Gigi Berlapis Lebih Mudah Untuk Plak Berkumpul Risiko Tinggi Untuk Dapat Karies Gigi Penyakit Gusi Bengkak


Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak, ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak.

Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sebelum kita menyelami bagaimana gigi berlapis boleh terjadi, mari kita kenal terlebih dahulu dengan pesona utama artikel ini, gigi susu. Walaupun gigi mula tumbuh ketika bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan, hakikatnya, ia mula terbentuk pada 6 minggu fasa kehamilan.

Usia bagi pertumbuhan gigi susu adalah berbeza bagi setiap bayi maka jika anak anda masih tidak mempunyai gigi seawal 6 bulan, usah khuatir. Biar lambat, asal selamat.
Apa itu enamel, dentina dan pulpa?

Terdapat perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan di antara struktur gigi susu dan gigi kekal. Secara umumnya, jumlah gigi susu yang bakal tumbuh apabila anak anda berusia 1 tahun adalah sebanyak 6 batang. Ketika anak anda berusia 3 tahun, seharusnya kesemua 20 batang gigi susu telah pun tumbuh.
Jika dibuat perbandingan secara fizikal, gigi susu kelihatan lebih kecil dan putih manakala gigi kekal kelihatan lebih besar dan berwarna krim atau putih kekuningan.
Gigi kekal juga mempunyai bilangan yang lebih banyak iaitu sebanyak 32 batang berbanding dengan gigi susu yang hanya sebanyak 20 batang. Pada sudut anatomi, perbezaan di antara keduanya dapat dilihat pada ketebalan lapisan enamel (luar), dentina (tengah) dan pulpa (dalam).
Gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentina yang agak nipis berbanding dengan gigi kekal membuatkan karies gigi lebih mudah untuk merebak ke lapisan pulpa. Oleh sebab itulah karies gigi kelihatan lebih teruk pada gigi kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.
Lapisan pulpa gigi mengandungi banyak urat saraf dan salur darah yang memberikan nutrisi kepada gigi. Gigi susu mempunyai lapisan pulpa yang agak besar berbanding dengan gigi kekal.
Ini meningkatkan risiko untuk mendapat kecederaan urat saraf dalam situasi trauma memandangkan ia juga mempunyai lapisan luar yang nipis.
Memastikan keteraturan gigi kekal
Jika dilihat pada fungsi asas gigi susu, ia penting bagi membantu proses penghadaman yang baik buat anak-anak anda. Fungsinya adalah sama dengan gigi kekal iaitu untuk mengigit, mengoyak dan melumatkan makanan. Fungsi ini penting bagi memastikan nutrisi makanan dapat diserap masuk ke dalam tubuh badan.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keteraturan susunan gigi kekal. Gigi susu kebiasaannya akan patah secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 6 tahun.
Sebelum daripada usia tersebut, gigi yang patah akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan. Keadaan ini akan menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.
Kesannya, gigi kekal akan tumbuh sama ada di hadapan atau di belakang gigi sedia ada menjadikan gigi anda kelihatan berlapis. Gigi yang berlapis akan memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri anak-anak anda memandangkan keteraturan gigi penting dalam aspek penampilan diri.
Bayangkan jika anak anda diejek dan dipulaukan oleh rakan-rakannya hanya disebabkan oleh masalah gigi berlapis. Ini akan menurunkan tahap keyakinan anak anda untuk menjalinkan hubungan sosial.
Selain itu, ia juga memudahkan proses pengumpulan plak yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi bengkak (gingivitis).
Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Gigi Berlapis Lebih Mudah Untuk Plak Berkumpul, Risiko Tinggi Untuk Dapat Karies Gigi & Penyakit Gusi Bengkak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gigi-berlapis-lebih-mudah-untuk-plak-berkumpul-risiko-tinggi-untuk-dapat-karies-gigi-penyakit-gusi-bengkak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembayaran Zakat Secara Online Lebih Mudah Menggunakan Kad Kredit Islamik

Pembayaran Zakat Secara Online Lebih Mudah Menggunakan Kad Kredit Islamik

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 262 hits
Pembayaran Zakat Secara Online Lebih Mudah Menggunakan Kad Kredit Islamik Sepertimana yang kita tahu zakat adalah satu bentuk tanggungjawap yang wajib dilaksanakan tapi masih ramai lagi dikalangan kita tak begitu cakna untuk belajar selok b...
Dividen Asb Lebih Tinggi

Dividen Asb Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 174 hits
Dividen ASB lebih tinggi Menjelang akhir tahun biasanya pelabur Amanah Saham Bumiputera mencongak dan membuat perkiraan sendiri terhadap agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera sa ma ada dalam ekonomi sukar ini mereka mampu menikmati kada...
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 217 hits
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit JantungMakanan tinggi gula telah dikaitkan dengan peningkatan risiko banyak penyakit termasuk penyakit jantung punca kematian nombor satu di seluruh dunia Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa maka...
Omicron Bawa Risiko Global Amat Tinggi Dunia Perlu Bersedia Kata Who

Omicron Bawa Risiko Global Amat Tinggi Dunia Perlu Bersedia Kata Who

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 212 hits
November 29 2021 Pelanggan makan tengah hari di sebuah restoran di Hong Kong hari ini Varian baharu Omicron telah dikesan di Hong Kong Belgium dan Tel Aviv GENEVA Varian Omicron berkemungkinan tersebar di peringkat antarabangsa seterusnya b...
Eth Berada Di Pergerakan Kenaikkan Harga Apakah Yang Boleh Mendorong Altcoin Lebih Tinggi

Eth Berada Di Pergerakan Kenaikkan Harga Apakah Yang Boleh Mendorong Altcoin Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 214 hits
Altcoin utama menutup minggu dagangan sebelumnya dalam warna hijau melonjak melebihi 4 3K Walau bagaimanapun kemudian harga kembali jatuh Pada 22 November ia didagangkan sekitar 4 2K Walaupun syiling digital kehilangan nilai indikator dalam...
Sedap Mudah Lebih Sihat Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak

Sedap Mudah Lebih Sihat Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 309 hits
Tercari cari resepi masakan lauk pauk yang boleh masak tanpa minyak Maklumlah sekarang ramai yang peka terhadap kesihatan Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan masak dalam masakan harian anda yang RASA kongsikan ini pasti boleh me...
Dow Dan S P 500 Membuka Pasaran As Lebih Tinggi

Dow Dan S P 500 Membuka Pasaran As Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 202 hits
Dow dan S P 500 membuka sesi pada Khamis dengan peningkatan berikutan kenaikan saham pengeluar pesawat Boeing dan syarikat pengembaraan walaupun peningkatan dalam bilangan kes varian baharu coronavirus Omicron di seluruh dunia terus menjadi...
Kematian Populasi Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Yang Divaksinasi

Kematian Populasi Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Yang Divaksinasi

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 205 hits
BERNAMA Dr Noor Hisham berkata trend kematian Covid 19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak memberi suntikan vaksin Pfizer Bio Kematian akibat Covid 19 ada...
Who Peringatkan Risiko Covid 19 Varian Omicron Sangat Tinggi

Who Peringatkan Risiko Covid 19 Varian Omicron Sangat Tinggi

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 225 hits
WHO memperingatkan varian baru Covid 19 Omicron memiliki risiko sangat tinggi secara global
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuhan Parasit Yang Kelihatan Seperti Cendawan

Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1