Keputusan pandu uji yang tidak memberangsangkan itu membuatkan Mommy menggesa Master untuk pandu uji Subaru XV pula.Untuk pandu uji Subaru XV, kami perlu ke Subaru Seremban. Perjalanan ke sana memakan masa 30 minit dari Nilai di mana kami ambil exit ke Port Dickson.Bangunan Subaru Seremban terletak bersebelahan Isuzu, agak sukar diperasan, menyebabkan kami berpusing-pusing beberapa kali.Nasib baik ada event di Subaru Seremban, jadi kami dapat pandu uji Subaru XV STI yang telah sedia walaupun kami sampai pada jam 6 petang.Pandangan tentang Subaru XV STIPandu uji Subaru XV STI memang seronok kerana kecekapan enjinnya memang dahsyat.Daya brek yang hebat tapi tidak terhenjut-henjut macam HR-V.Daya pecutan memang terasa berbanding HR-V yang agak perlahan memecut.Penumpang tidak terbuai-buai walaupun langgar bumper jalan.Namun secara jujurnya pengemudian Mazda CX5 lebih ringan berbanding Subaru XV STI, namun penjual berkata, ia untuk tindak balas kemudian yang lebih cepat.Hiasan dalaman agak kurang menarik, macam ruang dalaman Proton, tapi agak lebih baik berbanding Honda HR-V.Tempat duduk penumpang hadapan pula tidak dapat dibaringkan ke depan sepenuhnya, jika mahu diisi barangan panjang seperti Honda HR-V.Kali ini Mommy turut pandu uji kereta Subaru XV STI tersebut, memberi bayangan bahawa Subaru XV yang bakal dibeli nanti....Keputusan akan dibuat nanti...Baiklah, setelah menilik dan membelek kesemua jenis Subaru XV yang ada di sana iaitu XV Premium, XV Sport, XV STI, dan yang terbaru XV i-P 2016, kami mengunudur diriHarga yang ditawarkan sangat kompetitif, jadi tidak hairanlah XV semakin memenuhi jalanraya Malaysia.Tempahan pula hanya akan dikenakan bayaran RM 100 (seratus ringgit sahaja).Adakah kereta ini yang akan dipilih Mommy, kita tengok sajalah nanti.Kiriman ini pertama kali dikirim pada 14 Mac 2016.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |