenal dengan lebih dekat Althea A'Bloom ni.
Dalam set A'Bloom ini terdapat 4 produk iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Mask sheet (4 variasi), A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs. Korang tengok gambar tu, comel-comel kan? Bila dah dapat tu rasa sayang la pulak nak guna. Rasa nak buat koleksi jer. hehe


Ayuh kita kenal satu persatu dan apa kegunaan setiap produk ini. Mana tahu kot lepas ni korang pulak berminat nak dapatkan produk-produk baru dari Althea ni.



A'bloom BHA Blackhead Blaster 
BHA Blackhead Blaster merupakan blackhead/whitehead removal. Ia didatangkan dalam bentuk stick putar bukannya mask yang biasa korang pakai tu. Diformulasi dengan menggunakan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), ia membantu untuk menyingkirkan blackhead/whitehead, sel kulit mati dan sebum yang berlebihan dengan mudah tanpa rasa sakit. Ye lah, kalau pakai mask tu leceh sikit bila mask tu melekat kuat kat kulit muka kan? Sekarang bukan macam tu lagi..hehe
Selain dari kandungan kat atas tu ia juga  menggunakan bahan-bahan seperti charcoal powder, apricot seed, tea tree leaf oil untuk skrub kulit muka tanpa rasa kerengsaan kerana teksturnya yang lembut  membuatkan korang rasa ringan je pada muka.  Ia sesuai untuk mereka yang jenis kulit berminyak atau kombinasi.



Cara Menggunakanya :1. Basuh muka supaya bersih daripada makeup. Nak kesan lebih cepat, gunakan tuala panas dan letak pada muka sebelum menggunakanya untuk membuka pori-pori.2. Gosokkan BHA Blackhead Blaster ini pada kawasan yang terdapat blackhead/whitehead sehingga rasa puas.3. Kemudian korang boleh  lap kesan warna hitam dengan tuala yang bersih dan bilas muka dengan air suam. 4. Korang akan rasa kulit lebih lembap dan tiada kerengsaan malah minyak juga berkurangan.

A'bloom Mask Sheets (4 Variations)
Bab mask ni memang best, mana tak nya ada 4 variasi mask yang diperkenalkan. Dah macam orang Korea pulak, tak ada mask macam tak lengkap hidup. hehe. Macam-macam mana pun seminggu sekali mesti kena pakai mask. Mask ni banyak fungsinya, salah satunya untuk melembapkan kulit muka.



1. A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)

Mengandungi ekstrak tembikai untuk memberi penghidratan dan kelembapan pada kulit supaya kelihatan lebih segar. Manakala, lavendar untuk menenangkan kulit dengan bauan yang cukup tenang ketika memakainya.
Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kombinasi.



2. A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparkle-Me-Bright)

Mask ini mengandungi Lemon dan Lime yang kaya dengan kandungan Vitamin C dengan dos yang berganda untuk mencerahkan kulit serta memudarkan bintik gelap. Bahkan, teh hijau digunakan untuk mencerah sambil menenangkan kulit.
Bahan utama yang terdapat di dalamnya adalah seperti Niacinamide, Ekstrak Buah Citrus Lemon, Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia dan Ekstrak Daun Camellia Sinensis.
Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutama kulit kombinasi.



3. A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)

Mask ini berfungsi untuk membersih dan melegakan kulit yang sensitif. Diperbuat dari ekstrak buah pic dan minyak pokok teh untuk mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit supaya menjadi lebih lembut dan halus.
Bahan utama yang digunakan ialah Ekstrak Buah Prunus Persica (Peach), Ekstrak Daun Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh).
Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak dan sensitif.



4. A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)

Buah Avocado kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan. Ia diadun dengan ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar.
Korang dah baca kan fungsi setiap mask yang Cik Nor kongsikan di atas. Mesti korang teruja untuk memiliki mask-mask tersebut. Banyak kebaikan yang kita dapat bila pakai mask ni. Bukan setakat dapat kulit yang lembap, ia juga dah menjadikan kulit muka kita awet muda.



A'bloom Giant Meringue Puff
Bab-bab sponge ni Cik Nor tak tahu sangat tapi bila dok perhati orang guna untuk meratakan foundation terdetik dihati untuk mencuba menggunakannya Ternyata Althea berjaya menggoda pelanggannya untuk menngunakan sponge yang sangat comel dan  berbeza dengan sponge yang ada dipasaran sekarang. Giant Meringue Puff ini bersaiz lebih besar dari yang Baby Meringue Puff. 
Puff ini boleh mengembang sehingga 1.5x dari saiz sebenar dengan cepat bagi kawasan yang luas pada muka seperti bahagian pipi, dahi dan dagu dan membuat kulit tampak flawless.
Cara penggunaan :1. Boleh gunakan secara basah atau pun kering mengikut keperluan korang semasa penggunaannya.


A'bloom Baby Meringue Puff
Bagi memudahkan kerja meratakan foundation pada kawasan yang susah atau kecil, korang gunakan Baby Meringue Puff pada bahagian seperti bawah mata, celah tepi hidung, tepi mulut dan celah antara kening dengan dahi. Ia amat mudah digunakan kerana ianya bersaiz kecil dan boleh mengembang seperti yang Giant Merigue Puff jugk.
Cara penggunaan juga sama dengan Giant Merigue Puff. Antara nak kering atau basahkan puff tersebut. 
Macam mana? Tergoda la tu dengan review Cik Nor. Harga korang tak perlu risau, mur mur jer  dia. Tak caya? Jom terjah website Althe untuk maklumat lanjut.

Website Althea :  https://my.althea.kr/  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2019/05/set-abloom-dari-althea-korea-memang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Bloom Set By Althea Korea Resepi Istimewa Menjelang Syawal

A Bloom Set By Althea Korea Resepi Istimewa Menjelang Syawal

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 324 hits
A Bloom Sheet Masks by Althea Korea Resepi Istimewa Menjelang Syawal Allhamdulillah Baru je seminggu berpuasa pasti dah tak tahu apa resepi nak masak kan itu saya uols mesti macam macam resepi ada Resepi nak raya ada tak hehehe hari ni saya...
Set Eksklusif A Bloom Dari Althea Korea

Set Eksklusif A Bloom Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 591 hits
AssallammualaikumHai semua salam ramadhan dari Sha Tidak lame lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya Jom kita mencantikkan diri bersama Althea Korea Althea telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu yang diberi nama A bloom Set Ekskl...
A Bloom Set Koleksi Terkini Dari Althea Korea

A Bloom Set Koleksi Terkini Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 456 hits
A Bloom Set dari Althea Korea Review Rasa macam dah lama sangat tak cerita tentang produk kecantikan yang Ina gunakan ni yea Kali ini Ina berpeluang mencuba satu produk Korea terbaru dari koleksi Althea iaitu A Bloom Set A Bloom Products Ko...
A Bloom S Althea Korea My New Collections Makeup Stuff

A Bloom S Althea Korea My New Collections Makeup Stuff

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 482 hits
Althea Korea A bloom s koleksi terbaru yang julia miliki dari website Althea Korea Menariknya pasal A bloom s ialah persediaan wajah sebelum dan selepas makeup Ada 3 versi julia nak ketengahkan tau kelengkapan yang harus di miliki bagi seti...
Althea A Bloom Terbaru Dari Althea Korea

Althea A Bloom Terbaru Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 464 hits
ALTHEA A BLOOM TERBARU DARI ALTHEA KOREA Ni yang jatuh cinta dengan Althea ni ada je produk baru yang diperkenalkan Cik Rose ni memang suka barangan KBeauty Dan memang selalu berbelanja di website Althea Memang mesra pengguna dan banyak off...
A Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

A Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 371 hits
A bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran l Assalamualaikum Last month Althea platform kecantikan nombor satu di Korea telah melancarkan satu produk eksklusif terbaru mereka yang sangat sangat comel tau korang iaitu Althea A ...
Menghilangkan Blackhead Serta Rawatan Wajah Dengan Althea A Bloom Baharu

Menghilangkan Blackhead Serta Rawatan Wajah Dengan Althea A Bloom Baharu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 352 hits
Apa lagi yang terbaharu dari Althea Korea kali ini yang ana nak kongsikan dengan wanita anggun semua Yezzaa Pastinya sesuai untuk wanita dan gadis yang ingin tampil cantik persis aktress Korea kini hadirnya set penjagaan wajah Althea A Bloo...
A Bloom Merupakan Produk Terbaru Dari Althea

A Bloom Merupakan Produk Terbaru Dari Althea

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 428 hits
A Bloom Merupakan Produk Terbaru Dari Althea Hai guys ada berita baik untuk pencinta produk althea hehe hint dia comey sangat macam nak makan jer Serious cakap lah produk terbaru althea memang comey sebab anak sis hampir nak makan puff yang...
Althea A Bloom Fruity Facial Mask Yummy Meringue Puff Easy Peasy Bha Blackhead Blaster

Althea A Bloom Fruity Facial Mask Yummy Meringue Puff Easy Peasy Bha Blackhead Blaster

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 337 hits
hi there yeah Althea ada keluaran produk terbaru yang dikenali sebagai A bloom keluaran produk kali ini memang sangat tenpting rasa macam eh why so yummy ada 7 produk terkini yang hangat macam pisang panas di laman web Althea dan ada yang d...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat