Sepotong Kek Marble Jelita Dengan Manik
Sekali lagi si kek marble jelita masuk cerita dalam blog. Kali ni saya potretkan versi moody white. Nampak menyerlah lah pula si kek marble jelita ni dalam moody white. Haritu versi basic moody ke vintage mood entah. Lupa!
Nak dijadikan cerita, kononnya nak beli kuih kaswi gedik viral tu tapi habis pula. Rezeki kek marble lah dapat ikut balik. Mulanya macam malas nak ambil gambar sebab dah ambil gambar haritu kan.
Tapi disebabkan kali ni sepotong kek marble jelita ni cantik sangat kejadian dia tanpa cacat cela dan bermanik, haruslah di potretkan dia.
Epal hijau pun nak bergambar sekali. Padahal dia bukan ada kena mengena dengan kek marble jelita ni. Saja letak sekadar hiasan. Nampak kena pula dengan warna hijau tu.
Kali kedua membeli ni, masih lagi menikmati rasa kek yang sedap. Kurang manis tu yang penting. Gebu dan lembut je keknya. Kek pun wangi butter gitu.
Selaku seorang yang tak pandai buat kek dan kuih-muih, kagum dengan bakers yang pandai buat kek dan berseni macam ni. Sekali orang beli, mesti akan ulang beli.
Kek marble dengan butter premium memang wangi dan best lagi. Ikutkan kek butter ni harganya tak lah terlalu mahal. Tapi kerana lukisan corak tu, dia automatik akan jadi mahal. Sebab bukan mudah nak buat tu. Yang pembuat je faham kepayahan nak melukis. Makan masa, tenaga dan kreativiti.
Perlu ada teknik dan tipsnya nak bakar kek elok tanpa merekah. Nanti merekah, dah tak jelita dah keknya sebab corak pun rosak. Kena faham, benda-benda berkaitan dengan seni ni ada nilainya yang perlu dibayar. Tambah lagi barang mentah pun dah serba serbi mahal sekarang. Kann..
Suka tengok bakers yang hebat berkarya. Rasa sayang pula nak makan bila kek cantik-cantik ni. Tengok hasilnya di @qaisyarosdi semua nampak cantik dan sedap-sedap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/08/sepotong-kek-marble-jelita-dengan-manik.html