Prn Melaka Pecutan Hari Terakhir Dan Pemenang Di Tangan Penyokong Tegar


MEMASUKI hari ke-11 kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bahang persaingan politik antara parti-parti bertanding sudah semakin memuncak menjelang hari pengundian esok.
Dengan setiap calon daripada parti-parti bertanding seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta 26 calon Bebas sedang rancak mempromosi manifesto masing-masing sebagai pecutan terakhir kempen berbaki lagi dua hari.
BN sebaliknya sudah melancarkan perang psikologi lebih awal apabila Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan koalisi itu mampu memenangi sehingga 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Sambil menyifatkan pertembungan PRN Melaka hanya melibatkan BN dan PH, Timbalan Presiden UMNO itu turut menjangkakan PH bakal mengekalkan lapan kerusi DUN yang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ekoran itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pro PN, Gerakan Pembela Ummah kemudiannya bertindak balas dengan mengemukakan hasil kajian yang mengunjurkan koalisi diterajui Bersatu serta Pas itu, sebenarnya merupakan pemenang mutlak pada PRN Melaka.
PH juga tidak ketinggalan dalam membuat unjuran peluang kemenangan mereka pada pilihan raya negeri ini yang dianggap testing ground sebelum menghadapi PRU15.
Hal ini dibuktikan menerusi Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Selasa yang berkeyakinan situasi ‘perang’ antara BN dan PN bakal mengalihkan sokongan pengundi Melaka kepada koalisi pembangkang.
 
PERATUSAN KELUAR
Di sebalik ramalan BN itu dianggap segelintir pihak sebagai ‘terlalu mendabik dada’, terdapat pemerhati politik yang berpandangan jangkaan Tok Mat itu berasas.
Hal ini bersandarkan kepada faktor peratusan rakyat Melaka keluar mengundi dijangka rendah berikutan kurang keterujaan pengundi bukan Melayu dan atas pagar untuk keluar mengundi pada PRN Melaka.
Berikutan itu, terdapat kemungkinan besar undi ‘penyokong tegar’ koalisi bertanding bakal menjadi penentu kemenangan pilihan raya negeri kali ini dengan UMNO dan BN diperakui merupakan koalisi yang mempunyai akar umbi terkuat di Melaka.
Perkara itu diakui sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang menegaskan sekiranya kadar peratusan keluar mengundi kurang daripada 60 peratus, mana-mana parti yang mempunyai undi akar umbi terbanyak akan mendapat kelebihan untuk menang.
Jelas beliau, Emir Research menjangkakan kadar peratusan keluar mengundi pada PRN Melaka hanya pada tahap 62 hingga 65 peratus, jauh lebih rendah daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu sekurang-kurangnya 70 peratus.
 
Rais Hussin  
BIMBANG COVID KEMBALI
“Faktor utama kadar peratusan keluar mengundi dijangka rendah adalah berasaskan persepsi pengundi yang sudah jelik dengan drama politik tidak berkesudahan selain ketakutan pengundi untuk keluar mengundi.
“Kebimbangan itu bersandarkan statistik kadar kemasukan pesakit Covid tahap empat dan lima ke hospital di Melaka sudah meningkat kepada 80 peratus dan situasi ini pastinya mengundang kebimbangan episod penularan Covid-19 akan berulang sebagaimana PRN Sabah, tahun lalu.
“Justeru, Emir Research menjangkakan sekiranya kadar peratusan keluar mengundi sangat rendah, kelebihan akan dimiliki oleh parti-parti yang mempunyai jumlah undian akar umbi terbesar,” katanya pada Khamis.Pandangan sama turut dikemukakan sebuah badan pemikir politik bebas, Institut Darul Ehsan (IDE) yang menyifatkan andaian unjuran Tok Mat itu tidak semestinya mewakili fakta keseluruhan 28 kerusi DUN, sebaliknya lebih merujuk kepada kubu-kubu kuat BN selama ini.
“Tok Mat juga harus ingat bahawa perpecahan dalaman BN dan PN juga menjadi tanda tidak harmoni dalam pertaruhan pilihan raya kali ini.
“Tambahan pula, majoriti rakyat Melaka maklum bahawa PRN ini disebabkan perpecahan politik antara BN-PN sebagai koalisi yang membentuk kerajaan Melaka sebelum ini,” kata Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir.
Justeru, IDE mengakui bahawa ruang politik masih terbuka bagi kesemua parti dengan penentuan persaingan neck to neck biasakan akan diputuskan oleh 20 hingga 25 peratus pengundi yang akan membuat keputusan pada saat akhir di hari pengundian.
“Mood ini ditentukan pengundi biasanya 48 jam sebelum pengundian. Maka, inilah cabaran parti-parti politik dan calon, dalam senario mengundi saat Covid-19 dengan prosedur operasi standard (SOP) PRN yang ketat,” katanya.
PRN Melaka: Pecutan hari terakhir dan pemenang di tangan penyokong tegar
Baca Artikel Menarik:
Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO] PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan [VIDEO] PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO] Roti Canai Kayu Arang Viral Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DAP bangkit bela kaki judi fail semakan kehakiman

The post PRN Melaka: Pecutan hari terakhir dan pemenang di tangan penyokong tegar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/19/prn-melaka-pecutan-hari-terakhir-dan-pemenang-di-tangan-penyokong-tegar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 312 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Prn Melaka 4 Kes Bawa Penyokong Polis Akan Panggil Penganjur

Prn Melaka 4 Kes Bawa Penyokong Polis Akan Panggil Penganjur

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 213 hits
WARTA RAKYAT POLIS akan memanggil penganjur yang membawa kumpulan penyokong parti ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka semalam untuk diambil keterangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Melaka Asisten Komisioner Azlan Abu ...
Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 228 hits
Kita pegang amanat yang telah diberikan kepada akar umbi dan jentera KUALA TERENGGANU 1 Rabiulakhir 1443H Sabtu PAS akan mengarahkan semua ahli dan penyokongnya mengundi calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 Nov ...
Sop Kempen Prn Melaka Akan Diumum Pada Hari Penamaan Calon Spr

Sop Kempen Prn Melaka Akan Diumum Pada Hari Penamaan Calon Spr

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 235 hits
AGENDA DAILY Suruhanjaya Pilihan Raya Prosedur operasi standard khas bagi Pilihan Raya Negeri Melaka akan dikeluarkan pada hari sama penamaan calon Isnin ini kata Suruhanjaya Pilihan Raya SPR berkata buat masa ini belum ada sebarang SOP yan...
Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 192 hits
Kempen PRN Melaka berbaki empat hari lagi dengan kesemua yang bertanding melipatgandakan usaha bagi merebut sokongan pengundi Di tengah tengah kemeriahan PRN itu masih ada keluarga yang mengharapkan bekalan elektrik dari jiran sebelah masih...
Prn Melaka Penyokong Pn Langgar Sop Diminta Bersurai Oleh Spr

Prn Melaka Penyokong Pn Langgar Sop Diminta Bersurai Oleh Spr

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 168 hits
MELAKA Penyokong Perikatan Nasional yang sedang menikmati nasi Arab diminta bersurai oleh anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya malam tadi Penguat kuasa memantau majlis pelancaran Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu ...
Prn Melaka Polis Melaka Nafi Tutup Sempadan 15 Hari

Prn Melaka Polis Melaka Nafi Tutup Sempadan 15 Hari

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 243 hits
Polis Melaka menafikan akan menutup sempadan negeri selama 15 hari sempena Pilihan Raya Negeri seperti ditularkan menerusi media sosial Tegas Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali Prosedur Operasi Standard yang tular sejak petang Ah...
Prn Melaka Penyokong Dan Jentera Prn Adun Tercicir Mampu Sebotaj Parti

Prn Melaka Penyokong Dan Jentera Prn Adun Tercicir Mampu Sebotaj Parti

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 210 hits
KEMIYAN TERPAKSA DIPERASAPAGARKEADAAN KEMBALI REDABAHAGIAN A 13 ADUN TIDAK TERSENARAI SEBAGAI CALON PRN 20211 BN 8 ADUN 2 PKR 1 ADUN 3 DAP 3 ADUN 4 PPBM 1 ADUN BAHAGIAN B ADUN ADUN INI MAMPU MENGGUGAT 1 Jentera mampu menutup Bilik Gerakan P...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Filem Rebel Berontak Untuk Berotak

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Anak Ketua Polis Daerah Maut Tertembak Pistol Bapa Sendiri

Four Cylinder Fury A Honda Hornet Caf Racer From France

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Ikan Selar Kuning Berlado

How To Get Rid Of Iron In Well Water

Setiap Penyakit Pasti Ada Obatnya

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan

Blogger Atau Youtuber Lagi Best

Nostalgia On Demand Preloaded Consoles For Your Instant Gaming Fix