Seramai 11 Adun Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Hari Ini




MELAKA - Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini.
Pada istiadat yang bermula 3.22 petang itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang sebelum ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh sebagai EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.
Ia disusuli Datuk Muhammad Jailani Khamis (EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Rahmad Mariman (EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir) dan Datuk Zaidi Atan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar).
Turut mengangkat sumpah, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani), V P Shanmugam (EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).
Dr Muhamad Akmal Saleh (EXCO Kesihatan dan Anti Dadah), Datuk Rais Yasin (EXCO Pendidikan dan Teknologi), dan Ngwe Hee Sem (EXCO Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna) turut mengangkat sumpah pada istiadat itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pada istiadat itu turut memberi ucap taat setia dan disusuli bacaan doa oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Sebelas EXCO berkenaan mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15 susulan kemenangan majoriti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.
Terdahulu Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada awal pagi 20 November, sejurus BN diumumkan menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Beliau turut dilantik sebagai EXCO Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/seramai-11-ahli-dewan-undangan-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Melaka Angkat Sumpah Hari Ini

Exco Melaka Angkat Sumpah Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 315 hits
Pada pilihan raya negeri lalu Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan apabila menang lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri ditandingi PETALING JAYA Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia bagi Ahli ...
Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 379 hits
MELAKA UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan Melaka Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Baris...
Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 347 hits
freemalaysiatoday com November 16 2021 7 15 PMMohamad Hasan berkata BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional sahaja MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai ...
2 Adun Pn Sertai Kerajaan Melaka Pimpinan Bn Akan Bincang Kata Sulaiman

2 Adun Pn Sertai Kerajaan Melaka Pimpinan Bn Akan Bincang Kata Sulaiman

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 290 hits
Dua ADUN Perikatan Nasional yang menang pada PRN Melaka adalah Mohd Aleef Yusof di kerusi Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban PETALING JAYA Pucuk pimpinan Barisan Nasional akan berbincang sama ada dua wakil rakyat Perikatan Nasion...
Sulaiman Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke 13

Sulaiman Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke 13

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 340 hits
Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke 13 Melaka Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke 13 selepas Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri malam tadi ...
Kemenangan Prn Melaka Ahli Umno Jangan Riak Mendongak Ke Langit

Kemenangan Prn Melaka Ahli Umno Jangan Riak Mendongak Ke Langit

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 297 hits
MALAYSIA POST AHLI parti diingatkan supaya tidak riak atau mendongak ke langit susulan kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata analisa mendalam perlu dilakukan me...
Selepas Tewas Di Melaka Bersama Pn Pas Kata Ahli Masih Mahu Bersama Umno

Selepas Tewas Di Melaka Bersama Pn Pas Kata Ahli Masih Mahu Bersama Umno

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 408 hits
MALAYSIA DATELINESelepas tewas di Melaka Pas mengaku akar umbi masih mahu bekerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin berkata akar umbi dilihat lebih menyokong MN b...
Ummah Ramal Pn Mampu Bentuk Kerajaan Melaka

Ummah Ramal Pn Mampu Bentuk Kerajaan Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 273 hits
Menurut Mohd Zai dapatan kajian tersebut menunjukkan 92 peratus daripada responden menolak gejala rasuah dan 54 peratus pula sukakan Presiden PN Muhyiddin Yassin kerana dianggap cakna kepada kebajikan rakyat semasa pandemik Covid 19 Kesimpu...
Prn Melaka Pecutan Hari Terakhir Dan Pemenang Di Tangan Penyokong Tegar

Prn Melaka Pecutan Hari Terakhir Dan Pemenang Di Tangan Penyokong Tegar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 271 hits
MEMASUKI hari ke 11 kempen Pilihan Raya Negeri Melaka bahang persaingan politik antara parti parti bertanding sudah semakin memuncak menjelang hari pengundian esok Dengan setiap calon daripada parti parti bertanding seperti Barisan Nasional...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan

Permulaan Hari Yang Baik Dengan Hati Yang Bersih

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Allah Tidak Pernah Silap Memilih Bahu Untuk Ujian

Ecentral Kukuh Sebagai Gergasi Kandungan Digital Melayu Serba Digital Catat 365 Juta Capaian Sepanjang 2025

7 Drama China Tentang Game Terbaik Rating Tertinggi