Kisah Wanita Lahirkan Anak Luar Nikah Ketika Remaja Jadi Tauladan Kepada Remaja Lain






Era zaman permodenan yang penuh dengan kehidupan yang bebas bersosial membuatkan ramai anak-anak muda sekarang yang terjerumus ke dalam lembah maksiat tanpa sedar akan kesan buruk kepada mereka pada masa akan datang.

Keterlanjuran yang melibatkan remaja bawah umur semakin meningkat saban tahun menyebabkan kes pembuangan bayi turut meningkat seiring dengan peredaran zaman namun keterlanjuran tersebut juga meninggalkan kesan kepada diri mereka sepanjang hayat akibat daripada kebodohan mereka sendiri.

Ada juga remaja yang terlanjur dengan pasangan kekasih yang kemudiannya telah menyedari kesilapan mereka dan telah membina kehidupan baru bersama, namun tidak kurang juga yang melakukan maksiat hanya untuk tujuan suka-suka.

Seorang wanita sanggup tampil menceritakan kisah hidupnya yang terlanjur bersama kekasihnya sehingga hamil demi memberikan pengajaran kepada orang ramai di luar sana.

Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut telah menceritakan pengalamannya sendiri mengandung dan melahirkan anak, walaupun di luar ikatan perkahwinan tidak membezakan perasaan seorang ibu kepada anaknya, malah kasih sayang tidak berbelah bahagi dicurahkan  Aini, 27, kepada anak lelakinya, Alif.

Alif dilahirkan sebagai anak luar nikah namun saya bersyukur kerana keluarga menerima kehadirannya. Bertungkus lumus keluarga mendapatkan perintah mahkamah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan hak jagaan ke atas anak saya kerana ketika itu saya masih di bawah 18 tahun, kata Aini ketika ditemui di rumahnya di Maran, semalam.

Dia kini sudah berumah tangga dengan lelaki yang sudi menerima segala kekhilafannya, serta sudi mencurahkan kasih seorang bapa kepada anak lelakinya itu.

Katanya, sebaik saja dimaklumkan yang dia hamil dua bulan, keluarganya cuba berbincang dengan keluarga bekas kekasihnya untuk bertanggungjawab namun, segalanya sia-sia. Kasih diharapkan, kata-kata kesat diterima.

Malah, Aini dituduh menabur fitnah dan sengaja mahukan anak mereka bertanggungjawab.

Bapanya membuat laporan polis dan bekas kekasihnya ditangkap serta dihadapkan ke mahkamah kerana Aini masih di bawah umur ketika itu.

Aini berkata, dia berharap kisahnya itu menjadi tauladan kepada remaja lain.

Saya seorang anak yang pendiam. Bijak dan selalu mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran. Mendapat 6A dalam PMR, saya terpilih ke sebuah sekolah asrama penuh di utara tanah air. Namun ketika itu, saya sudah ada kekasih hati di kampung, membuatkan saya selalu buat hal di asrama hingga digantung sekolah.

Beberapa kali digantung, akhirnya cikgu mencadangkan kepada bapa saya supaya pindahkan saya ke sekolah biasa.

Akhirnya saya dapat balik semula ke kampung dan mudahlah untuk saya berjumpa kekasih saya semula. Selama dua tahun berkawan dengannya saya mampu jaga diri namun suatu hari, pada hari raya ketiga di rumah keluarganya, semua itu telah berlaku. Ketika itu keluarganya semua pulang ke kampung.

Dia pandai memujuk dan tabur janji untuk bertanggungjawab sekiranya apa-apa terjadi kepada saya. Ternyata janjinya itu palsu. Dia tinggalkan saya menanggung malu, menyapu arang dan menyebar aib kepada keluarga, katanya.

Pada awalnya, setelah mengetahui dirinya hamil, Aini melarikan diri ke sebuah rumah perlindungan wanita-wanita terlanjur di Selangor dengan bantuan seorang rakan.

Namun, menyedari sesuatu yang tidak kena dengan perjanjian pusat perlindungan itu, Aini mengambil keputusan melarikan diri.

Pusat perlindungan itu berjanji akan menjaga rahsia saya daripada keluarga asalkan saya berikrar bayi saya diserahkan sebaik sahaja dilahirkan. Saya juga akan diberikan sedikit wang apabila keluar nanti, untuk meneruskan hidup.

Awalnya saya terima kerana saya tiada pilihan. Tapi, sepanjang seminggu berada di sana, saya melihat ramai wanita lain yang menangis dan meroyan kerana melalui tempoh pantang tanpa bayi. Ada yang susu bengkak dan ada yang meratap sepanjang hari. Saya jadi takut dan mula sayangkan anak saya. Jadi saya lari, katanya.

Akhirnya Aini memilih untuk berdepan dengan keluarganya dan menerima apa sahaja hukuman, asalkan dia dimaafkan.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, pada awalnya dia dipukul oleh bapanya yang tidak menyangka dia tergamak menconteng arang ke muka keluarganya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya keluarga berlembut hati dan mahu berjumpa dengan lelaki yang bertanggungjawab menghamilkannya.

Jika saya mampu ubah masa silam, saya akan turut semua teguran dan nasihat ibu. Kebodohan diri yang memberontak gara-gara dikongkong akhirnya memakan diri. Walaupun dipukul separuh mati, saya tak berganjak dan akhirnya hati bapa lembut hati.

Keluarga terima saya kerana nasi sudah menjadi bubur. Saya minta keluarga bantu kerana saya mahu jaga anak dalam kandungan saya, katanya.

Aini berkata, dia insaf dengan ketelanjuran di masa silamnya itu yang ternyata mengecewakan keluarga, hinggakan bapanya seperti orang hilang pertimbangan kerana tidak dapat terima hakikat bahawa anaknya mengaibkan keluarga.

Alahan teruk sepanjang hamil

SEPANJANG mengandung, Aini melalui tempoh sukar kerana mengalami alahan teruk.

Katanya, ketika bersalin, dia tumpah darah dan hampir pengsan, malah semasa berpantang, dia seakan meroyan kerana menangisi nasibnya.

Namun sokongan keluarga sangat kuat. Setiap kali ke klinik atau hospital, kakak ada di sini menemani saya. Dia seboleh-bolehnya jaga supaya tak ada orang sekeliling menyakiti hati saya.

Sebaik bayi saya lahir dan membesar di depan mata, saya merasai nikmatnya bergelar ibu dan mula faham kasih sayang sebenar ibu bapa. Mereka mengongkong dan menjaga kita hanya kerana tak mahu kita terluka.

Sekarang anak saya dah berumur sembilan tahun.

Anak yang bijak dalam pelajaran dan dia seakan faham dan pernah bertanya kenapa adiknya berbinkan nama ayah, sedangkan dia bin Abdullah.

Dia juga pernah kata yang dia belajar subjek Sains dan agama dan tahu apa berlaku, cuma dia minta, suatu hari nanti ibu beritahu perkara sebenar, katanya

Kredit  : Sinar Harian
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/kisah-wanita-lahirkan-anak-luar-nikah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Izin Suami Kahwin Lain Siap Tolong Uruskan Persiapan Nikah Lagi Semoga Syurga Untuk Dia

Wanita Izin Suami Kahwin Lain Siap Tolong Uruskan Persiapan Nikah Lagi Semoga Syurga Untuk Dia

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 210 hits
Siapa sangka rezeki seorang lelaki di Indonesia selepas isterinya membenarkan dia untuk berkahwin dengan wanita lain Apa yang lebih mengejutkan apabila si isteri menjadi watak utama dalam menguruskan majlis pernikahan suaminya dan video ter...
Lihatlah Wahai Para Bapa Netizen Kagum Dr Sheikh Handle 6 Anak Sendiri Ketika Berbuka

Lihatlah Wahai Para Bapa Netizen Kagum Dr Sheikh Handle 6 Anak Sendiri Ketika Berbuka

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 138 hits
Bukan mudah bagi seorang bapa untuk menguruskan anak yang ramai tanpa seorang isteri atau ibu Hanya bapa yang benar benar melibatkan diri dalam menguruskan anak anak setiap hari mampu menjaga anak dengan tenang Bahasa mudah bapa yang dah pr...
Selama Tiga Tahun Ini Saya Menutup Kemas Finalis Dewi Remaja 2019 Myra Natasya Rupanya Anak Tunggal Halim Othman

Selama Tiga Tahun Ini Saya Menutup Kemas Finalis Dewi Remaja 2019 Myra Natasya Rupanya Anak Tunggal Halim Othman

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 373 hits
Bintang baharu Myra Natasya rupa rupanya ialah anak tunggal bekas penyampai radio popular Halim Othman 56 Menurut Myra 27 yang juga finalis Dewi Remaja 2019 2020 itu kepada Harian Metro sudah tiba waktu sesuai untuknya mended4hkan mengenai ...
Mungkin Sebab Dapat Suami Rajin Rancang 4 Anak Jer Tapi Wanita Ini Syukur Dikurniakan

Mungkin Sebab Dapat Suami Rajin Rancang 4 Anak Jer Tapi Wanita Ini Syukur Dikurniakan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 218 hits
Tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita berkongsi kegembiraan berkahwin muda seawal umur 16 tahun bersama suaminya Apa yang lebih menarik wanita itu turut bersyukur dikurniakan tujuh orang anak berserta seorang suami yang rajin ...
Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 306 hits
Siapa yang pernah atau sedang membela kucing pasti anda tahu yang kucing sebenarnya suka mengurut Mengurut atau kneading yang dilakukan oleh kucing sebenarnya membawa maksud tertentu tau Untuk pengetahuan anda urutan yang dilakukan oleh kuc...
Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 351 hits
Usahawan dan pelawak Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata Suami kepada Allahy4rhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP Bulan ...
Baem Anak Limited Edition Datin Shahida Kongsi Kisah Anak Ketiganya

Baem Anak Limited Edition Datin Shahida Kongsi Kisah Anak Ketiganya

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 167 hits
Setiap anak pasti ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam hati mama kan Sama juga seperti jutawan kosmetik Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang kini mempunyai lima cahaya mata Anak pertama dengan anak kedua tak sama perangainya sama j...
Rayuan Pemandu Wanita Sebab Kematian 8 Remaja Isnin Depan

Rayuan Pemandu Wanita Sebab Kematian 8 Remaja Isnin Depan

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 176 hits
JOHOR BAHRU Permohonan rayuan kes melibatkan pemandu wanita Sam Ke Ting yang dijatuhkan penjara enam tahun serta denda RM6 000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan lapan kematian remaja akan didengar Isnin ini Ini berdasarkan s...
Anak Kena Cubit Kat Sek0lah Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu Sebenarnya Lain Yg Jadi

Anak Kena Cubit Kat Sek0lah Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu Sebenarnya Lain Yg Jadi

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 255 hits
Kuala Lumpur Sebagai ibu bapa kita mahukan anak kita berjaya dalam akademik Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini dan yang terbesarnya berkaitan dengan persekitaran sekolah anak kita
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin