Seram Penampakan Makhluk Halus Di Opisku
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera kawan-kawan.
Nak tau tak, Jumaat yang lepas, sebaik sahaja habis morning meeting pada pagi tu, sorang kakak ni mengambil beberapa gambar untuk tujuan suka-suka. Snap sana, snap sini. Pastu dia ambil gambar ibu merandung yang ada kat depan dia. Waktu tu pagi lagi dalam pukul 9. Dipendekkan cerita, setelah beberapa keping gambar diambil, kakak ni mengimbas kembali gambar untuk tontonan semua. TETAPI, ada sesuatu yang sangat menggemparkan! Apabila diamati, dua daripada beberapa gambar yang diambil kelihatan wujudnya suatu bayangan sekujur tubuh wanita berbaju putih dan berambut panjang di sudut atas gambar tersebut
Ni gambar sebagai bukti!
Nampak tak? nampak tak? nampak tak?
Oh, aku tidak maksudkan perempuan yang sedang bersolek tu. Yang tu Ina a.k.a tatod best. Yang aku maksudkan bayangan dipintu masuk bilik tu. Dan ini sekali lagi, gambar kedua yang diambil lebih jelas! Masya-Allah hampir gugur jantung dibuatnya..
ARGHHH!!! Dia betul2 kat kepala aku tu!
Maka, hebohlah satu opis pada pagi tu. Semua budak-budak opis dipanggil untuk menyaksikan fenomena paranormal tu dan masing-masing memberi tafsiran pada gambar tersebut. Masing-masing keluarkan fatwa sendiri dan kakak yang sedang mengambil gambar tu aku perhatikan tersenyum-senyum sendirian..
A: Eh, ni imbasan cahaya matahari yang melalui pintu. Tu yang jadi macam ni..
B: Ni dah boleh masuk WUJUD ni.. cepat kak bluetooth sekarang!
D: Baik kau padam kak gambar tu sekarang, nanti rosak hp ko baru tau!
E: Pergh, meremang dah bulu roma aku ni.
C: Aku rasa ni gambar Ina lah. (salah seorang rakan yang tidak mengenakan tudung pada pagi itu)
F: Tak, tak! Aku rasa ni memang betul gambar 'dia' sebab aku pernah jumpa
G: Astaghfirullah.. Lailahaillallah! (disambung dgn membaca ayat qursi)
Masa tu, bilik mesyuarat tu makin kecoh. Dalam kekecohan tu kakak yang mengambil gambar tersebut menggunakan Samsung tab miliknya tiba-tiba menjerit. AAAAAAAAAAAARRRRRGHHHH.. sambil meronta-ronta bagai kambing yang baru disembelih. Dua-tiga rakan perempuan cuba menenangkannya sambil yang satu lagi tak henti-henti beristighfar dan berzikir.
^:::::
Eh bukan-bukan! Gambar ni takde kaitan dengan dirasuk / histeria / kambing disembelih. Sebenarnya ni gambar buli 3 orang budak perempuan gangster keromon kakak yang berbaju kuning tu. Nak tau kenapa? Sebab gambar yang diambil diatas tu bukannya gambar betul. Masing-masing dah biru muka waktu tu, rupa-rupanya gambar tu merupakan aplikasi yang ada dalam Samsung tab kakak tu. Patut la dia tersenyum sorang-sorang dari tadi
Geram! geram! geram
Apa lagi, kena keroyok la dia pada hari tu. Nasib baik aku tak amik video masa dia kena keroyok kalau tak jadik kes polis pulak. Aku perhati je dari tepi sambil ambil gambar bukti ni. Hahaha. Tapi nak buat macamana dia pun mengizinkan dirinya dikeroyok mungkin sebab dia dah rasa bersalah. Eh, korang tau ke keroyok tu apa?
Perasaan takut tu masih berbekas di fikiran mereka :)
Lepas je habis kejadian tu, kami semua berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kakak tu supaya dia 'jumpe' betul-betul dengan makhluk tu.. Haha. Biar pucat lesi muka dia baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Tapi lepas tu, turn kami pulak nak kenakan orang lain. Macam-macam strategi kami fikirkan untuk kenakan orang macam Bang Bang Boom! Dan lagi, aku dah pun installed aplikasi tu, hehehe siap la korang
Moral of the story: Jangan suka menyakat orang, nanti kena keroyok macam kakak berbaju kuning tu (nama dirahsiakan)..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akhelaken.blogspot.com/2012/10/seram-penampakan-makhluk-halus-di-opisku.html