Set Eksklusif A Bloom Dari Althea Korea


Assallammualaikum

Hai semua, salam ramadhan dari Sha. Tidak lame lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya. Jom kita mencantikkan diri bersama Althea Korea. Althea telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu yang diberi nama A'bloom.

Set Eksklusif A'bloom


Inilah dia produk A'bloom yang Shailla maksudkan tadi. Apa macam? Comelkan.. Hihihi. Shailla paling teruja dengan Meringue Puff sebab comel dan gebu sangat. Itu belum sentuh lagi.. Hahaha

A'bloom Meringue Puffs Giant dan Baby

Untuk Meringue Puffs terdapat dua saiz iaitu saiz giant dan baby. Sponge dia bila pegang, sangat lembut sekali. Memang jauh beza dengan sponge yang Shailla beki sebelum ini.


Korang tahu tak idea untuk cipta A'bloom Meringue Puffs adalah dari meringue cookies dengan menggunakan span bukan latex (non-latex sponge) yang bersifat hidrofilik.

Apa itu hidrofilik?

Hidrofilik adalah di mana saiz sponge akan membesar 1.5 kali ganda apabila di rendam di dalam air.

Shailla guna Giant Meringue Puff untuk blend foundation. Di sebabkan saiznya yang besar, jadi amat mudah untuk Shailla blend ke seluruh muka.

Manakala untuk Baby Meringue Puff pula Shailla guna untuk concealer dan pemerah pipi.

Cara Pemakaian

Mudah sahaja, korang hanya perlu rendam sponge ke dalam air. Tujuannya adalah untuk membuat solekan akan nampak kemas dan cela juga akan di tutup rapi.

Meringue Puff ini juga boleh digunakan tanpa perlu rendam. Bezanya kalau korang rendam dulu, solekkan akan nampak lebih bercahaya berbanding menggunakan yang kering.

Harga

Meringue Puff Giant RM8/pc
Meringue Puff Baby RM11/3 pcs

A'bloom Fruits Mask

Semua mask ini berbau buah buahan segar dari ladang.. Ehhh.. Hahaha. Kalau korang nak tahu, bau mask ini seperti aroma citrus yang menyegarkan dan menyenangkan.


Taraa.. Ada macam ultraman? Ehhh.. Ultragirl la.. Hahaha. A'bloom Fruits Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Antara Kebaikan A'bloom Fruits Mask adalah :

* Tinggi dengan antioksidan yang terdiri dariramuan tumbuhan semuljadi dan ekstrak buah-buahan segar

* Mengimbangkan nilai PH bagi menguatkan daya ketahanan kulit agar menjadi lebih segar.

*Diperbuat dari 100% fabrik mesra alam semulajadi yang berfungsi untuk menyerap esen pati buah-buahan ke dalamnya.

* Mempunyai kesan penyejukkan dan menyerap dengan baik bagi menyuntik kebaikan esen buah-buahan ke dalam kulit agar kekal lembap hingga keesokan harinya.

*Siri Whitening face mask mampu memberkan kesan cerah yang segera selepas penggunaan.

Terdapat 4 jenis variasi mask dengan fungsi yang berbeza yang boleh korang dapatkan iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach.


1. A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

*Membantu untuk mencerahkan kulit

* Kaya dengan Vitamin C dari Lemon dan Lime.

* Gabungan dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap.

*Mengandungi teh hijau yang dapat membantu mengawal pengeluaran melanin.

Bahan utama

Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.

2. A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

* Menghidrat dan memberikan lembapan pada kulit.

* Mengandungi asid aminoik semulajadi (Citrulin & Betain) untuk membentuk membran pelembap pada kulit agar lembap dan lembut.

*Mengandungi ekstrak lavender yang memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

3. A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

* Kaya dengan kelembapan dan Vitamin A retinol bagi membantu mengawal minyak serta air pada kulit.

* Retinol membantu menormalkan kitaran kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati agar kulit lebih licin dan terhidrat

* Ekstrak pokok teh dapat membantu membersihkan dan mengawal liang roma pada wajah.

4. A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

* Kaya dengan protein untuk menghalang proses penuaan.

* Menagndungi antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E

* menjadikan kulit lebih anjal dan berseri.

* Ekstrak bunga matahari yang kaya dengan Antocyanin, antioksidan bagi mencegah penuaan.

Harga :
RM2.00 / sheet

A'bloom BHA Blackhead Blaster

Pada yang mempunyai masalah blackheads, whiteheads dan kulit mati, korang wajib cuba A'bloom BHA Blackhead Blaster.


Diformulasi dari bahan semujadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan BHA semulajadi. BHA Blackhead Blaster ini membantu membersihkan pori hingga ke akar tanpa meninggalkan iritasi dan kesan merah pada kulit.

Fungsi BHA Blackhead Blaster

* BHA semulajadi untuk membersihkan liang hingga ke dalam dengan mengelupaskan sel-sel kulit mati.

* Apricot Seeds untuk membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.

* Arang untuk menyerap kotoran di liang-liang.

* Tea Tree Leaf Oil untuk membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit.





View this post on Instagram
:
A post shared by Active Liker | Active User (@shazillahsani) on May 8, 2019 at 6:08pm PDT
Cara pemakaianya mudah sahaja. Lembapkan kulit terlebih dahulu. Kemuadian apply pada kawasan bermasalah dan urut secara membulat selama 30 saat. Kemudian bilas dengan air.

Pakai seluruh muka pun boleh macam Shailla pada video instagram. Hambek kau! Dah jadi macam dayang senandung gitu.. Hahaha.

Harga :
RM16.00

Kalau korang nak dapatkan Althea A'bloom ni boleh order terus di website https://my.althea.kr/brands/all/abloom

Terima Kasih



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shazillahsani.com/2019/05/set-eksklusif-abloom-dari-althea-korea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Bloom Set Koleksi Terkini Dari Althea Korea

A Bloom Set Koleksi Terkini Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 456 hits
A Bloom Set dari Althea Korea Review Rasa macam dah lama sangat tak cerita tentang produk kecantikan yang Ina gunakan ni yea Kali ini Ina berpeluang mencuba satu produk Korea terbaru dari koleksi Althea iaitu A Bloom Set A Bloom Products Ko...
A Bloom Set By Althea Korea Resepi Istimewa Menjelang Syawal

A Bloom Set By Althea Korea Resepi Istimewa Menjelang Syawal

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 324 hits
A Bloom Sheet Masks by Althea Korea Resepi Istimewa Menjelang Syawal Allhamdulillah Baru je seminggu berpuasa pasti dah tak tahu apa resepi nak masak kan itu saya uols mesti macam macam resepi ada Resepi nak raya ada tak hehehe hari ni saya...
Set A Bloom Dari Althea Korea Memang Cantik Menarik Dan Tertarik

Set A Bloom Dari Althea Korea Memang Cantik Menarik Dan Tertarik

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 408 hits
AssalamualaikumDah lama kan Cik Nor tak bercerita pasal produk Althea Kalau Cik Nor dah bawak keluar cerita ni mesti ada buah tangan terbaru dari Althea Memang betul tu hehe Buah tangan terbaru dari Althea di beri nama New Collection A Bloo...
A Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

A Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 371 hits
A bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran l Assalamualaikum Last month Althea platform kecantikan nombor satu di Korea telah melancarkan satu produk eksklusif terbaru mereka yang sangat sangat comel tau korang iaitu Althea A ...
Althea A Bloom Terbaru Dari Althea Korea

Althea A Bloom Terbaru Dari Althea Korea

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 464 hits
ALTHEA A BLOOM TERBARU DARI ALTHEA KOREA Ni yang jatuh cinta dengan Althea ni ada je produk baru yang diperkenalkan Cik Rose ni memang suka barangan KBeauty Dan memang selalu berbelanja di website Althea Memang mesra pengguna dan banyak off...
The Mask That Makes You Bloom A Bloom By Althea Korea

The Mask That Makes You Bloom A Bloom By Althea Korea

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 365 hits
Women aged faster after they hit the golden number 25 Which is why it is really important to take good care of the body and skin I started using sheet mask almost every day after I hit 30 It s a bit late but better than never I ve been an A...
A Bloom S Althea Korea My New Collections Makeup Stuff

A Bloom S Althea Korea My New Collections Makeup Stuff

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 482 hits
Althea Korea A bloom s koleksi terbaru yang julia miliki dari website Althea Korea Menariknya pasal A bloom s ialah persediaan wajah sebelum dan selepas makeup Ada 3 versi julia nak ketengahkan tau kelengkapan yang harus di miliki bagi seti...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat