Kek Marble Jelita Jelita Sungguh Kejadiannya
Di kedai yang sama membeli kuih kaswi pandan gedik dan kuih kaswi pandan santan leleh tu, beli juga kek marble jelita. Walaupun fenomena kek marble jelita ni dah berlalu tapi sampai ke harini tetap ONz orang berniaga kek marble jelita ni.
Maknanya kekal laku walaupun kurang hype. Kek marble ni kegemaran ramai, sebab itulah dia relevan sepanjang zaman. Kena dengan tekak semua peringkat usia. Cuma rupa paras kek marble sekarang lebih jelita.
Dulu adunan marble sampai ke dalam kek. Sekarang ni hiasan marble hanya bahagian atas je. Kalau tengok rupa kek tanpa hiasan, serupa macam kek butter. Tapi memang kek butter pun kan? Ampunkan saya kalau silap. Saya bukan pakar bab-bab kek ni.
Berseni sungguh pembuat kek jelita ni. Cantik betul hiasan kek marble dengan lukisan bunga. Elok tak merekah keknya, lukisan pun elok je selepas kek dibakar. Apakah tips bakar kek marble jelita ni ye?
Selain motif bunga, kek marble jelita buat lukisan gambar orang pun ada. Berseni sungguh lah. Dahlah pandai buat kek, pandai melukis pula. Kagum! Sebab tu kek-kek macam ni mahal sikit daripada yang biasa. Jangan ditanya kenapa mahal. Bukan mudah nak buat lukisan elok macam ni ye
Resipi kek marble dan cara buat kek marble jelita boleh cari di carian google. Banyak resipinya, ikutlah mana yang senang
Keknya pun sedap! Tekstur lembut dan tak manis sangat. Sebekas ni RM5, okaylah boleh buat rasa-rasa di kala teringin nak makan kek marble. Ikutkan dia punya jelita, rasa sayang nak makan
Disebabkan rasa kek marble jelita ni sedap, next time boleh repeat beli di kala teringin makan.
ig : @qaisyarosdi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/07/kek-marble-jelita-jelita-sungguh.html