Fenomena Istiqbal Planet Marikh Kelihatan Lebih Terang Daripada Biasa Pada 8 Disember 2022


Fenomena istiqbal planet Marikh atau oposisi planet Marikh (Mars Opposition) dijangkakan akan berlaku pada hari Khamis, 8 Disember 2022 selepas fenomena istiqbal planet Musytari pada 26 September lalu. Peminat astronomi di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan kejadian sama yang melibatkan planet Marikh pada hari ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), Semasa fenomena nadir (ganjil) berlaku, planet Marikh akan kelihatan lebih terang berbanding kebiasaannya kerana ketika itu permukaan Marikh yang menghadap bumi akan disinari matahari sepenuhnya dan boleh dilihat begitu terang daripada kedudukan biasa

Maksud Istiqal (Astronomi)Dalam astronomi kedudukan, dua objek astronomi dikatakan beristiqbal. (Jawi : ‏استقبال‎‎ serapan Bahasa Arab: اِسْتِقْبَال)
Istiqbal terbitan bentuk kata kerja قَابَلَ‎ qābala "berhadapan, menghadap", beroposisi (Bahasa Inggeris: Opposition) atau bertentangan (Jawi: ‏برتنتڠن‎‎) ketika berada di sisi berlawanan dalam sfera cakerawala, seperti yang diperhatikan dari jasad tertentu (biasanya Bumi).

Sebuah planet (atau asteroid atau komet) dikatakan "beristiqbal" ketika bertentangan dengan Matahari. Disebabkan kebanyakan orbit dalam Sistem Suria adalah hampir sesatah kepada ekliptik, ini berlaku apabila matahari, bumi, dan badan dikonfigurasi dalam talian lebih kurang lurus  atau sizigi iaitu Bumi dan badan berada dalam arah yang sama seperti yang dilihat dari Matahari.
Planet MarikhPlanet Marikh merupakan planet keempat dari Matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi. Marikh juga dikenali sebagai ‘Planet Merah’ kerana permukaannya yang berwarna kemerahan apabila dilihat dari langit

sumber : mysa

Marikh mempunyai dua bulan sebagai satelit semula jadi iaitu Phobos dan Deimos yang saiz cukup kecil sehingga menyerupai asteroid

Jarak planet ini daripada matahari ialah 230 juta kilometer dengan satu pusingan orbitnya memakan masa 687 hari bumi manakala sehari di situ bersamaan 24 jam 39 minit 35 saat.

Planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan. Kali terakhir ianya berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020 dan seterusnya pada 15 Januari 2025.

Semasa oposisi pada kali ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain

Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari Matahari dan hampir 0.55AU dari Bumi. Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi.

Selepas oposisi, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas Matahari terbenam (pada waktu maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga pertengahan Ogos 2023

Waktu melihat fenomena Istiqbal/ Oposisi planet MarikhDijangkakan fenomena Istiqbal planet Marikh pada pukul  9:00 malam waktu Malaysia. Jangan lupa saksikan fenomena istiqbal Marikh malam ini


Fenomena Istiqbal Planet MarikhIstiqbal atau Oposisi merupakan keadaan di mana sesebuah planet menghadap Bumi dalam satu garis lurus dan pada masa sama mereka berada bertentangan dengan Matahari. Dari sudut astronomi pula, Istiqbal ini adalah suatu kedudukan yang berhadapan atau bertentangan ketika berada di sisi berlawanan dalam sfera cakerawala


Detik Istiqbal ditakrifkan apabila garis lintang cakerawala geosentrik menunjukkan perbezaan ketara sebanyak 180° darjah dari garis bujur geosentrik Matahari. Dalam bidang astronomi, Istiqbal diberikan simbol ☍ (U+260D)

Cara melihat fenomena Istiqbal/ Oposisi planet MarikhSekiranya keadaan cuaca mengizinkan, fenomena istiqbal planet Marikh boleh dilihat menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam. 
Sekiranya ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih, digalakkan menggunakan teleskop

Imej planet itu akan tampak seperti titik terang kemerahan dan tidak pun berkelip sehingga menghala ke arah barat menjelang pertengahan Ogos 2023

15 ringkasan fakta tentang fenomena istiqbal planet MarikhPlanet Marikh merupakan planet keempat dari matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi.Planet Marikh juga dikenali sebagai ‘Planet Merah’ kerana warna permukaannya yang kemerahan apabila dilihat dari langit.Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), semasa oposisi pada kali ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.Menurut NASA, planet Marikh akan bergerak ke bahagian timur dan matahari pula akan terbenam di bahagian barat.Selepas berada di langit sepanjang malam, planet Marikh akan terbenam di sebelah barat. Manakala matahari pula akan terbit di sebelah timur.Permukaan planet Marikh juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari matahari dan hampir 0.55AU dari Bumi.Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi.Selepas oposisi, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas matahari terbenam (pada waktu Maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga pertengahan Ogos 2023.Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Marikh menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam.Marikh akan kelihatan sebagai titik yang terang kemerahan dan tidak berkelip.Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih, penggunaan teleskop adalah digalakkan.Planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan.Oposisi yang berlaku pada tahun 20223 merupakan pendekatan yang paling dekat sekali dalam jangka masa 60,000 tahun.Kali terakhir planet Marikh berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020.Oposisi planet Marikh yang seterusnya dijangka berlaku pada15 Januari 2025.
Nota
Taurus ialah buruj zodiak yang berlambangkan lembu jantan.
Unit astronomi (Astronomical Unit) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x108 km
Diameter ketara ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka.
Magnitud ketara ialah kecerahan sesuatu objek di langit malam.sumber : mysa | sinarplus | wikipedia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/12/istiqbal-planet-marikh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siaran Lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Tier 1 Malaysia Vs Kemboja 9 Disember 2022

Siaran Lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Tier 1 Malaysia Vs Kemboja 9 Disember 2022

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 292 hits
Matchday Tonton siaran lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa mempertemukan Malaysia menentang kemboja menerusi saluran TV9 Astro 149 Astro Arena 801 myFreeview 109 Juga boleh tonton Malaysia vs Kemboja secara online meneru...
Pesta Bola Ngoca Di Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah Negeri Sembilan 10 11 Disember 2022

Pesta Bola Ngoca Di Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah Negeri Sembilan 10 11 Disember 2022

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 252 hits
Pesta Bola Ngoca kembali lagi pada hari Sabtu dan Ahad 10 dan 11 Disember 2022 di Stadium Bola Ngoca Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah Negeri Sembilan Pesta Bola Ngoca merupakan anjuran PLANMAlaysia Negeri sembilan dengan kerjasama Pe...
Isyarat Dagangan Untuk Pasangan Gbp Usd Pada 07 08 Disember 2022 Jual Di Bawah 1 2216

Isyarat Dagangan Untuk Pasangan Gbp Usd Pada 07 08 Disember 2022 Jual Di Bawah 1 2216

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 114 hits
Pada awal musim Amerika pound British didagangkan tepat pada SMA 21 yang terletak pada tahap 1 2216 setelah mencapai bahagian atas saluran aliran menurun yang telah dijalankan sejak awal bulan Disember Pound Britain mungkin mendapat momentu...
Disember 2022 Penutup Tirai Tahun 2022

Disember 2022 Penutup Tirai Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 303 hits
kredit https wallpaperaccess com Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat sahabat blogger Sedar tak sedar Disember menjelang jua dan ia menandakan tahun 2022 bakal berlalu tak lama lagi Dan tahun 2022 mencatatkan beberapa sej...
Notis Penangguhan Urus Niaga Asb Bermula 22 Disember 2022

Notis Penangguhan Urus Niaga Asb Bermula 22 Disember 2022

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 134 hits
Penangguhan Urus Niaga ASB bermula 22 Disember 2022 Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera pada 22 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023 Urus niaga ASB akan dibuka semula pada 3 Januari 2023 Penangguhan urus niaga...
Eur Usd Ramalan Dagangan Untuk 12 Disember 2022

Eur Usd Ramalan Dagangan Untuk 12 Disember 2022

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 189 hits
Harga pengeluar di Amerika Syarikat merekodkan bacaan yang sejajar dengan jangkaan pasaran Malah bacaan sebelumnya telah disemak semula menaik kepada 8 1 berbanding 8 0 Sementara itu inflasi harga pengeluar tahunan menurun kepada 7 3 dari 7...
Makluman Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 Semak Kelayakan Mengikut Bantuan Yang Diberikan

Makluman Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 Semak Kelayakan Mengikut Bantuan Yang Diberikan

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 207 hits
Makluman Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 Semak Kelayakan Mengikut Bantuan Yang Diberikan Makluman buat seluruh rakyat Malaysia bulan Disember ini beberapa senarai penting bantuan kerajaan yang perlu anda mengambil perhatian d...
Video 1 000 Lebih Orang Disebut Masuk Islam Per Hari Ini Di Piala Dunia 2022 Qatar

Video 1 000 Lebih Orang Disebut Masuk Islam Per Hari Ini Di Piala Dunia 2022 Qatar

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 144 hits
Piala Dunia 2022 di Qatar menjadi sejarah baru bagi dunia sepak bola Sebab Qatar menjadi negara Islam pertama yang menjadi tuan rumah hajatan akbar sepak bola lima tahunan ini Ditunjuknya Qatar sebagai tuan rumah menjadi suatu kebanggaan ba...
Kajian Semula Mingguan Pasangan Eur Usd Untuk 12 Disember 2022

Kajian Semula Mingguan Pasangan Eur Usd Untuk 12 Disember 2022

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 154 hits
Kajian semula Semua elemen yang jelas pasaran menaik adalah mungkin bagi pedagang untuk berdagang hanya pada kedudukan panjang pada pasangan EUR USD selagi harga kekal jauh di atas tahap 1 0452 Pasangan mata wang EUR USD akan secara terus m...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri