Seram Kipas Berputar Sendiri Penyewa Cabut Lari


Walaupun soket sudah dicabut, tetapi sebuah kipas bergerak sendiri. Kipasnya masih lagi berputar seperti dihidupkan suisnya dan berpusing sebelum berhenti tepat menghadap seorang wanita yang merakamkan kejadian aneh itu.


Menerusi satu rakaman video yang tular, orang ramai boleh melihat soket yang tidak dipasang dililit pada kipas tersebut.

Wanita bernama Arina Yasmin Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi di rumah sewa lamanya di Kajang, Selangor.

Menurutnya, rakaman tersebut dibuat ketika dia sedang sarat hamil lapan bulan anak kedua pada tahun 2021 yang lalu ketika mahu berpindah keluar dari rumah sewa tersebut.

"Saya dan suami serta seorang anak lelaki masa tu baru berusia satu setengah tahun baru je berpindah ke rumah sewa tu di sebuah apartment lama di Kajang.

"Tapi kami hanya bertahan tinggal selama dua bulan je sebelum bertindak keluar dari rumah tu dan tinggal sementara di rumah kakak di Semenyih," katanya

Patung anjing

Pertama kali menjejakkan kaki meninjau di rumah sewa itu sebelum menghuninya sudah membuatkan Arina yang berusia 28 tahun berasa tidak sedap hati.

Siapa yang tidak terkejut apabila sewaktu tinjauan ke rumah kosong di tingkat satu itu, tiba-tiba terlihat sebuah patung anjing besar diletakkan di atas kabinet di salah sebuah bilik.

"Saya tertanya-tanya, kenapa patung anjing tu tidak dikeluarkan sedangkan rumah tu dah kosong dua bulan sebelum kami berpindah masuk.

"Kami tidak bertanya lanjut tentang patung anjing tu demi menghormati tuan rumah, tapi meminta tuan rumah membawanya keluar.

"Sebenarnya sebelum berpindah masuk lagi saya dah tak sedap hati untuk tinggal di rumah itu. Tapi suami kata rumah dekat dengan tempat kerja suami di Putrajaya.

"Kami pun baru nak bina hidup berkeluarga dengan kos rumah sewa yang rendah iaitu sebanyak RM600 sebulan," kata Arina yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Anak nampak 'kakak'

Mengenai rumah sewa dengan tiga bilik tidur itu, pada awalnya tiada kejadian pelik yang berlaku sehinggalah anaknya sering didatangi 'seseorang' menyerupai wanita.

"Tiada siapa di rumah kecuali kami bertiga. Tapi anak selalu cakap ada nampak 'kakak' dan tunjuk tempat di mana 'kakak' tu berada.

"Saya juga terdengar pintu grill rumah diketuk pukul 3 pagi, tapi tiada siapa pun di luar masa suami pergi periksa. Siapa ketuk pintu pukul 3 pagi?" katanya yang merupakan suri rumah.

Selain itu, Arina berkata, sebelum ini dia juga pernah mendengar bunyi daripada kereta permainan anaknya yang terletak di bilik hujung.

"Sehinggalah pada suatu tengah hari, masa tu suami tiada di rumah cuma hanya saya dan anak, saya terdengar pintu bilik belakang tertutup sendiri.

"Saya masuk bilik tu nampak mainan tu bergerak dan berbunyi sendiri. Saya menangis dan menggigil, saya call suami dan minta tolong kakak ambil saya dan anak bawa ke rumah dia.

"Sebelum ini pun kakak pernah cerita datang ke rumah saya suatu malam, dia rasa ada hembusan angin yang kuat ketika buka almari di bilik tetamu di bilik tengah, tapi tiada siapa ketika itu.

"Kami ambil keputusan berpindah keluar kerana saya sarat hamil dan mahu keadaan lebih selesa untuk berpantang," katanya yang kini ibu kepada dua cahaya mata sambil menambah kereta mainan itu ditinggalkan di rumah sewa tersebut ketika berpindah keluar.

Mulanya tak percaya

Sementara itu, suami Arina, Muhammad Safwan Ramli berkata, isterinya sebelum ini sering meluahkan tentang kejadian aneh di rumah sewa itu tetapi dia tidak mempercayainya.

"Pada hari isteri saya dah tak tahan tu sebab takut sangat, saya ambil isteri di rumah kakaknya dan pulang ke rumah di sebelah petang. Saya kemudian pergi tanggalkan bateri daripada mainan tu, saya anggap mungkin ada masalah wiring sebab saya mulanya tak percaya apa yang berlaku," katanya yang merupakan penjawat awam berusia 28 tahun.

Safwan yang berasal dari Alor Setar, Kedah berkata, malam yang sama selepas pukul 10 malam, ketika mereka berada di ruang tamu, tiba-tiba terdengar bunyi kereta mainan dari bilik belakang.

"Pintu bilik belakang tertutup. Saya cuba positif mungkin bunyi jiran sebelah rumah atau bunyi bising motor. Tapi saya terkejut apabila nampak bakul kosong yang digunakan untuk menyimpan mainan tiba-tiba bergerak sendiri. Daripada ruang tamu saya boleh lihat.

"Saya baca ayat Kursi dan surah-surah al-Quran. Makin kuat saya baca, bakul tu bergerak ke kiri dan ke kanan. Bunyi kereta mainan pun makin kuat. Malam itu juga kami berpindah keluar dan tinggal di rumah kakak ipar.

"Masa tu barulah saya percaya apa yang diluahkan isteri. Kami berpindah ke Semenyih dan Alhamdulillah, sejak itu sampai sekarang tiada lagi gangguan atau kejadian aneh. Bila diimbas kembali, saya meremang menyaksikan kejadian tu sendiri dan sekarang bercerita pun meremang," katanya.

Semoga memberi manfaat.


BACA INI JUGA: 11 Jenis Pokok Yang Biasanya Berhantu!Kisah Benar Hantu Anak Menantu Hantui Banglo!
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/07/rumah-sewa-berhantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sorang Sorang Cabut Lari Tular Kes Kemalangan Ngeri Lelaki Ini Bagi Pesanan Pedas Buat Mat Rempit

Hiburan Sorang Sorang Cabut Lari Tular Kes Kemalangan Ngeri Lelaki Ini Bagi Pesanan Pedas Buat Mat Rempit

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 580 hits
Hujung minggu lalu gempar di media sosial mengenai insiden kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu yang mengorbankan empat orang penunggang motosikal Tragedi tersebut telah mengundang pelbagai respon dan sp...
Cabut Lari Ketika Serbuan Samseng Pecahkan Cermin Kereta Diburu Polis

Cabut Lari Ketika Serbuan Samseng Pecahkan Cermin Kereta Diburu Polis

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 227 hits
Video seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin tingkap sebuah kereta yang dipandu wanita hamil telah tular di media sosial Tindakan biadap lelaki terbabit yang menyerang pemandu wanita itu menggunakan pisau berjaya dirakam sehingga ...
Perghh Ombak Besar Sergah Majlis Perkahwinan Tetamu Cabut Lari

Perghh Ombak Besar Sergah Majlis Perkahwinan Tetamu Cabut Lari

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 483 hits
Ombak besar secara tiba tiba menghempas dinding penghadang dan membuatkan tetamu sebuah majlis perkahwinan melarikan diri InstagramHONOLULU Hawaii Berpuluh puluh tetamu sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di tepi pantai berdepan detik c...
Pulang Wang Saja Tidak Cukup Jho Low Sendiri Mesti Dibawa Pulang

Pulang Wang Saja Tidak Cukup Jho Low Sendiri Mesti Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 235 hits
Selepas Pejabat Peguam Negara atau AGC memaklumkan mereka menolak semua tawaran Jho Low berhubung cadangan penyelesaiannya dengan Kerajaan Malaysia bekas Peguam Negara Apandi Ali dengan pantas tampil mengesahkan dirinya adalah wakil yang di...
Hiburan Alhamdulillah Syukur Hasil Buat Bisnes Balu Abam Bocey Berjaya Miliki Vellfire Sendiri

Hiburan Alhamdulillah Syukur Hasil Buat Bisnes Balu Abam Bocey Berjaya Miliki Vellfire Sendiri

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 275 hits
Balu kepada allahyarham Abam Bocey Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi moment gembira apabila dia berjaya membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire hasil titik peluh sendiri Sebelum ini Hidayah pernah berkongsi satu video di Instagram mili...
Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 255 hits
Melatih toilet training anak memang mendebarkan Perlu persiapkan mental dan fizikal lebih lebih lagi bila anak tidak dapat mengawal untuk buang air kecil Idea Penulis Keibubapaan Wan Nur Syakira yang berjaya melatih hanya dua minggu anaknya...
Apa Jenis Orang Lah Netizen Kecam Individu Judge Kawan Sendiri Sebab Pakai Proton Wira

Apa Jenis Orang Lah Netizen Kecam Individu Judge Kawan Sendiri Sebab Pakai Proton Wira

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 223 hits
Kawan yang setia adalah kawan yang sentiasa ada di saat susah mahupun senang tanpa mengira situasi yang dihadapi Akan tetapi segelintir orang berkawan kerana mempunyai agenda tersendiri dan menilai status seseorang berdasarkan apa yang dimi...
Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri Dulu

Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri Dulu

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 292 hits
REWARD DIRILAH DULU Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan Janji konvo bro cerita Ustaz Madi pada Ustaz Abu Shapiq Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri letih gila kerja nie Kita kena...
Usia Ini Sepatutnya Anak Dah Pandai Kayuh Basikal Buat Beberapa Perkara Sendiri Semak Perkembangan Anak

Usia Ini Sepatutnya Anak Dah Pandai Kayuh Basikal Buat Beberapa Perkara Sendiri Semak Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 388 hits
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak kanak Perkembangan fizikal kanak kanak Istilah kanak kanak kecil atau toddler biasan...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang