Serang Rafizi Ada Isu Pokok Yang Cuba Disembunyikan Najib








 Serangan bertali arus ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak menimbulkan tanda tanya apakah ada isu yang lebih besar di belakang serangan itu.

Bagi Rafizi, Najib ada isu pokok yang cuba disembunyikan. Hal itu terungkap apabila Najib berulang kali menumpukan ucapannya di Konvensyen BN Selangor kelmarin ke atas Rafizi, KEADILAN dan Pakatan Harapan serta berkata Rafizi 'berminat' kepada isu di sekeliling Ahli Parlimen Pekan itu.

"Hakikatnya, Najib telah bersalah menyeleweng dana rakyat yang kesannya akan ditanggung untuk jangka masa berpuluh tahun akan datang.

"Selain tanggungan hutang 1MDB berjumlah RM50 bilion, projek-projek mega yang kosnya naik berkali ganda membebankan rakyat dengan hutang melebihi RM100 bilion dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang.

"(Justeru) Najib telah menggunakan sumber kewangannya untuk menggerakkan kempen penipuan melalui media sosial untuk menyucikan dirinya seolah-olah dia tidak bersalah.

"Lebih teruk dari itu, dia juga cuba menyelewengkan pemikiran rakyat dengan memainkan propaganda terhadap tokoh-tokoh terbilang. Cubaan propaganda Najib memburukkan integriti hakim Yang Arif Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali semata-mata untuk menutup kesalahannya mencuri dana rakyat, tidak wajar dibiarkan tanpa disanggah," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Rafizi menyeru seluruh pimpinan KEADILAN - Pakatan Harapan (PH) untuk menjawab propaganda Najib yang merosakkan pemikiran rakyat.

Katanya, mematahkan serangan Najib dan menawarkan yang lebih baik kepada rakyat adalah kunci kemenangan PH pada pilihan raya akan datang.

Rafizi juga amat tidak setuju dengan kempen Najib memperlekehkan kewibawaan hakim Mohd Nazlan. Katanya, Nazlan seorang yang pintar lulusan University of Oxford dan mempunyai rekod kerjaya yang menjadi kebanggaan negara berbanding Najib yang hanya mempunyai rekod anak seorang bangsawan.

"Propaganda Najib tanpa segan silu, dalam memainkan isu perkauman, dia juga menghina dan memperkecilkan tokoh-tokoh seperti Datuk Mohd Nazlan demi untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dekat dengan hari penghakiman.

"Sebab itu, telatah Najib tidak lebih dari seorang yang perasan dan merasa takut pada masa yang sama.

"Saya tidak berminat dengan Najib.

"Sebagai pimpinan utama parti-parti pro-rakyat di negara ini, memang menjadi tanggungjawab saya untuk terus mendedahkan kesalahan Najib.

"Fokus kepada kesalahan Najib yang membebankan rakyat ini telah menjatuhkan Najib dalam PRU14 dalam tahun 2018. Dengan konsistensi yang sama, lebih ramai rakyat yang akan menolak Umno-Barisan Nasional akibat penyelewengan-penyelewengan Najib yang terus membebankan Umno-Barisan Nasional," katanya lagi.

Rafizi menegaskan minat sebenar beliau bukan isu di sekeliling Najib tetapi untuk memastikan Ahli Parlimen Pekan itu menanggung kesalahan-kesalahannya kepada rakyat dan berakhir di penjara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/serang-rafizi-ada-isu-pokok-yang-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Yang Ulas Isu Ini Selepas Rafizi Ramli Membuat Kenyatan Media

Ramai Yang Ulas Isu Ini Selepas Rafizi Ramli Membuat Kenyatan Media

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 242 hits
PERWIRA Ayah saya merupakan pesara tentera Code name saya panggil dia ialah Kolonel Itu jawatan terakhir beliau sebelum bersara Sejak kecil saya dibesarkan dalam kem tentera Isu perajurit ini cukup dekat di hati saya Baru baru ini terdapat ...
Desperate Or Stupid Najib Sangat Tertekan Dengan Kritikan Rafizi

Desperate Or Stupid Najib Sangat Tertekan Dengan Kritikan Rafizi

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 380 hits
Emosi Najib terganggu dengan kritikan Rafizi Luahannya desperate or stupid kepada Rafizi memberi gambaran Najib perlu disiasat samada campurtangan atau mengarah bank untuk meluluskan PERMOHONAN pinjaman Apa yang terjadi kepada KWAP munngkin...
Sebenarnya Kempen Rafizi Hanya Untungkan Najib Penganalisis

Sebenarnya Kempen Rafizi Hanya Untungkan Najib Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 355 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis menyifatkan tindakan Rafizi Ramli menggesa ahli PKR menyerang Najib Razak dengan membuat laporan polis setiap kali beliau membuat kenyataan di media sosial sebagai terdesak dan dangkal Azmi Hassan dari Aka...
Selepas Diasak Rafizi Najib Gelabah Ambil Pendekatan Baru

Selepas Diasak Rafizi Najib Gelabah Ambil Pendekatan Baru

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 303 hits
Dia sebok buat soalan tetapi lupa untuk jawab Dan memberi penjelasan kegagalan nya bertindak di eranya selepas sultan dulu memaklumkan niat Dia sebok Masa ITU mempertahan diri isu 1MDB digasak PH dan sebok mencari tarikh pilihanraya Najib e...
Rafizi Ketuai Lebih 100 Cabang Pkr Lapor Polis Terhadap Najib

Rafizi Ketuai Lebih 100 Cabang Pkr Lapor Polis Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 276 hits
Lebih 100 cabang Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara hari ini tampil membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Najib Razak Tindakan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan kecuaian Najib semasa menghentik...
Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak jijik cara Pakatan Harapan memainkan isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia kerana tindakan mereka itu memberi kesan kepada keselamatan negara Bekas Perdana Menteri itu menyifatka...
Najib Jangan Perasan Rafizi Ramli

Najib Jangan Perasan Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 168 hits
Dari Rafizi Ramli 1 Ogos 2022 NAJIB JANGAN PERASAN MINAT KERANA NAJIB WAJAR KE PENJARA Walaupun berlagak popular bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak nampak bimbang dengan susunan semula kepimpinan parti parti Pakatan Harapan Keb...
Isu 1mdb Dahulu Najib Juga Nafikan Akhirnya Didakwa Di Mahkamah

Isu 1mdb Dahulu Najib Juga Nafikan Akhirnya Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 250 hits
agendaily com08 08 2022Kapal LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dalam pembinaan Gambar Defence Security AsiaBukan sesuatu yang luar biasa bagi Datuk Seri Najib Razak untuk membuat penafian malah alasan tidak tahu atau tida...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Levels Of Investments

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Reminds Bn Leaders To Focus On Coalition S Survival Revival Instead Of Relying On Others

Deferred Prosecution Agreement Tabling Amendments In 2026 Azam

Siti Kasim I Ll From Now On Mercilessly Track Down Detractors To The Wormhole For Slandering Me

Sebar Kandungan Palsu Libatkan Institusi Diraja Pempengaruh Media Sosial Disiasat

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord