Serangan Ganas Di Perancis Hidupkan Semula Perbahasan Hak Untuk Menyakitkan Hati




SEMALAM tiga orang ditikam hingga mati di sebuah gereja di bandar Nice, Perancis.
Sementara siasatan dijalankan Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa negara tersebut kini diserang oleh ‘puak Islam dan kegilaan pengganas’.
Kejadian itu menyusul selepas tragedi pembunuhan pada 16 Oktober apabila seorang guru, Samuel Paty dipenggal kepalanya setelah menunjukkan kartun Nabi Muhammad dalam majalah satira Charlie Hebdo kepada pelajar di dalam kelasnya.
Seorang lelaki berusia 18tahun berketurunan Chechen mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut melalui satu post media sosial sebelum ditembak mati oleh polis.
Nama Charlie Hebdo menjadi tular berikutan serangan ganas pada 2015 apabila beberapa penyerang bersenjata meluru masuk ke pejabat majalah itu di Paris dan membunuh 12 orang.
Kumpulan penyerang itu mendakwa mereka bertindak demikian sebagai membalas dendam kerana majalah tersebut menyiarkan imej dan rencana berbentuk provokasi tentang Nabi Muhammad pada 2012.
Serangan terbaharu ini mengingatkan masyarakat sekular Perancis yang menjunjung nilai-nilai kebebasan bersuara dan kebebasan beragama bahawa landskap masyarakat di negara itu telah berubah .
Perancis didiami oleh lebih lima juta orang Islam yang kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan miskin dan sering kali di ketepikan dalam soal politik dan oleh pihak media.
Sebahagian besar daripada masyarakat Muslim di negara itu tidak menyokong puak ekstremis Islam, tetapi mereka masih berdepan dengan ketidakadilan dan cemuhan oleh masyarakat lain.
Seorang pakar di Pusat Pengajian Islam School of African and Oriental Studies (SOAS) University of London, Myriam Francois berkata sejak kebelakangan ini terdapat cubaan untuk mengaitkan Islam dengan kemiskinan oleh puak sayap kanan di negara itu.
Di tengah-tengah kancah pendirian itu muncul tokoh-tokoh termasuk Emmanuel Macron dan Marine Le Pen, pemimpin barisan sayap kanan Front National Pour l’unité Française yang dilihat sebagai memupuk diskriminasi terhadap masyarakat Islam di negara itu.
Parti pimpinan Le pen dalam pada itu berjaya mempengaruhi pihak kerajaan dengan isu-isu sensitif hingga membawa kepada beberapa undang-undang pada 2010 yang melarang wanita Islam memakai niqab dan burqa di tempat-tempat tertentu.
Untuk rekod media Perancis mempunyai sejarah yang panjang berhubung penggunaan satira bagi memperjuangkan isu-isu tertentu.
Bagaimana pun, dalam senario hari ini kebebasan yang menimbulkan provokasi melampau terus mencabar sentimen perkauman dan keagamaan.
Juga, masalahnya di Perancis ialah apabila orang ramai berpura-pura kononnya hak untuk menyakitkan hati kumpulan tertentu dianggap sebagai pengukur tahap identiti nasional. Pendirian itu walaupun salah masih diperjuangkan kononnya ia wajah sebenar  kemasyarakatan orang Perancis.
Apa yang berlaku kini telah merentas sempadan hingga pendirian turut diambil oleh Presiden Turki Erdogan yang menyifatkan Macron sebagai mendiskriminasikan orang Islam.
Sentimen yang sama juga dikongsi oleh Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Fetty Rara
#Sumber : -BebasNews 

MR :  Diskriminasi menjadikan negara tidak aman rakyat derita


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/serangan-ganas-di-perancis-hidupkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Maut Termasuk Wanita Yang Dipenggal Kepalanya Dalam Serangan Di Gereja Perancis

Tiga Maut Termasuk Wanita Yang Dipenggal Kepalanya Dalam Serangan Di Gereja Perancis

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 210 hits
182 total views 182 views today NICE Seorang penyerang bersenjata pisau memenggal kepala seorang wanita dan juga membunuh dua lagi orang di sebuah gereja di kota Nice Perancis pada Khamis menurut polis dalam satu kejadian yang disifatkan ol...
Polis Perancis Tahan Suspek Cuba Lancar Serangan Tikam

Polis Perancis Tahan Suspek Cuba Lancar Serangan Tikam

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 264 hits
Polis Perancis tahan suspek cuba lancar serangan tikam Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2020 11 19PM
Serangan Perancis Pemimpin Dunia Kutuk Insiden Pembunuhan

Serangan Perancis Pemimpin Dunia Kutuk Insiden Pembunuhan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 281 hits
M Update 30 10 2020 Pemimpin dunia mengutuk insiden pembunuhan di Nice semalam yang disifatkan Perancis sebagai serangan pengganas Islam Mereka yang mengecam termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Setiausaha Agung Pertubuhan Ba...
Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningk...
Keluhan Hati

Keluhan Hati

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 284 hits
Kadang kadang menyinggah juga di hati Apa yang aku sibukkan sangat hal politik di Malaysia ini Terus terang aku kelompok T20 Jadi segala skim bantuan kerajaan tak pernah sampai kepada aku Tak pernah aku nikmati Cukai pendapatan aku cukup un...
Hati Hati Terkecoh Lihat Dua Kali Gambar Ini Biar Lebih Jelas

Hati Hati Terkecoh Lihat Dua Kali Gambar Ini Biar Lebih Jelas

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 239 hits
Meski bukan ilusi optik hati hati terkecoh ketika melihat deretan gambar berikut ini Disarankan melihatnya dua kali agar lebih jelas apa yang ada di dalamnya Pasukan sel darah merah Bukan ini adalah biji paprika Cakar dinosaurus Mirip tapi ...
Megawati Saya Disebut Kurang Islami Siapa Yang Tahu Dalam Hati Saya

Megawati Saya Disebut Kurang Islami Siapa Yang Tahu Dalam Hati Saya

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 235 hits
Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri mengaku sudah puas kerap dikaitkan sebagai anggota PKI Ia menilai setiap omongan yang dikaitkan dengan dirinya akan menjadi tanggung jawab masing masing individu Orang yang bully tanggung jawab omongan...
Noorkhiriah Bersyukur Bakal Ada Van Jenazah Kedua Mulianya Hati Korang Tak Sampai 24 Jam

Noorkhiriah Bersyukur Bakal Ada Van Jenazah Kedua Mulianya Hati Korang Tak Sampai 24 Jam

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 354 hits
Pelakon Noorkhiriah menerusi laman Instagram memuat naik entri memohon jika ada sesiapa yang sudi menyumbang seikhlas hati untuk dia mengubah suai van jenazah keduanya source
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization