Veteran Gesa Hukuman Mati Kekal Bagi Pengkhianat Negara


Adam Abu Bakar
-November 13, 2018 7:36 PM

Mohd Anwar Mohd Nor berkata, tindakan menderhaka negara harus dipandang serius kerana anggota tentera sepatutnya taat kepada raja dan negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menggesa kerajaan mengekalkan hukuman mati terhadap anggota tentera yang mengkhianati negara seperti termaktub di bawah Akta Angkatan Tentera 1972

Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata tindakan menderhaka negara harus dipandang serius kerana anggota tentera sepatutnya taat kepada raja dan negara

“Akta Tentera 1972 saya rasa elok diteruskan, kalau ada mereka yang menderhaka kepada negara dan sebagainya, macam insiden di Lahad Datu, Sabah, mereka itu tidak boleh ada hukuman lain, kita tetapkan supaya masih (laksana) hukuman mati

“Itu saya cadangkan ia tidak dimansuhkan. Kalau kita sudah menderhaka, iaitu menjadi dalang negara, saya rasa memang kita tidak boleh setuju dan terima. Hal ini kerana ia sudah menceroboh negara dan membabitkan keselamatan negara,” katanya kepada FMT hari ini

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata, Kabinet memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah 8 akta, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan dimansuhkan

Katanya, keputusan yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu, turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952

Bulan lalu, Liew dilaporkan berkata, hukuman penjara minimum 30 tahun akan menggantikan hukuman mati dan tumpuan diberikan kepada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan melaksanakan hukuman penjara seumur hidup

Ketika ini, terdapat 18 kesalahan jenayah yang memperuntukkan hukuman mati, termasuk mengedar dadah, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, keganasan, membunuh, membunuh mangsa ketika penculikan, memiliki dan menggunakan senjata api, merogol sehingga menyebabkan kematian dan merogol kanak-kanak

Mengikut Seksyen 38 (1)(a) hingga (j) Akta Angkatan Tentera 1972, anggota tentera yang disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tentera kerana mempunyai niat membantu musuh, boleh dikenakan hukuman mati atau hukuman lain yang diperuntukkan akta itu

Antara kesalahan itu adalah menyerahkan aset kapal atau kapal udara kepada musuh, memberi senjata, peluru atau benda lain yang boleh membantu musuh, meninggalkan pos kawalannya, berkhidmat atau membantu musuh ketika menjadi tawanan perang dan melindungi musuh yang bukannya tawanan perang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/veteran-gesa-hukuman-mati-kekal-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaksa Saudi Tuntut Hukuman Mati Bagi Lima Pembunuh Khashoggi

Jaksa Saudi Tuntut Hukuman Mati Bagi Lima Pembunuh Khashoggi

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 334 hits
Jaksa mengatakan rencana membunuh Khashoggi itu sudah dimulai sejak 29 September dan seseorang mencopot kamera pengawas di konsulat sebelum pembunuhan dilakukan
Hukuman Tamin Sukardi Diperberat Jadi 8 Tahun Penjara Barang Bukti Dirampas Negara

Hukuman Tamin Sukardi Diperberat Jadi 8 Tahun Penjara Barang Bukti Dirampas Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 318 hits
Pengusaha ternama yang juga tertangkap tangan Komisi Pemberantasan Korupsi karena menyuap hakim Pengadilan Tipikor pada Pengadilan Negeri Medan ini dijatuhi pidana 8 tahun penjara
Seorang Menteri Kabinet Pengkhianat Negara Perlu Dilucutkan Jawatan

Seorang Menteri Kabinet Pengkhianat Negara Perlu Dilucutkan Jawatan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 680 hits
VIDEO CLIP INTERVIEW P WAYTHA MOORTHYMr P Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Video clip ini adalah interview dengan Mr Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli Ahli Parlimen Dutch Holland di...
P Waytha Moorthy Adalah Pemfitnah Dan Pengkhianat Negara

P Waytha Moorthy Adalah Pemfitnah Dan Pengkhianat Negara

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 503 hits
P WAYTHA MOORTHY ADALAH PEMFITNAH DAN PENGKHIANAT NEGARA YANG DILANTIK SEBAGAI PEMBUAT DASAR DAN MENTERI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Pada tahun 2001 Pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy telah melawat Netherland dan menyampaikan maklumat ...
Kemuka Strategi Baru Perangai Dadah Tarik Balik Cadangan Mansuh Hukuman Mati

Kemuka Strategi Baru Perangai Dadah Tarik Balik Cadangan Mansuh Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 408 hits
Kerajaan diminta mengemukakan satu kertas putih langkah strategik menangani permasalahan dadah yang kekal sebagai musuh utama negara demikian gesa Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Ia merosakkan bangsa membazirkan wang negara dan menje...
Hukuman Mati Ta Zir Yang Murni

Hukuman Mati Ta Zir Yang Murni

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 571 hits
Mohd Fared Mohd KhalidHakikatnya Islam turut membenarkan hukuman mati sebagai salah satu bentuk hukuman bagi kesalahan ta zir sekalipun Islam menetapkan bahawa jiwa manusia adalah hak ALLAH PEMANSUHAN hukuman mati mandatori bagi kesalahan m...
Bunuh Khashoggi Mohammed Salman Tidak Bersalah 5 Pegawai Saudi Berdepan Hukuman Mati

Bunuh Khashoggi Mohammed Salman Tidak Bersalah 5 Pegawai Saudi Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 372 hits
Gambar diambil dari Badan Penyiaran Arab Saudi menunjukkan Timbalan Pendakwa Raya Saudi Shalaan al Shalaan menyampaikan ucapan di Riyadh di mana beliau membebaskan Putera Makhota Mohammed bin Salman dalam kes pembunuhan wartawan Jamal Khash...
Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

Azizah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Perlulah Di Teliti

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek kerana ia merupakan isu yang kompleks kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembang...
Dituntut Hukuman Mati Kurir Narkotika Bela Diri Sambil Menangis

Dituntut Hukuman Mati Kurir Narkotika Bela Diri Sambil Menangis

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 301 hits
Zulkifli Bin Ismail alias Joel terdakwa yang dituntut dengan hukuman mati karena mengirimkan 14 5524 Kg sabu sabu dan 70 905 butir pil ekstasi menyampaikan pleidoi atau nota pembelaannya di Pengadilan Negeri Medan Senin Dia mengaku menyesal...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi