Serang Speaker Dewan Rakyat Satu Tindakan Kebudak Budakan

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang  menyerang Datuk Azhar Azizan Harun secara melampau selepas beliau  dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat, minggu lalu disifatkan sebagai  kebudak-budakan.
Perkara itu disuarakan empat Ahli Parlimen kerajaan iaitu Datuk  Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak-Bersatu), Datuk Seri Dr Edmund  Santhara (Segamat-Bersatu), Ali Biju (Saratok-Bersatu) dan Jonathan  Yasin (Ranau-Bersatu).
Menurut mereka, serangan terhadap Azhar itu tidak wajar kerana bersifat peribadi serta tidak menghormati sistem berparlimen.
“Orang awam dapat melihat sendiri sikap tidak sopan Ahli Parlimen  pembangkang yang mengejek dan menjerit untuk mengganggu Azhar ketika  beliau mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Mereka antaranya mendakwa pelantikan Azhar tidak dibuat melalui  undian. Jelas Ahli Parlimen pembangkang ini tidak tahu atau dengan  sengaja cuba mengetepikan Peraturan Mesyuarat 4(3),” katanya dalam satu  kenyataan bersama, hari ini.
Mereka menegaskan, Peraturan Mesyuarat sama juga digunakan PH ketika  mereka melantik Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua  Dewan Rakyat pada Jun 2019, ketika gabungan itu menjadi kerajaan.
Bagaimanapun katanya, pembangkang pada ketika itu menghormati proses  Mohamad Ariff mengangkat sumpah walaupun awalnya membantah pelantikan  itu, tidak bersikap buruk, keji dan jelik yang ditunjukkan Ahli Parlimen  PH ketika Azhar mengangkat sumpah minggu lalu.
Keempat-empat mereka yang masing-masing memegang jawatan Timbalan  Menteri dan juga bekas Ahli Parlimen pembangkang mengingatkan Ahli  Parlimen PH bahawa mereka sendiri meletak kepercayaan kepada Azhar untuk  dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.
“Kami menggesa Ahli Parlimen PH memainkan peranan sebagai pembangkang  secara bertanggungjawab, apatah lagi ketika menjadi kerajaan, ramai  daripada mereka tidak gusar jika kembali menjadi pembangkang kerana  sudah lama memainkan peranan itu,” ujarnya.
Peraturan Mesyuarat 4(3) Dewan Rakyat memperuntukkan, seseorang  individu boleh diisytihar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat tanpa  undian jika hanya ada seorang yang dicalonkan, manakala undian perlu  dilakukan sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon bagi mengisi  jawatan berkenaan. – MalaysiaGazette 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/serang-speaker-dewan-rakyat-satu.html