Serius Kejam Kami Tak Sanggup Baca Sampai Habis Mereka Patut Dikenakan Hukuman Mati



“SAYA tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri," kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual dipercayai oleh suami pengasuh.

Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan meninggal dunia, kelmarin, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, Rabu lalu.

Menurut Noraihan, dia dimaklumkan oleh pihak polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga sepenuhnya anak perempuannya sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki berkenaan,berusia 28 tahun, 21 September lalu.

"Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari 7 pagi hingga 7 malam."Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia 20 bulan, namun lain pula jadinya," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.
Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.

"Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu."Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu."Sebelum kejadian kira-kira 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya."Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang yang memaklumkan anak sedang tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital berkenaan oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal," katanya.
Katanya, ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.

"Hasil bedah siasat, saya dimaklumkan terdapat tiga bahagian pada kepala Zara retak, selain tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.
"Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja," katanya.

Dia memaklumkan pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain," katanya.

Moraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.

"Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.

"Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan," katanya yang memaklumkan Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, 7.50 pagi semalam.

Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/serius-kejam-kami-tak-sanggup-baca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Agung Pakistan Batalkan Hukuman Mati Wanita Dituduh Menista Agama

Mahkamah Agung Pakistan Batalkan Hukuman Mati Wanita Dituduh Menista Agama

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 317 hits
Asia bibi wanita dengan empat anak itu telah hidup di bawah putusan hukuman mati sejak 2010 lalu
Hukuman Mati Wajar Dikhalayak Ramai Datuk Mah Weng Kwai

Hukuman Mati Wajar Dikhalayak Ramai Datuk Mah Weng Kwai

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 287 hits
Hukuman mati tidak dapat menyekat jenayah kerana pelaksanaannya diselubungi kerahsiaan kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai Bercakap dalam forum mengenai penghapusan hukuman mati beliau berkata orang ramai tidak boleh membua...
Kasus Kasus Tki Di Arab Saudi Yang Terancam Hukuman Mati

Kasus Kasus Tki Di Arab Saudi Yang Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 332 hits
Lalu apa saja kasus kasus yang membuat para TKI di Saudi ditahan hingga dihukum mati
Veteran Gesa Hukuman Mati Kekal Bagi Pengkhianat Negara

Veteran Gesa Hukuman Mati Kekal Bagi Pengkhianat Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 381 hits
November 13 2018 7 36 PMMohd Anwar Mohd Nor berkata tindakan menderhaka negara harus dipandang serius kerana anggota tentera sepatutnya taat kepada raja dan negara PETALING JAYA Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia menggesa kerajaan ...
Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati

Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 744 hits
Kematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman MatiKematian Tragis Zara Didera Suami Pengasuh Netizen Desak Jangan Mansuhkan Hukuman Mati
Dituntut Hukuman Mati Kurir Narkotika Bela Diri Sambil Menangis

Dituntut Hukuman Mati Kurir Narkotika Bela Diri Sambil Menangis

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 286 hits
Zulkifli Bin Ismail alias Joel terdakwa yang dituntut dengan hukuman mati karena mengirimkan 14 5524 Kg sabu sabu dan 70 905 butir pil ekstasi menyampaikan pleidoi atau nota pembelaannya di Pengadilan Negeri Medan Senin Dia mengaku menyesal...
Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1280 hits
Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai TerukWanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk
Selundupkan Sabu Dalam Popok Bayi Warga Vietnam Terancam Hukuman Mati

Selundupkan Sabu Dalam Popok Bayi Warga Vietnam Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 291 hits
Nama terdakwa adalah Ngo Thi Ngoc Dung Jaksa mendakwa WNA tersebut dengan pasal berlapis Selain Pasal 114 ayat dalam dakwaan pertama terdakwa juga dijerat Pasal 115 ayat dalam dakwaan kedua atau Pasal 112 ayat Undang undang Narkotika Ancama...
Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek kerana ia merupakan isu yang kompleks kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembang...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right