Sepohon By 10 Gram Tempat Makan Romantik Dan Paling Hijau Di Cyberjaya


Sepohon by 10 Gram : Tempat Makan Romantik Dan Paling Hijau Di Cyberjaya | Assalamualaikum semua.. Kalau tanya nak makan kat mana mesti lambat je nak jawab. Bukan apa, time tu kepala duk ligat pikir kat mana tempat best nak makan. Sis rasa korang pun mesti macam tu jugak kan. Tapi baru-baru ni sis ada pergi ke satu restoran yang menarik di Tamarind Square iaitu Sepohon by 10 Gram.

Baru dibuka pada 5 Jun 2022 lalu, restoran Sepohon menampilkan dekorasi yang cantik dan membuatkan sesiapa sahaja yang memandang mengatakan ‘Wow’ terus terpesona, terutama sekali pada sebelah malam. Bagi sis inilah tempat makan romantik dan paling hijau di Cyberjaya.

Nak tahu tak kenapa sis kata Restoran Sepohon ni paling hijau di Cyberjaya?? Ha, sebab sesiapa yang biasa datang ke Tamarind Square mesti tahu tempat ni penuh dengan pokok-pokok yang menghijau. Namun bila melangkah je ke dalam restoran ni ada banyak pokok-pokok tau. Tapi pelik pula kenapa namanya Sepohon sedangkan ada banyak pokok kot. hehe, itulah tarikan di Sepohon. Pokok-pokok di sini bukan sekadar hiasan tetapi turut dijual ye. Peminat pokok boleh la makan-makan sambil belek-belek pokok, kot-kot ada yang berkenan. Harga pokok yang dijual serendah RM10 sahaja



Bagi pasangan yang mencari tempat makan romantik, kat sini lah tempat paling sesuai untuk membawa pasangan masing-masing kerana keanggunan restoran Sepohon ini yang melahirkan suasana cukup romantik. Panorama malam dengan berlatar-belakangkan bangunan pencakar langit dan pancaran cahaya lilin di segenap ruang di restoran ini akan membuatkan masa bersama pasangan kekasih untuk menjamu selera menjadi lebih bermakna. Kalau ada peluang, datanglah awal sikit sekitar jam 6 petang. Mata pasti terpesona dengan keindahan matahari terbenam yang boleh di lihat di bahagian atas restoran ini. Serius memang cantik dan romantik tau.

Sepohon yang diinspirasikan daripada kewujudan tumbuhan menghijau yang memenuhi restoran ini adalah cawangan terbaru di bawah lembayung beberapa restoran lain iaitu, 10 Gram, 10 Gram Bakers & Steak dan Kojo. Ramai juga kawan-kawan sis pernah datang dan makan di 10 Gram. So lepas ni Sepohon menjadi satu lagi tarikan kegemaran anak muda masa kini di Tamarind Square.



Dari segi menu pula restoran Sepohon mengetengahkan citarasa daging panggang (grill) dan BBQ. Apa yang menariknya daging stik dibakar perlahan menggunakan kayu pokok rambutan dan manggis selama 12 jam, malahan juga atas permintaan ramai terhadap citarasa barat di sekitar Cyberjaya. Jangan khuatir, semua hidangan di Sepohon di jamin Halal kerana mereka memiliki sijil halal dari JAKIM. Hasil masakan pula daripada chef muda berbakat besar, Aminuddin Bin Izhar, 23 bersama pembantunya di dapur membuatkan sis teringat-ingat keenakan dagingnya yang lembut, juicy dan penuh dengan rasa. Oh ya, menu yang sis dah cuba adalah :
BBQ Fiesta (Wood Fire BBQ Smoker)
Triple M&M
Melon Bun


Chocolate Popcorn, Golden Summer, Driving Me Nut
Masa ni sis pergi 3 orang jadi portion yang disediakan memang terlebih cukup untuk kami bertiga. Memang puas hati makan dan berbaloi sis drive datang dari Subang ke sini. So, kalau korang teringin nak makan daging lembu atau kambing mahupun ayam dibakar menggunakan kayu api ataupun Stone-grilled boleh la mencuba menu di Sepohon. Ada banyak pilihan menu yang membuatkan korang akan terkesima dengan senarai menu makanan dan minuman yang semestinya memenuhi citarasa masa kini dengan harga bermula RM5. Selain tu ada beraneka pilihan minuman viral dan pencuci mulut unik turut tersedia di sini yang boleh dinikmati sebelum dan selepas hidangan utama disediakan

Bahagian Roof Top

Oh ya, di bahagian atas restoran ni ada juga ruang untuk mengadakan private event dengan keluasan 500 meter persegi, berkonsepkan ruang terbuka dan mampu memuatkan 100 tetamu dalam satu-satu masa. Sepohon juga turut menyediakan pakej ulang tahun kelahiran dan perkahwinan dengan menyediakan dekorasi istimewa seperti hiasan belon, ucapan dan kek idaman hati. So apa tunggu lagi. Meh la bawa keluarga, kawan-kawan mahupun kesayangan hati ke sini. Gerenti puas hati


Sepohon dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari – 10 malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi 010-2135835 (En Edd) atau layari www.10gramgourmet.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2022/06/sepohon-by-10-gram-cyberjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

Masak Mi Segera Untuk Sarapan Makan Tengah Hari Amp Malam Isteri Akhirnya Diceraikan Suami

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 200 hits
GARA gara makanan sebuah mahligai runtuh di tengah jalan Itu kejadian yang berlaku di New Delhi India apabila seorang lelaki tergamak untuk berpisah dengan isterinya yang didakwa hanya pandai memasak mi segera untuk dijamah Kejadian itu did...
Jom Makan Makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru Di Kota Bharu Kelantan

Jom Makan Makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 670 hits
Jom Makan makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru di Kota Bharu Kelantan Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang cafe yang menjadi tumpuan ramai di Bandar Kota Bharu iaitu Cafe To The Moon Untuk pengetahuan korang C...
Makan Steamboat Lotun Van Bbu

Makan Steamboat Lotun Van Bbu

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum wbtDULU kan Sk selalu fikir apalah orang kerja pejabat ni buat Hahaha Bila Sk tidak lagi mengajar dan diserap ke bahagian akademik dan kemahiran haaaa barulah tahu macam mana bertimbunnya kerja Cuma masa baru baru tu macam k...
Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus

Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 838 hits
Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus Nutrilite vitamin E yang lebih dikenali sebagai Lecithin E merupakan produk yang aku amalkan sekarang Aku memilih Nutrilite Amway sebagai jenama supplement yang diamalkan kerana Nutrilite mengutamakan...
Resipi Sate Roti Sosej Roll Buat Bekal Anak Goreng Panas Panas Laju Anak Makan

Resipi Sate Roti Sosej Roll Buat Bekal Anak Goreng Panas Panas Laju Anak Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 252 hits
Buntu tercari cari menu untuk bekal anak ke sekolah Menu ringkas roti gulung yang dijadikan seperti sate ini pasti buat anak teruja nak makan Hanya gulungkan roti bersama sosej dan kemudian di cucuk pada lidi sate Memang ringkas Jom cuba pe...
Rumah Makan Di Depok Tertimpa Longsor Dua Guru Meninggal Dunia

Rumah Makan Di Depok Tertimpa Longsor Dua Guru Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 194 hits
Tiga orang tertimpa puing turap dua diantaranya meninggal dunia Yaitu Siti Marwati warga Kembang Beji dan Sudana warga Mampang Pancoran Mas Depok Korban selamat adalah Dede Safaat warga Rangkapan Jaya Pancoran Mas Depok Korban meninggal dun...
Biasakan Anak Makan Cendawan Kalau Kita Susah Nak Bawa Anak Keluar Dapatkan Cahaya Matahari

Biasakan Anak Makan Cendawan Kalau Kita Susah Nak Bawa Anak Keluar Dapatkan Cahaya Matahari

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 217 hits
Biasakan anak untuk makan cendawan kalau kita susah nak bawa anak keluar dapatkan cahaya matahari setiap hari Kenapa cendawan Ikuti perkongsian dari doktor ini 1 Dalam cendawan ada kandungan vitamin D Tak kisah lah apa jenis cendawan pun me...
Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan

Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 309 hits
Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan Saya berada dalam industri ayam daging dah 17 tahun Jadi sy rasa saya boleh bercakap isu ini Just nak share hari Sabtu dan Ahad ni banyak syarikat integrator besar yang TUTUP REBA...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities