Serah Diri Atau
Serah diri atau… Bapa yang dilaporkan menyimbah anak perempuannya berusia lapan tahun dengan air panas di flat Kampung Melayu, Air Hitam Khamis lalu diminta menyerah diri bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis sudah mengenal pasti lokasi suspek berusia 41 tahun berkenaan berada selepas dia melarikan diri sejurus kejadian.
Beliau berkata, suspek bersama isteri dan anak bongsu mereka berada di luar Pulau Pinang.
“Kami meminta agar suspek dapat menyerah diri bagi diambil keterangan berhubung kes.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami tahu di mana lokasi mereka berada,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan suspek menyimbah anaknya dengan air panas selepas kanak-kanak perempuan itu didakwa mencuri wang RM10 milik ibunya di rumah mereka di sini.
Bagaimanapun berdasarkan siasatan, suspek bertindak sedemikian selepas berang dengan tindakan empat orang anaknya berusia tiga hingga sembilan tahun termasuk mangsa yang menghabiskan makanan dimasak isterinya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Sementara itu, polis masih menunggu laporan bedah siasat jenazah anggota polis dari cawangan khas yang maut selepas terjatuh dari pusat karaoke di Pulau Tikus bulan lalu.
Artikel Berkaitan
Bapa simbah anak dengan air panas bukan kerana curi duit, tapi sebab habiskan makanan
Bapa simbah anak dengan air panas bukan kerana curi duit, tapi sebab habiskan makanan. Kes kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang melecur disimbah air panas oleh bapanya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini Khamis lepas, bukan disebabkan dia mencuri wang tetapi kerana makanan habis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang (gambar) berkata berdasarkan siasatan polis, bapa kanak-kanak terbabit naik angin selepas mendapati makanan di rumah dihabiskan oleh empat anaknya yang berusia tiga hingga sembilan tahun.
“Kejadian mangsa dikatakan mencuri wang ibunya sebanyak RM10 merupakan kejadian lama dan bukan punca sebenar suspek bertindak menyimbah air panas kepada mangsa sehingga melecur tiga peratus di lengan, rusuk dan dada kanan,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai ejen jualan kad prabayar baru pulang daripada bekerja dan dalam keadaan lapar namun mendapati makanan yang disediakan isterinya yang berumur 38 tahun telah dihabiskan oleh anak-anaknya.
“Dia yang naik angin dan berang kerana lapar bertindak mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur di ruang tamu dan memarahi serta memukul mereka.
Suspek juga telah bertindak menyimbah semangkuk air panas yang diambil daripada mesin penapis air minuman di ruang tamu ke arah mangsa,” katanya.
Che Zaimani berkata tindakan lelaki itu disaksikan oleh isterinya namun wanita tersebut bukan setakat melihat dan tidak menghalang perbuatan suspek tetapi turut sama memarahi mangsa yang merupakan anak perempuan tunggal mereka.
Katanya selepas kejadian itu, pasangan suami isteri terbabit melarikan diri bersama anak bongsu mereka kerana bimbang ditahan polis.
“Anak sulung serta anak ketiga suspek kini berada bawah jagaan nenek mereka iaitu ibu kepada isteri suspek yang tinggal di flat sama.
Polis kini giat mengesan suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Saga warna putih dengan nombor pendaftaran PCK 9818,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Foto: Hiasan
The post Serah Diri Atau… appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/serah-diri-atau/