Isu 1mdb Dahulu Najib Juga Nafikan Akhirnya Didakwa Di Mahkamah


agendaily.com08/08/2022
Kapal LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dalam pembinaan. - Gambar Defence Security AsiaBukan sesuatu yang luar biasa bagi Datuk Seri Najib Razak untuk membuat penafian, malah alasan “tidak tahu” atau “tidak kenal” terlalu sinonim dengan bekas Perdana Menteri (PM) yang sudah dihadapkan ke mahkamah atas puluhan pertuduhan rasuah dan jenayah.

Najib sebelum ditendang keluar daripada kerajaan sebelum ini juga menafikan mengenali ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dalam kehilangan ratusan juta wang negara; malahan Najib juga menafikan penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib semasa memegang kuasa memanipulasi maklumat menyembunyikan kegiatan jenayahnya berhubung kes kecurian wang 1MDB, malahan sebelum ini Najib menafikan mengenali Jho Low tetapi semasa perbicaraan di mahkamah saksi-saksi yang dibawa memberi keterangan mendedahkan sebaliknya.

Hubungan Najib dengan Jho Low sangat rapat, malah bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Azmi Tahir mendedahkan sebarang arahan Jho Low sebelum ini adalah mendapat mandat Najib sendiri bagi menunjukkan betapa akrabnya kedua-dua mereka dalam merompak duit rakyat.

Semasa menjadi PM, Najib bersungguh-sungguh menafikan mengenali Jho Low, malah gambar tular atas sebuah kapal mewah juga dikatakan palsu bagi mengelirukan rakyat.

Mujurlah selepas 2018, Najib berjaya ditendang keluar dan UMNO-Barisan Nasional (BN) kalah buat kali pertama dalam sejarah, akhirnya pelbagai bukti keluar dalam perbicaraan di mahkamah bagaimana Najib bersekongkol dengan Jho Low dalam melarikan duit negara.

Sepanjang menjadi PM, Najib juga tidak mengambil langkah pencegahan untuk menangani masalah kehilangan dana 1MDB walaupun pelbagai pihak ketika itu membangkitkan keraguan berhubung urusan perniagaan yang dijalankan syarikat pelaburan tersebut.

Najib juga tidak menghentikan sebarang operasi 1MDB, malah mempertahankan setiap keputusan dibuat yang didalangi oleh Jhow Low sehingga menjadi punca kewangan negara tenat kerana terpaksa menanggung hutang akibat perbuatan dan penyelewengan yang berlaku.

Hasilnya kini, kerajaan terpaksa menanggung hutang 1MDB yang bernilai lebih RM30 bilion, ia semuanya angkara Najib dan kerajaan ditadbirnya.

Najib tetap adalah Najib, insan yang tidak tahu malu dan ada rasa malu dengan perbuatan jenayahnya, jadi tidak hairanlah Najib ke sana ke sini dengan laungan slogannya “Malu Apa Bossku”.

Bagi Najib, tidak perlu malu dengan perbuatannya.

Kini, muncul pula satu lagi skandal perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menyaksikan wang rakyat sudah digunakan sebanyak RM6 bilion tetapi satu kapal pun tidak nampak bayangnya.

Sama seperti isu 1MDB, Najib juga tidak mahu projek tersebut dihentikan atas alasan kononnya ia akan menyebabkan banyak pihak terkesan akibat langkah tersebut walhal ratusan juta duit rakyat sudah hangus tidak tahu ke mana.

Najib hanya memikirkan perut vendor dan kontraktor tetapi bukan perut rakyat yang semakin hari terbeban dengan kos sara hidup, sudah lah harga barang naik dan inflasi seakan tiada penghujung.

Najib tidak pernah belajar daripada kesilapan sebelum ini, belum ada keinsafan dalam diri untuk membetulkan kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.

Jika dahulu Najib mengambil langkah lebih awal menghentikan operasi 1MDB, mungkin ratusan juta wang rakyat dapat diselamatkan daripada hangus begitu sahaja hilang tidak tahu kemana.

Dalam skandal kapal tak siap ini, Najib mengambil pendirian seakan sama dalam skandal 1MDB dengan mahu juga meneruskan pembinaan LCS walaupun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah mendedahkan pelbagai kepincangan membabitkan dalam projek tersebut.

PAC sebelum ini menyenaraikan sembilan rumusan punca yang antaranya ialah kerajaan gagal mengesan masalah kewangan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) ketika melakukan penilaian terhadap syarikat berkenaan.

Malah, wang kerajaan terpaksa didahulukan kepada BNS dan kemudiaannya digunakan untuk membayar hutang mereka yang mencecah ratusan juta.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah LCS yang disiapkan.

Najib juga sudah kepanasan apabila diserang Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung skandal LCS sehingga tentera sibernya yang berpengkalan di sebuah rumah atas bukit di Bangsar dikerahkan kerja lebih masa bagi membela bos mereka.

Maka, pelbagai senarai dan kenyataan Najib dimuat naik dalam akaun media sosial bagi menjawab serangan Rafizi dan pelbagai pihak yang mendesak agar tindakan segera diambil terhadap pesalah dalam skandal LCS tersebut.

Seperti biasa, Najib dengan sindrom penafiannya memang tidak dapat dipisahkan dan beliau boleh membuat beratus kali penafikan sekalipun, tetapi akhirnya lihat apa yang berlaku dalam skandal 1MDB.

Akhirnya Najib yang menjadi pakar penafian kini sudah disabitkan bersalah dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd dan menunggu masa sahaja untuk menghuni tirai besi.

Rayuan terakhirnya pada bulan ini semakin dekat, semoga Najib kekal tabah dan terus dengan sindrom penafiannya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/isu-1mdb-dahulu-najib-juga-nafikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Sprm Najib Arah Pinda Laporan Audit 1mdb Untuk Lindung Dirinya

Pegawai Sprm Najib Arah Pinda Laporan Audit 1mdb Untuk Lindung Dirinya

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 166 hits
malaysiakini comSeorang pegawai SPRM hari ini berkata bekas perdana menteri Najib Razak ingin meminda laporan audit 1MDB pada 2016 atas tujuan melindungi dirinya daripada kesan undang undang Hanif Lami berkata demikian ketika prosiding di d...
Najib Ordered 1mdb Audit Amendment To Protect Himself Says Macc Officer

Najib Ordered 1mdb Audit Amendment To Protect Himself Says Macc Officer

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 192 hits
An MACC officer testified that former prime minister Najib Abdul Razak sought an amendment to the 1MDB audit report in 2016 to shield himself from legal consequences Senior enforcer Hanif Lami told the Kuala Lumpur High Court this morning t...
Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor Najib

Khalid Ibrahim Selesai Isu Catuan Air Selangor Najib

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 223 hits
PETALING JAYA Keberanian bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memeterai penstrukturan semula air Selangor dengan Kerajaan Pusat pada 2014 membolehkan penduduk di Lembah Klang bebas daripada masalah catuan ai...
Serang Rafizi Ada Isu Pokok Yang Cuba Disembunyikan Najib

Serang Rafizi Ada Isu Pokok Yang Cuba Disembunyikan Najib

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 157 hits
Serangan bertali arus ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak menimbulkan tanda tanya apakah ada isu yang lebih besar di belakang serangan itu Bagi Rafizi Najib ada isu pokok yang cuba disembu...
Ph Mencari Isu Baru Untuk Hadapi Pru15 Isu 1mdb Sudah Lapuk

Ph Mencari Isu Baru Untuk Hadapi Pru15 Isu 1mdb Sudah Lapuk

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 297 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPakatan Harapan bukan sebuah gabungan dalam erti kata sebenar parti parti politik mahu membina negara PH lebih kepada gabungan mencipta isu dan mereka skandal untuk menjatuhkan pihak lawan terutamanya Barisan Nasional J...
7 Warga China Masuk Ke Malaysia Tanpa Dokumen Sah Didakwa Di Mahkamah

7 Warga China Masuk Ke Malaysia Tanpa Dokumen Sah Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 334 hits
Foto Noor Hidayah Tanzizi Harian MetroTujuh warga China termasuk seorang wanita dipercayai masuk ke Malaysia tanpa dokumen bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini Tertuduh wanita Dai Bao Xi 54 dan lelaki Guo Fei 48 yang...
Macc Investigator Najib Used Powers As Pm To Order 1mdb Audit Report Changed Protect Himself From Civil Criminal Action

Macc Investigator Najib Used Powers As Pm To Order 1mdb Audit Report Changed Protect Himself From Civil Criminal Action

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 1459 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak used his powers to instruct for changes to be made in 2016 to the auditor general s audit report on 1Malaysia Development Berhad before it could be given to the bipartisan parliamentary watchdog ...
Riled Mp Asks Azeez Did You Speak Up Against Najib On 1mdb

Riled Mp Asks Azeez Did You Speak Up Against Najib On 1mdb

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 299 hits
PARLIAMENT Baling MP Abdul Azeez Abdul Rahim had a taste of his own medicine in the Dewan Rakyat earlier today after he fiercely attacked Pakatan Harapan MPs whom he alleged as being cowards for not reprimanding Dr Mahathir Mohamad over the...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader

Kesalahan Yang Pernah Saya Buat Dan Bagaimana Saya Belajar Dari Itu

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Masa Bergerak Terlalu Pantas