Serina Redzuan Berhijab Sepenuhnya Minta Didoakan Agar Terus Istiqamah
Serina Redzuan Berhijab Sepenuhnya, Minta Didoakan Agar Terus Istiqamah! Setiap orang sentiasa berniat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, begitu juga dengan pelakon dan pengacara Serina Redzuan yang telah mengambil keputusan untuk mula mengenakan hijab.
Berita penghijarahan itu dimaklumkan sendiri oleh Serina menerusi laman Instagram, berserta dengan beberapa gambar dirinya mengenakan hijab.
Bukan mudah nak bertekad…
View this post on Instagram
Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan i dah berhijab sepenuhnya, memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar , serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang. Terima Kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi Inspirasi & ilmu. Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna.
A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on Jun 17, 2019 at 6:10am PDT
Menurut Serina, baginya keputusan untuk berhijab bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ia memerlukan pengorbanan dan tekad yang kuat untuk terus kekal istiqamah.
Guru banyak beri tunjuk ajar…
Bukan sahaja mahu berubah daripada segi penampilan yang lebih sopan, malah Serina juga mahu memperbaiki diri dengan ilmu agama agar dapat menjadi Muslim yang lebih sempurna.
Malah, keputusan anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan, untuk berhijrah mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan juga para sahabatnya.
Cantik sangat pakai tudung…
Penampilan terbaru Serina mengenakan hijab telah mendapat pelbagai reaksi positif oleh rakan-rakan artis dan juga pengikutnya di Instagram. Ruangan komen dihujani dengan ucapan syukur dan tahniah dengan penghijrahan itu.
Sejuk mata memandang, semoga Serina dapat kekal istiqamah dan pada masa yang sama mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sumber : Serina Redzuan
The post Serina Redzuan Berhijab Sepenuhnya, Minta Didoakan Agar Terus Istiqamah! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/serina-redzuan-berhijab-sepenuhnya-minta-didoakan-agar-terus-istiqamah/