Wajarkah hal melibatkan agama di Politikkan demi memancing undi bukan Islam,PM bagi tadi agak terkejut dengan satu tulisan yang menunjukkan kenyataan DR Maza mengatakan JAIS sebagai taliban atau lebih tepat pengganas sedangkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih arif dalam menjalankan tanggungjawabnya ketika menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita Islam mengikut upacara agama HinduPerkara yang sama juga mendapat respon dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menyifatkan tindakan diambil kerana Jais bertanggungjawab memainkan peranan sewajarnya mengutamakan kepentingan agama Islam di Selangor.“Tentunya di atas urusan dan tanggungjawab yang diserahkan itu untuk menjaga kepentingan Islam di Selangor dan prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang diberikan di mana dalam peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai 2, agama Islam adalah di bawah kuasa majlis agama Islam negeri.“Kita mengharapkan semua menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang diberi kuasa oleh majlis agama Islam negeri (Jais) untuk memainkan peranan mereka,” katanya.Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu yang menyalahkan Jais kerana tidak mematuhi operasi standard (SOP) apabila menyerbu majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya.Menurut Jamil Khir, majlis agama Islam harus memainkan peranan untuk mempertahankan tanggungjawab agama di bawah kuasa yang diberikan mengikut undang-undang.“Sebarang kegagalan dalam hal seperti ini, mungkin majlis agama akan dilihat sebagai faktor yang gagal dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.Pada Rabu, Abdul Khalid menyifatkan serbuan Jais sebagai perkara yang ‘memalukan’ bagi jabatan berkenaan.“Menurut Jais ia bukan serbuan. Menurut polis ia satu serbuan, bagi pihak kita ia satu serbuan dan ini memalukan. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling indah dan mereka tidak wajar merosakkanya, ” katanya.Malah katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati tidak mengikut SOP ditetapkan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |