Program bermula lebih kurang pada pukul 9.00 pagi bertempat di Gold Bean 93 Cafe yang beralamat di Lot K , Spring Labs , Jalan Eko Flora Utama , Taman Eko Flora , 81100 Johor Bharu , Johor . Penat drive hadap jem semasa menuju ke destinasi tu boleh tahan , maklumlah bertolak dari Simpang Renggam seawal 6.30 pagi . Sampai di Gold Bean 93 Cafe terus daftar dan ambik beberapa gambar untuk kenang-kenangan .
Selepas sesi pendaftaran , kami dijamu pula sarapan yang begitu enak sekali . memang kenyang juga la
Memang kekenyangan selepas menjamu selera sarapan ni 
Kemudian , disampaikan pula tentang beberapa model kereta dari Honda olwh wakil Honda Malaysia .
Selesai sahaja penerangan tentang model-model terkini dari Honda Malaysia , penerangan tentang ” Road to 900,000 Unit Milestone Campaign Blogger Drive 2019 ” pula .
memang padat dan menarik aktiviti pada kali ini , apa-apa pun perasaan teruja tu masih ada kerana berpeluang memandu uji model kereta idaman iaitu Honda Civic 1.5 Turbo .
Honda CRV 1.5 yang lengkap dengan semua pakej keselamatan , gaya dan juga prestasi terbaik
Acara seterusnya adalah sesi demon strasi HONDA SENSING . Apa itu HONDA SENSING ? Untuk pengetahuan semua , HONDA SENSING ialah salah satu ciri pemanduan keselamatan yang ditawarkan pada Honda CR-V . Honda Sensing ialah ciri bantuan pemanduan pertama diperkenalkan Honda. Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama menerima Honda CR-V dengan teknologi Honda Sensing, terdiri daripada 7 ciri bantuan pemanduan iaitu :-
Kawalan Jelajah Adaptif / Adaptive Cruise Control (ACC)Jejak Kelajuan Rendah / Low-Speed Follow (LSF)Sistem Amaran Perlanggaran Depan / Front Collision Warning (FCW)Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran / Collision Mitigation Braking System (CMBS)Sistem Bantuan Kekal Lorong / Lane Keeping Assist System (LKAS)Mitigasi Tukar Lorong / Road Departure Mitigation (RDM)Amaran Tukar Lorong / Lane Departure Warning (LDW)
Amaran Perlanggaran Depan / Front Collision Warning (FCW) dan Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran / Collision Mitigation Braking System (CMBS) pula membantu pemandu mengelak rempuhan dari depan. Sistem FCW akan mengeluarkan amaran jika mendapati ada sebarang potensi berlaku perlanggaran dari arah depan, manakala CMBS berfungsi membrek automatik jika pemandu dikesan tidak memberikan sebarang respon untuk mengelak perlanggaran tersebut.
Pertama sekali saya tertarik dengan ruang yang luas pada Honda CRV dan juga Honda HRV 1.5L Hybrid. Sesuai untuk digunakan untuk membawa pelbagai jenis bag yang besar untuk pulang ke kampung halaman .
Honda HRV 1.5L Hybrid
Ruang HRV yang agak besar di bahagian belakang
Boleh bawa sekali Mountain Bike
Pandangan dari sisi depan bahagian ruang letak barang
Kita lihat ruang di bahagian belakang Honda CRV pula
Apa yang menarik di Honda CRV ini , ketinggian bonet belakang boleh dilaras mengikut ketinggian pemandu itu sendiri .
Rung yang teramat luas
tempat duduk di bahagian penumpang boleh dilaraskan juga untuk memberi keluasan di bahagain belakang untuk mengisi bag dan lain-lain barang yang besar .
Boleh juga membawa Mountain Bike
Menarik tak ? Sebab boleh letak pelbagai barang yang besar .
Memang selesa digunakan untuk pulang ke kampung halaman nanti dengan memandu Honda CRV yang garang dengan warna merahnya
Kita lihat pula pada bahagian Honda Civic
Nampak garang dan Sporty di bahagian belakang
Ruang untuk meletak barang di bahagian belakang Honda Civic
pandangan dari sisi hadapan Honda Civic yang teramat memukau sekali
pandangan dari sisi tepi Honda Civic
Test Drive Flag-Off
Selesai sesi Demonstrasi Ruang Dan Fleksibiliti bagi ketiga-tiga model Honda , lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi tiba pula acara Test Drive Flag-Off . Saya dan rakan blogger Uyul memandu Honda HRV untuk sesi pandu uji menuju ke Bangunan Eko Flora untuk sesi bergambar .
Cuaca pada hari tersebu dikatakan agak panas dan terik , namun ia tdak menghalang untuk saya melaksanakan tugasan sesi pandu uji Honda HRV ini .
Kokpit pemandu yang serba hitam dan kemas membautkan saya selesa memandu ketika sesi pandu uji ini .
Honda HRV ini didatangkan dengan Sport Rim yang bergaya
Saya sertakan beberapa spefikasi yang terdapat di Honda HRV 1.5 L Hybrid ini :-
Pitstop 1 Tealive Bukit Indah
Selesai sesi bergambar di kawasan Eko Flora , kami semua menuju ke Pitstop 1 iaitu di Tealive Bukit Indah . Semasa pemanduan ke Tealive Bukit Indah , keadaan jalan agak sibuk dan ada beberapa kesesakkan lalu lintas . Jadi terpaksa bawa secara perlahan dan juga ” Maintain ” . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit .
Tealive Bukit Indah
Sampai sahaja di Tealive Bukit Indah terus membuat pesanan . Saya memilih ” Bang Bang Tea ” untuk dijadikan penghilang dahaga sepanjang sesi pandu uji ini .
Tealive X Honda Road to Break Through Contest
Oh ye, sebelum terlupa , Tealive ada contest tau …iaitu Tealive X Honda Road to Break Through Contest . Tealive bekerjasama dengan Honda Malaysia di dalam kempen Terima kasih 900K ini . Korang hanya perlu beli minuman di Tealive drink , ambil gambar bersama standee dan minuman pilihan anda , Lengkapkan slogan dan hantar ke WhatsApp hotline seperti yang terdapat di dalam gambar . Hadiah utama Honda Jazz menanti anda .
Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari , tiba di R&R Kulai . Kali ini bertukar kereta pula iaitu Honda Civic . Saya memandu , manakala Uyul duduk di bahagian penumpang .
Teruja sekali apabila berpeluang memandu uji kereta idaman ini iaitu Honda Civic 1.5L Turbo . Jom kita lihat spefikasinya :-
Pitstop 5 Kluang Mall
Selesai menjamu selera makan tengah hari di Barney Restaurant Kluang , kami di bawa oleh Instructor dari Honda Malaysia ke Kluang Mall untuk melawat lokasi Kempen Terima Kasih 900K Honda Malaysia dengan kerjasama dari Syok , Tealive dan juga Unifi .
Kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia
Sempena kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia berbesar hati untuk menghadiahkan 9 buah kereta berlainan model kepada anda semua secara PERCUMA!
Pitstop 5 Iptimas Motor SDN. BHD.
Selesai sesi melawat lokasi Kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia di Kluang Mall , kami semua bergerak ke Iptimas Motor SDN. BHD. yang terletak di Kluang juga .
Aktiviti di sini , saya didedahkan serba sedikit tentang Kempen ” Terima Kasih 900K ” Honda Malaysia dan meninjau beberapa modal kereta Honda di bilik pameran yang terdapat di Iptimas Motor SDN. BHD.
Tiba di hentian R&R Kulai , saya bertukar tempat duduk di bahagian penumpang depan , manakala uyul memandu Honda CRV .
. Setibanya di Gold Bean 93 Cafe , kami di sajikan dengan makanan yang menyelerakan .
Alhamdulillah , pengalaman menyertai sesi pandu uji 3 model terhebat dari Honda Malaysia ini amat bermakna pada saya . Dapat merasai pemanduan yang hebat dan menarik . Terima kasih kepada pihak Honda Malaysia , tealive , Syok , Kluang Mall , Iptimas Motor Sdn. Bhd. kerana memberi peluang yang berharga kepada saya dan rakan-rakan blogger yang lain .|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |