Sesuai Kebimbangan Nurul Izzah Aspek Komunikasi Adalah Perkara No 1 Perlu Segera Dirombak






NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini menyarankan kerajaan agar segera menambah baik komunikasi kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.


Katanya, perkara itu perlu dilakukan selain untuk mendepani serta melawan politik ekstremisme dan rasuah yang terus menyengat, ia juga perlu dalam usaha untuk melaksana agenda reformasi, memastikan ekonomi rakyat bertambah baik, mendekati dan menjiwai anak muda serta pengundi wanita.


“Saya menyertai korus desakan agar agensi komunikasi kerajaan diperkukuh supaya inisiatif, kejayaan dan usaha murni kerajaan perpaduan sampai terus kepada rakyat.


“Jangan lupa, pertarungan akan tiba lagi nanti – maka usaha memenangi hati dan mendengar denyut jantung rakyat harus berjalan terus,” katanya dalam catatan di Instagramnya.


Sebagaimana banyak pihak sudah bercakap bahawa antara punca keputusan tidak memberangsangkan dicapai PH/BN dalam PRN baru-baru adalah kelemahan komunikasi, penerangan dan penyampaian maklumat kepada rakyat, Nurul Izzah juga nampaknya sedar hakikat tersebut.


Seiring dengan saranan serta kesedaran Nurul Izzah itu, saya ingin berkongsi pengalaman yang tanpa sengaja saya dilalui sehari sebelum pengundian PRN baru-baru ini.


Ketika menghadiri sebuah jamuan di rumah seorang kenalan pada Jumaat malam, 11 Ogos lalu, sekumpulan orang antara enam atau tujuh orang yang duduk semeja dengan saya berbual-bual tentang pengundian yang akan berlangsung pada esok harinya.


Seorang daripada mereka berkata, harapannya ialah mahu melihat keputusan PRN itu nanti mampu menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Mereka yang lain yang mendengar kata-kata itu ternampak bersetuju dengan perkara itu dan mengangguk-angguk sambil menikmati makanan yang dihidangkan.


Saya kemudian menyampuk dengan mengatakan PRN ini hanya pilihan raya peringkat negeri dan tidak mampu menukar kedudukan kerajaan di peringkat pusat, biar apa sekali pun keputusannya.


Seorang yang lain pula berkata, masalah utama PH ialah mereka tidak ternampak berbuat apa-apa sejak lapan bulan memegang kuasa dan itulah sebabnya pertukaran kerajaan begitu diperlukan.


Ketika itu, saya tidak membalas panjang, cuma sekadar berkata, “banyak sebenarnya yang dilakukan kerajaan.”


Walaupun panjang lagi perbualan di meja makan selepas itu, tetapi kata-kata “PH tidak ternampak berbuat apa-apa sejak lapan bulan memegang kuasa” amat membekas dalam fikiran saya, diikuti pula sepanjang di meja makan itu, keghairahan mereka berbual untuk akhirnya melihat kerajaan perpaduan dijatuhkan begitu bersemarak sekali.


Sejak itu saya sering berfikir, kenapa masih ada yang sampai tidak nampak apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat sejak lapan bulan lalu?


Apakah kerana mereka memang sedia membenci PH atau Anwar, lalu menutup mata dan telinga kepada apa juga maklumat yang diterima?


Apa pun keadaannya, yang nyata, inilah satu petanda lemahnya komunikasi dan sistem penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat.


Kalau maklumat sampai kepada mereka, tidak mungkin ada seseorang yang waras dan berakal tergamak untuk berkata, “PH tidak ternampak berbuat apa-apa” secara terbuka, walhal banyak sekali kebaikan di depan mata telah dilakukan oleh kerajaan perpaduan ini.


Sama ada mereka membenci PH, tidak menonton televisyen, tidak membaca akhbar atau tidak memiliki akaun media sosial, sepatutnya mesti ada ada kaedah bagaimana sesuatu maklumat dan kebaikan kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat.


Jika maklumat tentang tarikh puasa atau hari raya boleh sampai kepada rakyat tak kira walau di mana mereka berada, tidak ada sebab kebaikan kerajaan atau jawapan kepada fitnah-fitnah tidak boleh disampaikan.


Bukankah kerajaan ada pelbagai saluran media – daripada televisyen, radio, akhbar, portal berita, media sosial dan pelbagai lagi?


Selain itu, ada pula pelbagai jentera parti berkaitan komunikasi dan penerangan.


Di mana semua itu dalam membantu kerajaan?


Ringkas cerita, susulan serangan berpanjangan kepada kerajaan perpaduan sejak lapan bulan lalu, diikuti keputusan PRN enam negeri baru-baru ini, jika ia merupakan “wake-up call” agar segera bangun dan berlari untuk bekerja, maka perubahan dan rombakan yang paling awal wajib dilakukan ialah berkaitan komunikasi, penyampaian maklumat dan menjawab segala macam fitnah yang bertebaran.


Dalam konteks komunikasi tersebut, mereka yang sedia ada – daripada yang berjawatan menteri, ketua agensi, ketua pengarah dan lain-lainnya, semua itu harus segera diperbaiki, ditukar, diganti atau dipecat – mengikut keperluan dan kesesuaian, asal Anwar dapat dielakkan daripada ditumbangkan.


Tanpa keberanian melakukan sesuatu yang drastik dan luar biasa, keputusan PRU16 empat tahun lagi tidak akan jauh berbeza dengan PRN baru-baru ini. – ShahbudinHusin 19/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/sesuai-kebimbangan-nurul-izzah-aspek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Let S Focus On Improving Messaging Economic Schemes

Nurul Izzah Let S Focus On Improving Messaging Economic Schemes

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 214 hits
Former Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar has urged her party and coalition to respond to the rising support for PAS by improving its communication mechanisms and resolving the people s economic woes In addition to confronting and fighting...
Jangan Pilih Pemimpin Loqlaq Nurul Izzah

Jangan Pilih Pemimpin Loqlaq Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 221 hits
hmetro com myNURUL Izzah ketika berucap pada Sembang Santai Bersama Orang Muda di Warung Bangau Sawah Langkawi FOTO Hamzah OsmanLangkawi Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggesa pengundi memilih calon yang dapat mewakil...
8 Perkara Yang Ramai Orang Tidak Tahu Rahsia Claim Voucher Dan Coin

8 Perkara Yang Ramai Orang Tidak Tahu Rahsia Claim Voucher Dan Coin

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 399 hits
Shopee is a popular e commerce platform and mobile app that operates in various countries across Southeast Asia and other regions The app allows users to browse buy and sell a wide range of products including electronics fashion beauty prod...
Buli Perkara Biasa Di Korea Ini 4 Drama Menggambarkan Kisah Mangsa Buli Sebenar

Buli Perkara Biasa Di Korea Ini 4 Drama Menggambarkan Kisah Mangsa Buli Sebenar

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 286 hits
Buli adalah isu sosial yang sangat penting bukan sahaja di Korea tetapi juga di negara lain ARTIKEL BERKAITAN Di Korea Selatan banyak drama berkisar tentang kisah orang yang didera dan diserang akibat buli The Glory Untuk musim yang kedua T...
Usd Jpy Penembusan Segera

Usd Jpy Penembusan Segera

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 144 hits
Pasangan mata wang USD JPY didagangkan dalam warna hijau pada 146 11 dan nampaknya berazam untuk menghampiri dan mencapai tahap tertinggi baharu Harga melonjak lebih tinggi apabila DXY meningkat manakala Niaga Hadapan Yen Jepun jatuh Kecend...
11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Berhenti Kerja Dan Mula Berniaga

11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Berhenti Kerja Dan Mula Berniaga

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 242 hits
Satu bancian yang saya baca dibuat pada tahun 2020 di negara kita mendapati 49 dari mereka yang kerja makan gaji ada hasrat nak berhenti kerja dan berniaga Dalam bancian tersebut anak muda dari generasi Z lebih galak nak jadi usahawan 4 dar...
Mimpi Surya Paloh Duetkan Ganjar Anies Segera Terwujud

Mimpi Surya Paloh Duetkan Ganjar Anies Segera Terwujud

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 193 hits
Ketua DPP PDI Perjuangan Said Abdullah melemparkan wacana menduetkan Ganjar Pranowo dengan Anies Baswedan
Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara Pekerjaan Atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara Pekerjaan Atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 242 hits
Setiap perbuatan atau memulakan sesuatu kerja kita akan mulakan dengan bismillah disusuli dengan doa Kita mohon kepada Allah supaya memudah segala urusan yang kita lakukan Berdoa juga mengingatkan kita bahawa segala yang berlaku adalah deng...
Perkara Pertama Selepas Anak Mula Makan Kena Ajar Anak Minum Air Dari Cawan

Perkara Pertama Selepas Anak Mula Makan Kena Ajar Anak Minum Air Dari Cawan

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 254 hits
Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu air masak sangat penting untuk 1 Latih anak minum menggunakan cawan 2 Bersihkan mu...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu