Seronoknya Ramai Adik Beradik Perempuan Boleh Kongsi Barang Membawang Kawan Gaduh Pun Ya Juga


Bukan bermakna punya anak-anak lelaki tidak meriah. Ada juga kegembiraannya cuma adik-beradik lelaki ini situasinya berbeza sedikit. Kebanyakannya agak senyap, pendiam dan lebih suka buat hal sendiri.
Berbeza dengan sebuah keluarga yang punya adik-beradik perempuan lebih dua orang, maka rumah itu akan sentiasa gamat dan riuh.
Sudah namanya pun perempuan pastilah sifat dan tabiat seorang perempuan itu lebih kuat bercakap, banyak manja dan mengadanya, kuat bertelagah, suka bersaing dan selalu berkongsi cerita. Banyak aktiviti yang boleh tercipta dalam sebuah keluarga yang dihuni ramai anak-anak perempuan.
 

Kredit foto: IG rozitachewan1
Geng Kongsi Barang 
Inilah part paling menyeronokkan apabila kita ada kakak atau adik perempuan yang tak jauh beza umur dan saiz badan, maka kita boleh berkongsi barang yang ada. Yang paling kerap dikongsi bersama tentulah baju, tudung, aksesori, handbag dan kasut.
Ada yang jenis main ‘rembat’, ada juga yang berhemah, minta baik-baik dan pulangkan pun dengan cermat.
Selain menjimatkan wang (tidak perlu beli banyak isi wardrobe), skim perkongsian ini juga dapat mempelbagaikan stail kita. Tidaklah itu-itu saja yang kita gayakan dalam penampilan sehari-hari. Kakak atau adik itu juga boleh menjadi perunding atau pengkritik imej buat kita.
Pasti mereka lebih jujur daripada kawan kita sendiri dalam memberi pendapat. Kalau buruk, memang siaplah kena lahar.
Kredit foto: IG rozitachewan1 Geng ‘Membawang’
 
Jangan tipu kalau kamu tidak pernah ‘membawang’ dengan adik-beradik perempuan kamu. Berilah apa sahaja topik, pasti akan dikupas dari A hingga Z, dari siang bawa ke malam. Kata orang, kalau sudah mula bersembang tu, macam dah bertahun tak jumpa walaupun sebenarnya berkongsi bilik.
Cerita seorang kawan penulis namanya Leeya, dia dan adik perempuannya berbeza dua tahun sahaja. Sekarang dia berusia 23 tahun dan adiknya 21 tahun. Mereka belum berkahwin, hanya abang sulung yang sudah berkahwin. Menariknya, mangsa membawang mereka ialah kakak ipar mereka itu. Hahaha…
 
Setiap kali bertandang ke rumah Mak, ada sahaja sikap kakak ipar mereka itu yang dijadikan bahan ‘membawang’. “Mana taknya, kakak ipar kami tu kalau datang rumah Mak, pemalas yang amat.
Pinggan sebutir pun tak boleh nak basuh. Mentang-mentanglah ada adik-adik ipar perempuan ni. Geram juga tengoknya. Nak diluah nanti, Mak pula marahkan kami. Jadi, antara saya dan adiklah tempat melepaskan geram masing-masing. Ala, tapi marah kami setakat itu saja. Tak dibawa keluar.”

Kredit foto: IG Diana Nasir Geng Luah Rasa, Beri Pendapat
 
Kalau adik-beradik perempuan itu jarak usia tak jauh beza, memang selalu dijadikan tempat meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat. Kadang-kadang susah untuk percayakan kawan baik sendiri pun. Paling selamat tentulah adik-beradik sendiri terutamanya hal-hal yang terlalu peribadi.
 
Kalau ketika masih kecil, kita akan berkongsi rahsia tentang gagal dalam ujian atau ponteng kelas. Meningkat remaja, hal cinta dan teman lelaki pula yang akan selalu kita kongsikan bersama adik perempuan kita.
Minta dirahsiakan hubungan itu daripada Mak Ayah atau minta dia jadi tali barut untuk menemani kalau mahu berjumpa teman lelaki itu supaya tak dihidu Mak Ayah.
 
Setelah berumah tangga, hubungan itu tetap utuh dan ada adik-beradik perempuan masih berkongsi perasaan tentang rumah tangga mereka pula. Malah, lebih banyak bercerita dengan kakak atau adik perempuan berbanding mak dan ayah. Hal suami atau anak-anak.
Kredit foto: IG rozitachewan1 Geng Bercuti
Kalau adik-beradik ramai, memang seronok plan percutian keluarga bersama atau family’s day. Yang lebih mudah memberi kata putus tentulah adik-beradik perempuan. Keterujaan perempuan dalam hal bercuti ini memang lain macam.
Kenangan terindah apabila melancong bersama adik-beradik yang pelbagai perangai.
Selain lebih mudah untuk merancang, bercuti dengan adik-beradik juga akan menjadikan kenangan itu lebih manis untuk dikenang sehingga tua. Mak dan Ayah juga tentu sejuk hati melihat anak-anaknya sentiasa bersatu hati dan kemana-mana pun bersama. Mengingatkan mereka pada zaman kalian kecil-kecil dulu.
Kredit foto: IG Linda Rafar Geng Akif WhatsApp
Haaa… ini yang paling meriah. Dalam sebuah kumpulan WhatsApp, pastik adik-beradik perempuan yang aktif berbalas-balas teks. Ada sahaja perkongsiannya, sama ada yang penting atau tidak. Hal-hal kecil pun mahu ditanya di dalam grup tersebut.
Yang krikk.krikk pula pasti kena sindir. Jadi, suka atau tidak semua ahli mesti saling aktif, barulah grup tidak bersawang.
Di sinilah tempat untuk menyambung silaturahim bagi ahli keluarga yang tinggal jauh atau punya kekangan masa bersama. Walaupun jarang berjumpa, meriahnya tetap sama, seperti duduk serumah lagi!
Kredit foto: IG Noor Kartini Geng Gaduh
Gaduh-gaduh – baik semula. Air dicincang tak akan putus. Begitulah keadaannya apabila sudah ramai dalam sebuah rumah. Macam mana baik pun hubungan kekeluargaan itu, pasti ada sesekali bermasam muka, berselisih pendapat, tak bertegur atau berkelahi seketika. Kadang-kadang, gaduh itu penambahbaikkan hubungan seterusnya.
 
Apabila sudah lama bergaduh, mulalah rindu dan berbaik semula. Apabila ada yang tiada, pasti teringat-ingat. Itu yang dinamakan kawan gaduh – kawan baik. Siapa yang tak sayang adik-beradik, kan? Busuk-busuk pun darah daging sendiri.
 
  Kredit foto: IG Siti Sairah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiastream.com/seronoknya-ramai-adik-beradik-perempuan-boleh-kongsi-barang-membawang-kawan-gaduh-pun-ya-juga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Buat Suprise Scan Perempuan Keluar Lelaki Terpaksa Bersalin Anak Meninggal Dunia Terbelit Tali Pusat

Adik Buat Suprise Scan Perempuan Keluar Lelaki Terpaksa Bersalin Anak Meninggal Dunia Terbelit Tali Pusat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 401 hits
Hati ibu mana yang tidak sedih jika bayi dalam kandungan disahkan meninggal dunia Penat lelah membawanya dan tiba tiba diberitahu si kecil itu sudah tiada Ia kenyataan yang menyakitkan tetapi harus juga diterima dengan reda Sesungguhnya ia ...
Adik Kongsi Kisah Abang Dijemput Ajal Selang Sejam Selepas Kebumikan Ibu

Adik Kongsi Kisah Abang Dijemput Ajal Selang Sejam Selepas Kebumikan Ibu

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 327 hits
Ajal dan maut itu merupakan rahsia Allah S W T Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu nbsp tiba Namun sebagai manusia biasa kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa Seh...
Beli Barang Boleh Menang Emas Di Cmasa My

Beli Barang Boleh Menang Emas Di Cmasa My

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 310 hits
Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA my l Assalamualaikum Siapa tak suka emas kan Lagi lagi boleh dapat secara percuma bila kita shopping barang keperluan Orang kata sambil menyelam minum air gitchuw Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA...
Berkatnya Rezeki Dari Tali Persaudaraan Adik Beradik

Berkatnya Rezeki Dari Tali Persaudaraan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 1136 hits
Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang samaJangan selalu lihat keburukan adik berad...
14 Fakta Kim Yo Jong Perempuan Paling Berkuasa Di Korea Utara Adik Kim Jong Un Yang Makin Populer

14 Fakta Kim Yo Jong Perempuan Paling Berkuasa Di Korea Utara Adik Kim Jong Un Yang Makin Populer

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 371 hits
Sesekali terlihat berdiri di belakang kakaknya Kim Yo jong ternyata sosok yang sangat berpengaruh dan berbahaya Dia diduga berada di balik pengeboman kantor perbatasan Korea Utara dan Korea Selatan beberapa waktu lalu
Dietitian Ini Kongsi Kenapa Tak Boleh Sesuka Hati Makan Sports Candy Ini Walaupun Sedap

Dietitian Ini Kongsi Kenapa Tak Boleh Sesuka Hati Makan Sports Candy Ini Walaupun Sedap

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 501 hits
Anda pernah tak jumpa kawan kawan yang sentiasa ada gula gula dalam beg Image via Ramai juga orang yang wajib ada gula gula dalam beg tangan Sebab mereka jenis yang senang loyar tekak Lepas makan apa apa mesti kena makan gula gula untuk men...
Barang Rumah Banyak Fungsinya Boleh Rangsang Sensori Anak Diy Lagi Senang

Barang Rumah Banyak Fungsinya Boleh Rangsang Sensori Anak Diy Lagi Senang

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 445 hits
Tidak perlukan permainan yang menguji minda atau kelengkapan yang mahal untuk merangsang anak kecil kita sebaliknya dengan hanya menggunakan barangan di sekeliling yang ada di rumah sahaja sudah memadai Asalkan kita sebagai mak ayah tahu ca...
Tolong Jaga Ma Adik Adik Tekong Bot Terbalik Kongsi Detik Cemas Berenang Lebih Sejam Cari Bantuan

Tolong Jaga Ma Adik Adik Tekong Bot Terbalik Kongsi Detik Cemas Berenang Lebih Sejam Cari Bantuan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 299 hits
Along tolong jaga ma dan adik adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot kata Hazahar Mat Sanishah 48 tekong bot kepada anak sulungnya sebelum berenang lebih satu jam untuk meminta bantuan bot berhampiran selepas bot yang dikemudiny...
Hiburan Pernah Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan Cik Manggis Kongsi Pengalaman Zaman Sekolah Dipanggil Jalak

Hiburan Pernah Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan Cik Manggis Kongsi Pengalaman Zaman Sekolah Dipanggil Jalak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 461 hits
Salah seorang daripada anggota De Fam Cik Manggis telah berkongsi pengalaman zaman sekolahnya dulu di instagram Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin melakukan sesi throwback mengenang kisah remajanya dulu sambil memuat na...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Gleneagles Follow Up

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans