Seronok Bila Berada Di City Gardening Special Edition Lll Di Jade Hills Kajang
Hi Korang,
Bila dah berumur ni, minat pun dah mula bertukar. Daripada buang-buang masa melepak, kita beralih ke pokok-pokok plak. Semua ni terjadi sejak zaman PKP 2 tahun lepas. Hah dari situ, minat menanam pokok kian menjadi-jadi
Kebetulan hari tuh, kawan kak lily bagitau ada pesta pokok-pokok dekat benau dengan rumah je di Jade Hill Kajang ni, memang kak lily tak lepaskan peluang lah kan untuk mencuci mata
City gardening Special Edition III ini berlangsung dari 1hb Julai hingga 3hb Julai dari 10pagi hingga jam 8 malam. Terdapat 32,000++ tumbuhan menanti anda seperti tillandsia, bromeliad, aroid, begonia, orkid, kaktus, succulents, tumbuhan karnivor, bonsai, playtcerium, colocasia, alocasia dan banyak lagi
Dapat jugak kak lily berpeluang untuk berjumpa dengan mahaguru tumbuhan iaitu Sifu - @Pokok.man ,@ezrahakimi, @leiister.soon, untuk berkongsi kepakaran mereka
Kat sini juga korang boleh bertanya tentang segala permasalahan tumbuhan dan cara yang untuk menjaga tumbuh-tumbuhan ini. Kalau kita ke nursery, diorang hanya bagi info secara asas mengenai tanaman pokok tapi di sini, pelbagai info yang kitab oleh perolehi mengenai pokok-pokok serta cara penjagaannya sekali
Terdapat pelbagai spesis tanaman rare yang kita tak akan sangka boleh mencecah harga ribuan ringgit- malah puluhan ribu ringgit ya. Walaupun harganya mahal, tetapi dimiliki oleh peminat tegar akan tanaman unik ini
Temui lebih 120 spesies aroid di acara kami sahaja, 100 spesies Tumbuhan Karnivor. Ini adalah sesuatu yang anda boleh lihat di pameran berkebun yang lain
Harga tawar-menawar bermula dari serendah RM 3 dan sehingga RM 40,000 setiap loji. Oleh itu, terdapat tumbuhan untuk semua orang bergantung pada minat dan bajet anda
Black CactusTumbuhan yang paling menarik seperti Philodendron billietiae dan juga Black Cactus menarik hati kak lily
Cantik, menarik ko memang deboom lah kan hehehehe
Bilik Terrarium
Salah satu tarikan istimewa di pameran City Gardening KL adalah Bilik Terrarium di Galeri Jade Hills.
Di sini korang boleh saksikan pelbagai jenis hiasan dan jenis tumbuhan yang unik. Korang pasti tidak menyesal bila masuk ke sini. Kak lily pun bukan main lama berada di sini. Memang betul-betul leka di buatnya hah
Lebih daripada 30 vendor tumbuhan, City Gardening KL diiktiraf sebagai acara tumbuhan dengan senarai tumbuhan yang luas dari tumbuhan rumah hinggalah tumbuhan pengumpul yang paling jarang. Acara ini amat sesuai bagi mereka yang mula berjinak-jinak di dalam hobi menanam pokok-pokok secara mendalam
Jangan ketinggalan untuk next event mereka yang bakal berlansung pada acara yang akan datang pada bulan hadapan dan masih didalam perancangan dan mungkin Dicember sebelum tahun ini berakhir
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang City Gardening KL, korang boleh check it out medial sosial mereka tau di bawah ni
Facebook : https://www.facebook.com/citygardeningkl/
Instagram : https://www.instagram.com/citygardeningkl/
#citygardeningkl#plantinghappiness #plantmarketkl #plantmarket #plantshopping#jadehillkajang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/07/seronok-bila-berada-di-city-gardening.html