Sesak Nafas Demam Muntah Irma Hasmie Cemas Anak Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital


Ibu mana yang mampu melihat bila mana anaknya demam panas. Apa lagi demam berterusan walaupun selepas diberikan ubat atas nasihat doktor. Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie berdepan detik mencemaskan bila mana anak sulungnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas demam berpanjangan yang tidak surut.
Menerusi Instagramnya, Irma turut berkongsi kisah cemasnya yang tidak tahu apa masalah yang dialami anaknya itu.

“Kisah beberapa hari lepas, saya baru sempat nak share. Harap dapat kongsi manfaat pada semua yang membaca.
“Bismillahi Mashaallah. Mulanya, Irfhan sesak nafas tengah pagi (> < jam 3am ke 4am rush ke klinik 24jam amik neb) 2 kali neb back to back sebab 1st neb tu masih tak clear lagi. Waktu tu tak ada demam lagi, esoknya badan dia mula panas, macam biasa bila kita pantau suhu naik tinggi mesti akan bagi dia paracetamol.
“But panas juga, tak turun demamnya, saya dah mula risau la. Macam tak jadi apa je walaupun makan paracetamol tu every 4 to 6 hours la lebih kurang. Then dia dah tak aktif, mengadu sakit kepala sangat, letih melepek je.

“Saya bawa pergi klinik lagi, doc beri antibiotic pula. Masuk hari ke 3 masih demam, muntah-muntah, tambah pelik lagi padahal dah makan antibiotik kan. Dia memang dah lesu teruk la.
“Sampai tahap minum air kosong pun muntah juga. Apa lagi ubat. Pukul 12 am rush pergi hospital. Pergi kat emergency, masa ni Irfhan nak berdiri pun tak boleh, kaki dia lembik. Admitted.
“Apply GL, nak jadi hal staf kat Registration inform Irfhan punya insurance policy tak matang lagi baru sangat amik, baru 4 bulan.

“Saya cuak masa ni takut tak lepas, kata dia sepatutnya kena 6 bulan. Dia tengok saya terdiam, terus dia kata takpe dia cuba je submit. Kat report, DR tulis suspect : chest infection.
“Hari tu memang saya terpaksa la duk kacau je agen insuran saya, saya panggil dia Su. @suriarosli91. TQ tau Su bantu tenangkan saya yang kalut waktu tu. Su bagitau cuba jelah apply GL tu.
“Tak tahu la Su sedapkan hati kita supaya teruskan sabar. Kita doa. Pasrah. Nak pujuk hati tu gigih la juga, Astaghfirullah.

“Otak ni duk pikir je nak bawa ke mana la Irfhan masa tu. Amik ubat jer kat sini then balik rumah ke atau kena tunggu siang la kot cuba bawa HKL ke, tapi klinik pesakit luar buka pukul berapa tak tau juga. Tak boleh fikir masa tu, blur dan buntu sangat.
“Dah tu pula memang prosedur sekarang kena ada covid test untuk apply GL. Irfhan kena swab test la pulak tengah sakit-sakit tu. Kat emergency area tu dah masuk Drip, amik darah amik darah amik darah, 3 syringe.
Amik neb lagi. Chest X-ray.
“Agak-agak berapa la kena charges bila GL tak lepas. Pengsan. Dah la tak tahu lagi sakit apa la anak saya ni kan. Memang la hati ni tak keruan. Gitu gini Gitu gini dah nak subuh, nurse datang. Nurse datang nak inform Irfhan mengidap influenza A,” katanya berkongsi cerita.

Akui Irma, dia langsung tidak pernah berdepan mengenai masalah Influenza A ini apa lagi kini terpaksa dilalui oleh anak kecilnya itu. Pun begitu kata Irma, dia amat bersyukur akhirnya sakit anaknya diketahui dan rawatan pemulihan boleh diberikan segera.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur kerana dia dan suami cepat bertindak untuk membawa anaknya ke hospital dan mendapatkan rawatan segera.
“Allahu. Terkejut. Jujur, tak terpikir langsung virus ni. Saya rasa memang agak sukar nak kenalpasti bila anak terkena demam yang dijangkiti virus Influenza A.
“Tapi dalam masa sama, syukur sebab dah tahu sakit apa, dapat rawatan cepat-cepat, Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Malah Irma juga turut menasihati ibu bapa di luar sana agar sentiasa berjaga-jaga dengan virus yang berada di sekeliling kita. Sentiasa pantau dan cepat bertindak jika kesihatan anak tidak memuaskan.
“Elak dari berlakunya komplikasi serius penyakit Influenza tu yang boleh ragut nyawa kalau lambat rawat, nauzubillah. Jadi yang membaca ni, boleh elak lebih baik elak dari terkena virus ni. Google la cara pencegahan ok.

“Bila dah dijangkiti memang susah jaga. Tempoh jangkitan selalunya ambil masa 7-21 hari untuk sembuh. Tengok gambar ubat-ubat kena makan dan kena complete kan, ubat tu ada yang sampai 14 hari ye. 3 hari juga Irfhan kat hospital.
“Haha, apa kisah GL?? Alhamdulillah, approved. Syukur sangat. Tak rugi ye parents yang amik insurance untuk anak-anak. Memang penyelamat. Jangan tanya total bill berapa ok. AIA settlekan.
“Sekarang ni macam-macam ‘penyakit’ yang merisaukan ye. Yang pasti, mak ayah kena hati-hati, virus ni merupakan sebahagian daripada influenza bermusim dan sangat mudah berjangkit.
“Kita doa banyak-banyak untuk anak-anak keturunan kita. Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wa ni’mal nashir,” tulisnya lagi berkongsi.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by IRMA (@irmahasmie)

Semoga kisah Irma ini menjadi panduan dan pengajaran buat kita untuk segera bertindak, alert dengan segala permasalahan anak dan paling penting cepat bertindak untuk membawa anak ke hospital.
Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Sesak Nafas, Demam & Muntah” Irma Hasmie Cemas, Anak Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sesak-nafas-demam-muntah-irma-hasmie-cemas-anak-terpaksa-dikejarkan-ke-hospital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Mama Akan Kuat Demam Batuk Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

Ayah Mama Akan Kuat Demam Batuk Anak Pergi Masa Perjalanan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 208 hits
Kehilangan anak antara momen yang paling ditakuti oleh semua ibu bapa Sekuat mana pun hati bila dapat berita ini pasti dunia akan rasa gelap seketika sebelum dapat bangkit semula menerima ketentuan ilahi Menerusi perkongsian seorang bapa Bo...
Harga Barang Naik Pas Tak Sesak Nafas Satu Jual Melayu Satu Lagi Jual Agama

Harga Barang Naik Pas Tak Sesak Nafas Satu Jual Melayu Satu Lagi Jual Agama

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 175 hits
Kedua dua unsur itu dipamerkan di hadapan kepura puraan mereka menerusi slogan Kerajaan Melayu Islam Contohnya naratif bekas Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak dianiaya dalam kes 1Malaysia Development Berhad dan SRC International
Wanita Alami Detik Cemas Apabila Anak Dilarikan Bersama Kereta

Wanita Alami Detik Cemas Apabila Anak Dilarikan Bersama Kereta

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Gara gara meninggalkan anak dalam kereta seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila anak lelakinya berusia sembilan tahun dilarikan bersama keretanya di Felda Lepar Hilir Satu di sini hari ini Difahamkan dalam kejadian berke...
Ikut 4 Cara Sterilkan Botol Susu Ini Barulah Anak Tak Muntah Dan Sakit Perut

Ikut 4 Cara Sterilkan Botol Susu Ini Barulah Anak Tak Muntah Dan Sakit Perut

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 148 hits
Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu...
Hiburan Suami Alami Masalah Mental Lepas Kemalangan Wanita Terpaksa Besarkan Tiga Anak Berseorangan

Hiburan Suami Alami Masalah Mental Lepas Kemalangan Wanita Terpaksa Besarkan Tiga Anak Berseorangan

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 219 hits
Berumah tangga itu tidak semestinya indah itulah yang boleh dikatakan nasib yang perlu dilalui oleh seorang wanita yang bernama Noor Mohammad apabila dia seperti digantung tidak bertali oleh suami akibat kes polis Memetik laporan wanita ber...
Tekak Bernanah Suhu 39 Nak Kerja Tak Fokus Sarah Terpaksa Hantar Anak Ke Wad

Tekak Bernanah Suhu 39 Nak Kerja Tak Fokus Sarah Terpaksa Hantar Anak Ke Wad

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 158 hits
Pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana memohon doa ramai agar mendoakan kesihatan buat cahaya matanya Syaikul Islam dan Summayah Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah berkongsi tentang perkembangan kesihatan anaknya itu Tadi Sarah pergi Pan...
Hiburan Pembunuh Dalam Diam Wanita Kongsi Saat Cemas Selamatkan Anak Dari Keracunan Karbon Monoksida

Hiburan Pembunuh Dalam Diam Wanita Kongsi Saat Cemas Selamatkan Anak Dari Keracunan Karbon Monoksida

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 215 hits
Pastinya kita pernah mendengar kes mengenai keracunan gas karbon monoksida sehingga meragut nyawa sebelum ini di dada dada akhbar Kejadian yang sering berlaku tanpa mangsa sedar itu difahamkan berkait rapat dengan kebocoran bahagian enjin k...
Ibu Ayah Ada Nama Panggilan Manja Untuk Anak Bagus Ini Manfaatnya

Ibu Ayah Ada Nama Panggilan Manja Untuk Anak Bagus Ini Manfaatnya

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 360 hits
Biasanya dalam sesebuah keluarga akan ada nama panggilan manja untuk anak perempuan dan lelaki seperti baby atau boy Tetapi elok ke tidak sebenarnya penggunaan nama panggilan ini Ada apa dengan nama panggilan manja Menariknya asal perkataan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator