Sepintas Lalu Sejarah Keadilan Kelantan


CATATAN 

APABILA digoogle untuk mengetahui sejarah penubuhan Parti Keadilan Nasional kemudian Parti Keadilan  Rakyat (PKR) Kelantan tidak ditemui. Ini bermakna tidak ada orang yang menulis mengenai sejarah penubuhannya menyebabkan tiada data mengenanya di dunia maya. 
Rombongan pimpinan Keadilan Kelantan
melawat Vietnam.Enjin pencarian juga  tidak dapat menemuinya. Laman sesawang Keadilan Kelantan ada sekadar ada, hanya ada satu saja posting mengenai barisan kepimpinan terkini. Laman itu tidak membantu langsung menyediakan maklumat tentang parti itu

Sejarah penting dalam hidupan, apa lagi dalam sesebuah perjuangan seperti parti Keadilan, Reformasi. 
Seharus para ahli tahu mengenai latar belakang dan sejarah parti yang disertainya barulah ia dapat menjiwa perjuangan itu. 
Tanpa membaca sejarah, roh perjuangan itu tidak menjerap ke dalam jiwa. Tidak hairanlah kalau ramai ahli parti itu wujud seketika saja kemudian hilang dan muncul kembali bila dalam keadaan-keadaan tertentu, terutamanya saat pertandingan atau menjelang pilihan raya.
Kebetulan saya sedikit sebanyak mengetahui sejarah penubuhan Keadilan di Kelantan peringkat awal di tahun 1999 dan turut terlibat dengan proses menggempur rakyat menyokong penubuhannya. Tentu ada hairan macam mana saya boleh turut memain peranan menghidupkan Keadilan di Kelantan. 
Saya bukan aktivis politik, tetapi hanya penulis dan pengamat politik kerdil. Tetapi kerana simpati dengan nasib dialami pencetusnya Anwar Ibrahim, yang dizalimi Dr Mahathir Mohamad serta terpesona dengan idealisme perjuangannya mengajak saya ke situ

Sesuai dengan saat pemilihan parti ketika ini wajar kalau dinukilkan serba ringkas sejarahnya untuk tatapan umum khasnya oleh generasi kini. Sekurang-kurang apabila ditanya mengenai Keadilan Kelantan mereka dapat menjawabnya, dan tahu akan susur galurnya. Paling penting menjadikan sejarah ini sebagai aspirasi atau petunjuk untuk membuat pilihan pemimpin kelak

Penubuhan Keadilan Kelantan.
Penubuhan Keadilan di Kelantan sejajar dengan penubuhan Keadilan di peringkat negeri-negeri lain juga. Selepas ia sah didaftarkan sebagai sebuah parti, tahun 1999, proses pengembangannya dilakukan. Kelantan tidak terkecuali. Pada masa itu tidak ramai yang minat untuk menyertai Keadilan. Masing-masing meragui akan keupayaan parti berkenaan. Tidak kurang ada yang gelak dan sinis dengan penubuhan Keadilan di Kelantan dan bertanya berapa bulan ia boleh bertahan, apa lagi kerana ia dipimpin oleh kaum Hawa, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lantaran itu tidak ada yang mahu ke depan bagi memimpin Keadilan Kelantan. Mereka yang menyertainya kebanyakan adalah rakan-rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada ABIM itu pun saling tolak menolak. Manakala dari Umno sebilangan kecil sahaja yang berani untuk bersama Keadilan. Bahkan pendukungnya dari Umno tidak bersama apabila Anwar dipecat. Tidak ada veteran Umno bersama Keadilan di Kelantan melainkan anak-anak muda dari kepemudaan Umno

Allahyarham Ustaz 
Muhamad MustafaNamun yang ramainya daripada kalangan ABIM. ABIM lah yang menyambut kehadiran Keadilan di Kelantan bersama Pas. Lantaran kesukaran mencari pemimpin itu (tidak silap), pengerusi ABIM Kelantan  Ustaz Muhamad Mustafa diamanahkan menjadi pengerusi. 
Beliau seorang ustaz dan pendakwah bebas yang hebat masa itu. Kuliyyah mingguannya markas ABIM di Jalan Pengkalan Chepa. Mohamad Mustafa merupakan ketua ABIM Kelantan. Dalam pilihan raya tahun 1999 beliau bertanding di kerusi parlimen Peringat Kerian melawan Annuar Musa, menang. Beliau menang atas tikit PAS. Saya rasa penyertaannya ke dalam Keadilan adalah atas restu Pas juga

Selain Ustaz Mat Mustafa ada beberapa kalangan ABIM lain yang ikut serta. Individu yang paling saya ingat ialah Wan Abdul Rahman. Selebihnya beberapa rakan Anwar sewaktu sama-sama membangunkan Yayasan Anda di Kuala Lumpur, antara Mohd Zaki Abdul Rahman dan Haji Ismail. Betapa sulitnya ketika itu buat Keadilan untuk mendapatkan seorang pengerusi bagi menggerakkan parti baharu itu.  
Ustaz Mohamad memimpin Keadilan seketika sahaja. Beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama atau pendakwa ketimbang politik. Ketidakupayaanya menyebabkan pengerusi Keadilan bertukar tangan kepada Nik Mahmod Nik Hassan, seorang ahli perniagaan dan juga bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Nik Mahmood tidak pernah bergulat dalam politik, menyebabkan Keadilan tidak begitu berkembang.
Selepas beberapa tahun timbalannya Saupi Daud mengambil alih sebagai pengerusi. Saupi adalah antara pengikut setia Anwar dalam Umno, beliau ketika itu ahli jawatankuasa Umno bahagian Tumpat. Gara-gara menyokong Anwar beliau dipecat dari Umno. Semasa Keadilan dibawah pimpinnya Keadilan mencapai kejayaan besar di Kelantan dengan memenangi tiga kerusi parlimen, Machang (Saifuddin Ismail Nasution), Ketereh (Abdul Aziz Kadir), Kota Bharu (Ramli Ibrahim) dan Tanah Merah beliau sendiri. Sebuah kerusi negeri, Dun Guchil juga dimenangi.
Kekalahan Keadilan pada pilihan raya seterusnya (2008) menyebabkan Keadilan kembali suram. Ekoran ini kepimpinan Keadilan Kelantan sekali lagi bertukar tangan kepada Abdul Aziz Kadir berpindah kepada Saifuddin Nasution Ismail kemudian kembali kepada Aziz. Masa dibawah Aziz ini memeritkan kerana beliau bertanggungjawab untuk memulihkan semula semangat parti setelah mengakami kekalahan teruk tahun 2004, dimana Keadilan menang hanya satu kerusi saja di parlimen Permatang Pauh saja. 
Situasi ini benar benar mencabar Aziz. Namun dengan dukungan kekawan beliau berjaya memulih semangat parti. Antara usahanya Aziz pernah membawa kepimpinan peringkat negeri dan cabang ke Vietanam untuk melawat negera negara repblik sosialis itu.
Tragedi yang menimpa Keadilan dengan peristiwa Langkah Sheraton menyebabkan Keadilan Kelantan kehilangan ketua apabila Abd Aziz meninggal Keadilan untuk bersama Zuraidah Kamaruddin yang bersekongkol dengan Azmin Ali mengkhianati parti. Keadilan jadi seperti yatim piatu, persis pokok kehilangan baja, renggas. 
Parti itu kembali seperti asal, tidak ada siapa terliur untuk memimpinnya

Saat inilah muncul Supardi Md Noor menjadi pengerusi. Awal penyertaan Supardi dilihat dapat menggerakan parti berpandukan kepada pengalamannya dalam politik. Beliau adalah bekas Pemuda Umno Kelantan dan pimpinan bahagian Tanah Merah. Kebetulan pula dia dilihat berharta.
Malang apa diharap tidak kesampaian seperti dibayangkan. Supardi tidak mampu membawa kejutan dan melonjokkan Keadilan. Beliau menyertai Keadilan seperti suatu "pelarian" sahaja apabila gagal untuk menguasai Umno Tanah Merah. Beliau tidak serius kerana dalam pilihan raya ke 14 beliau sendiri lari lintang pukang dari bertanding. Pilihan raya ke 15 baru beliau bertanding di Parlimen Tanah Merah kalah. 
Menyedari ketidak-mampuannya itu menyebabkan jawatan pengerusi ditukar sekejap kepada Nik Nazmi Nik Ahmad, namun Nik Nazmi juga tidak menemui rentak untuk membina kekuatan Keadilan walaupun dia seorang menteri dan parti sudah memerintah menyebabkan hendak tidak hendak pengerusi diserahkan semula kepada Supardi buat kali kedua.
Pemilihan.
Kini Keadilan sedang proses memilih kepimpinan peringkat cabang. Ahli parti berpeluang untuk memilih tokoh-tokoh baharu sebagai pengganti pimpinan peringkat cabang dimana setengah yang ada kini tidak menunjukkan kemampuan, bak akar setelah ketiadaan rotan. Rata-rata yang ada dalam Keadilan, kini generasi atau lapisan kedua yang jahil mengenai perjuangan Keadilan.
Kebanyakan yang menggerumuni Keadilan hari ini setelah Keadilan menjadi kerajaan. Boleh dianggap mereka aktif berpolitik dengan menyertai atau menyokong Keadilan setelah Keadilan menjadi sebahagian kerajaan Madani hari ini.
Untuk merebut jawatan ketua cabang, AMK dan Wanita ramai muka-muka baru generasi kedua  setengahnya semasa Reformasi mereka masih dalam perut ibu, menawarkan diri untuk dipilih jadi pemimpin. Sebenarnya itu tidak menjadi masalah, lumrah dalam kehidupan apa lagi politik, dimana ada gula di situ ada semut. 
Ramai tokoh muda yang menawar diri bertanding mempunyai latar belakang pendidikan dan profesional; doktor, peguam, guru, aktivis sosial dan lain. Perkembangan ini baik menandakan Keadilan sedang digilai. Selain itu ada juga beberapa kerat yang datang dari Umno menjenguk Keadilan untuk mendapat apa-apa peluang atas bekerjaaan

Hanya satu perkara harus diingati pemimpin yang hendak dipilih nanti, mereka bakal memikul amanah dimasa depan. Ketua-ketu cabang nanti merekalah akan bertanggungjawab kepada parti. Tidak mustahil juga mereka bakal menjadi calon pilihan raya akan datang.
Makanya pilihlah yang berkualiti, betul-betul menunjukkan komiten kepada parti dan mempunyai bakat kepimpinan dan ada pengaruh setempat. Paling penting individu yang berintegriti, berpengetahuan dan benar-benar mahu berjuang. Jangan pilih berdasarkan meterial. [wk.kl. 6: 57 pm 22/03/2025].
 Nota: Sesiapa yang arif mengenai sejarah penubuhan Keadilan Kelantan boleh berkongsi maklumat dengan penulis bagi melengkapkan penulisan ini. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/03/sepintas-lalu-sejarah-keadilan-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dirty Money Behind Success Of Influencers In Kelantan Say Police

Dirty Money Behind Success Of Influencers In Kelantan Say Police

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 138 hits
Kelantan police chief Yusoff Mamat said a product founder s seemingly successful business was a front for illegal activities PETALING JAYA Many social media influencers and product founders in Kelantan have been found to be involved in drug...
Influential Entrepreneurs Believed To Be Involved In Illicit Activities Says Kelantan Top Cop

Influential Entrepreneurs Believed To Be Involved In Illicit Activities Says Kelantan Top Cop

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 120 hits
KOTA BARU The Kelantan police have revealed that many entrepreneurs including product founders and influencers in the state who flaunt their wealth are believed to be involved in drug trafficking and money laundering Kelantan Police Chief D...
Kelantan Amukan Gajah Liar Dua Mangsa Cedera Parah

Kelantan Amukan Gajah Liar Dua Mangsa Cedera Parah

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 236 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Paya Linda Yahyaam hmetro com myKAKITANGAN Perhilitan diserang gajah liar ketika melakukan siasatan di lokasi kejadian serangan gajah di Laloh Kuala Krai Kuala Lumpur Seorang penduduk wanita dan kakitangan Ja...
Two Mil Vehicles Returning To Kelantan Netizens Mock The State For The Lack Of Opportunities

Two Mil Vehicles Returning To Kelantan Netizens Mock The State For The Lack Of Opportunities

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 193 hits
THE online community has always been a creative and interesting bunch After all it takes both of these qualities to turn even the most boring news piece into utter mockery Recently Bulletin TV3 on the X social media platform forecasted over...
Ramai Pengasas Produk Pempengaruh Di Kelantan Terbabit Pengedaran Dadah Cuci Duit

Ramai Pengasas Produk Pempengaruh Di Kelantan Terbabit Pengedaran Dadah Cuci Duit

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 159 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Polis Kelantan mendedahkan ramai pengasas produk dan pempengaruh di Kelantan terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah dan penggubahan wang haram Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff M...
Mewah Luar Biasa Polis Dedah Usahawan Influencer Kelantan Disyaki Terlibat Kegiatan Terlarang

Mewah Luar Biasa Polis Dedah Usahawan Influencer Kelantan Disyaki Terlibat Kegiatan Terlarang

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 142 hits
Polis Kelantan mendedahkan ramai usahawan kosmetik dan pempengaruh di negeri itu dipercayai menjadi dalang dalam sindiket pengedaran bahan terlarang serta penggubahan wang haram susulan kehidupan mewah luar biasa mereka Di pantauan polis su...
Tempat Ko Kat Kelantan Yang Murahbpil Yaba Ya

Tempat Ko Kat Kelantan Yang Murahbpil Yaba Ya

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 128 hits
Tak jemu mainkan naratif sebegini Tak dinafikan ada bazar yang tak laku Mungkin di dan Sebab dengar khabar sewa tapak di Beberapa kali ganda lebih mahal daripada di KL Jadi peniaga mungkin Tapi bazar di Johor seperti di tempat aku di di sam...
Orang Kelantan Ja Susah Negeri Lain Ok Ja

Orang Kelantan Ja Susah Negeri Lain Ok Ja

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 126 hits
Aman MohamadSuasana berbuka puasa di Aeon Mall KB Semua restoran full book full house Apa yang susahnya hidup di zaman Madani
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package