Seramai 100 Orang Mahasiswa Sertai Solidariti Himpunan Raja Rakyat Berpisah Tiada Di Kuantan




KUANTAN: Kira-kira 100 orang menyertai himpunan yang bertujuan untuk menunjukkan kebersamaan mereka dengan pihak istana Pahang petang tadi.
Himpunan Solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada itu berlangsung di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 dekat sini bermula kira-kira jam 4.45 petang.
Difahamkan penganjur menyasarkan kehadiran lebih ramai orang untuk program tersebut.
Mereka berkumpul untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap tindakan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mempersoalkan peranan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 2022 lalu.
Tinjauan Malaysiakini mendapati kebanyakan peserta perhimpunan petang tadi itu terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dari Pahang.
Seorang mahasiswa yang ditemui berkata, dia dan rakannya bertolak dari UiTM Jengka, dekat Maran tengah hari tadi untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Peserta himpunan anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) itu bersurai kira-kira jam 6 petang apabila dinasihatkan oleh pihak polis.


Perhimpunan hari ini dimulakan dengan ucapan pengerusinya, Aidid Fathullah Abdul Shukur (foto), dan wakil Majlis Belia Malaysia Pahang.
Aidid Fathullah ketika ditemui media selepas itu memberitahu, tujuan utama pihaknya mengadakan himpunan berkenaan adalah untuk menunjukkan bahawa mahasiswa dan anak muda di Pahang mengikuti perkembangan politik negara.
"Tujuan kami berkumpul hari ini adalah jelas... kita nak beritahu kat orang luar sana, kita orang muda ini dengar, bukan tak dengar.
"Kami orang muda cakna... kami Mampan ini nak ingatkan dalam berpolitik janganlah sentuh perkara 3R ini.
"Lagi-lagi apabila sentuh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Pahang kita... nak berpolitik, berpada-pada jadi kita nak bagi 'signal' kepada mereka, isu 3R tidak patut disentuh," katanya.
Dia turut memaklumkan pihak MAMPSN sendiri sudah membuat dua laporan polis berkenaan hal itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pasukan keselamatan membuat pemantauan di sepanjang himpunan berlangsung.
Katanya ia berjalan dalam keadaan aman dan bebas daripada sebarang insiden tidak diingini.
"Penganjur telah membuat pemakluman berhubung perhimpunan ini sebelum ia berlangsung," katanya. #malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/seramai-100-orang-mahasiswa-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Pelancaran Persidangan Task Force Rakyat Yang Menghimpunkan 100 Ngo Utama Suara Tv 16 08 2024

Sidang Media Pelancaran Persidangan Task Force Rakyat Yang Menghimpunkan 100 Ngo Utama Suara Tv 16 08 2024

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 180 hits
Sidang media pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke ara...
1 100 Mahasiswa Ui Turun Ke Dpr Ini Tuntutannya

1 100 Mahasiswa Ui Turun Ke Dpr Ini Tuntutannya

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 171 hits
Mahasiswa berangka pukul 11 30 menggunakan 10 kopaja dan 20 angkot Mereka juga membawa sejumlah spanduk dan poster
Kerajaan Pas Terengganu Khianati Rasa Bangga Rakyat Dungun Sambut Ulangtahun Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun

Kerajaan Pas Terengganu Khianati Rasa Bangga Rakyat Dungun Sambut Ulangtahun Pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 245 hits
Abu MishkatBila menang besar 32 0 lupa diri Rakyat pula jangan lupa untuk ajar pemimpin yang mudah lupa diri Nenggiri satu pelajaran yang bererti Mohd Syuza AmsyariAL HAMDULILLAH hari ini 20 Ogos 2024 adalah genap ulangtahun kali ke 16 pema...
Megawati Minta Penguasa Tak Halangi Hak Rakyat Pilih Pemimpin Biarkan Mereka Memilih Dengan Suka Cita

Megawati Minta Penguasa Tak Halangi Hak Rakyat Pilih Pemimpin Biarkan Mereka Memilih Dengan Suka Cita

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 594 hits
Menurut Megawati jelang Pilkada ada fenomena yang berkembang bahwa Pilkada dijadikan momentum Unjuk Kekuasaan
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan