Serangan Jantung Bagaimana Menangani Dan Mengurangi Risiko
Serangan jantung sering terjadi pada masayarakat masa kini dan ia sangat membahayakan nyawa. Ia terjadi apabila aliran darah dan oksigen tidak sampai ke jantung menyebabkan serangan itu terjadi. Semua orang mungkin akan mengalami serangan jantung, jika faktor risikonya tidak dicegah iaitu menjalani gaya hidup tidak sihat.
Serangan jantung boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Antara kumpulan yang berisiko tinggi terkena serangan jantung dan perlu diberi perhatian tinggi adalah :
Lelaki berusia 45 tahun ke atas dan wanita berusia 55 tahun ke atas lebih berisiko terkena serangan jantung berbanding mereka yang berusia mudaPerokokPesakit Darah TinggiKadar kolesterol atau trigliserida yang tinggiKeturunanKurang beraktiviti beriadahObesitiTekanan/StressTanda-Tanda Serangan JantungAntara tanda awal yang menjadi kebiasaan umum serangan jantung ialah dimana bahagian dada terasa nyeri seperti dihempap benda berat, rasa diremas , ketat dan tertekan. Rasa sakit ini terasa merebak kebahagian leher dan lengan terutama sekali di bahagian kiri.
Antara tanda-tanda lain yang perlu dipantau rapat adalah :
Berpeluh sejukNafas pendekRasa lelah , semputDegupan jantung tidak teraturMual dan loyaSistem percernaan tergangguAnda perlu segera ke hospital jika anda kerap merasakan tanda-tanda seperti ini. Di hospital, mereka akan membuat pemeriksaan jantung menggunakan alat yang sesuai bagi melihat tahap dan risiko serangan jantung yang mungkin akan terjadi.
Mencegah Risiko Serangan JantungAda beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mencegah terjadinya serangan jantung. Antaranya :
1. Berhenti Merokok2. Cek Kadar Kolestrol3. Kawal Tekanan Darah4. Amalkan Diet Pemakanan Yang Sihat. Lebihkan buahan dan sayuran5. Amalkan Minum Air Putih6. Kawal Berat Badan7. Kawal Diabetes8. Belajar Mengawal Stress Dan Tekanan9. Jauhi Minuman Beralkohol10. Berhenti merokokPemantauan bukan sahaja kepada orang-orang yang berisiko tinggi tetapi kita semua boleh lebih berwaspada terhadap setiap perubahan dalam tubuh sebagai langkah berjaga-jaga, kerana ianya lebih baik mencegah dari merawat.
Admin
Kongsikan artikel atau luahan kisah anda di sini => lamanqaseh/borang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lamanqaseh.com/2021/12/serangan-jantung-bagaimana-menangani.html