Sesungguhnya Aku Cinta Kepadamu Kerana Allah
Sesungguhnya, mencintai kerana Allah akan dinaungi di hari kiamat. Tak kisah lah mencintai sesuatu tu samada terhadap haiwan peliharaan atau manusia. Dalam konteks penjelasan di bawah ini, ia menjurus kepada saling mencintai sesama manusia. Justeru, kita jangan bermusuhan. Usah bergaduh. Maafkan saja mereka yang menyakitimu. Lepaskan semuanya dan katakan pada Allah, "Uruskanlah mereka Ya Allah. Aku sudah tidak berdaya." Insya Allah, habis je kamu niatkan begitu.. segala lelah dan sakit dalam diri, fikiran yang serabut tu semua akan hilang. Tidurmu akan lena. Rasa sakit dan penat seluruh badan akan hilang. Itulah kuasa redha.. dan ikhlas. Kerana kita tahu.. segala urusan hidup dan mati kita, kita serahkan kepada Allah SWT.
Saling Mencintai Kerana Allah, Dinaungi Di Hari Kiamat
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (Sahih Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي
Maka dari hadis di atas, dapatlah hendaknya kita mengambil pengajaran dan manfaat daripadanya
Pengajaran:
1.Saling mengasihi dan berkasih sayang antara sesama orang beriman adalah suatu tuntutan
2.Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah akan tergolong dalam salah satu golongan yang akan mendapat naungan di hari Kiamat
3.Ibnu Hajar rahimahullah berkata, dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, di mana ia berpisah dan berkumpul kerana-Nya, iaitu apabila keduanya saling mencintai kerana agama, bukan kerana yang lainnya. Cinta kerana agama ini tidak putus kerana dunia, baik dia berkumpul secara hakiki atau tidak, sampai kematian memisahkan keduanya
4.Seorang lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah begitu juga wanita yang menyayangi wanita lain kerana Allah, dianjurkan oleh Rasûlullâh SAW agar kita memberitahu kepadanya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis dengan lafaz:
إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ
Sesungguhnya aku cinta kepadamu kerana Allâh
Kemudian balaslah ucapan tersebut dengan lafaz:
أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ
Mudah-mudahan Allâh mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya
Dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan negara yang sejahtera, berusahalah kita memiliki seramai mungkin sahabat yang baik dengan mengasihi mereka. Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat naungan di hari akhirat nanti dengan saling menyayangi sahabat kita semata-mata kerana Allah
Semoga segala perkongsian di atas dapat memberikan panduan dan manfaat kepada kita semua
Baca : GAMBAR LOKASI ....
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/08/sesungguhnya-aku-cinta-kepadamu-kerana.html