Seperti Air Yang Mengalir


 Judul : SEPERTI AIR YANG MENGALIRPenulis : Pahrol Mohamad JuoiPenerbit : JT BooksTahun terbit : Cetakan pertama 2022Jumlah halaman : 226
Seperti Air yang Mengalir, membaca judul buku ini saja sudah cukup menerbitkan rasa tenang di hati saya. Kulit buku berwarna biru dengan gambar sehelai daun seakan berbentuk hati yang sedang terapung di aliran air, saya kira ia cukup memberi gambaran berkenaan isi kandungan naskhah ini. Ia naskhah tentang mendidik hati, juga motivasi buat diri

Seperti Air yang Mengalir membawa kisah-kisah masa lalu penulis yang mengandungi iktibar dan juga catatan-catatan bagi mendidik hati. Bagi yang sudah biasa mengikuti penulisan Ustaz Pahrol tentu tahu bagaimana susunan bahasa yang digunakan - lembut, indah dan sedap dibaca. Namun isinya tidaklah yang indah-indah, kerana banyak yang menyentap jiwa saya

Antara kisah yang menarik - Ayah, Aku Rindu Marahmu! Satu kisah yang cukup menarik tentang ayah penulis. Indah sungguh takdir Allah! Apa yang menariknya? Kenalah baca buku ini. Memetik kata-kata penulis dalam kisah ini, “…modal mendidik dan memimpin itu bukan kerana banyak ilmu, tetapi limpahan kasih-sayang.” - halaman 10.
Juga secebis catatan pengalaman penulis sewaktu dalam tahanan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak yang dilihat daripada sudut tarbiah dan ibrahnya. Menurut penulis, “…hakikatnya “penjara hati” adalah lebih sempit daripada mana-mana penjara di dunia. Sudah berapa ramai orang bebas dan merdeka membunuh diri berbanding banduan yang meringkuk di penjara?” - halaman 59. Ia juga mengingatkan kepada kita bahawa dalam setiap masalah yang di hadapi, kembalikanlah jiwa kita kepada Tuhan dan kuatkan pergantungan kepada-Nya



Antara petikan/isi menarik buku sebagai panduan hidup kita :Manusia tidak dapat lari daripada ketentuan Tuhan. Kita hanya memiliki keupayaan tadbir untuk menerima takdir. Namun di sebalik setiap takdir, pasti ada hikmahnya. Apabila kita tekad mencari hikmah daripada sesuatu yang berlaku, kita tidak akan terlalu terseksa dalam menerima sesuatu yang buruk. - halaman 56Jangan bimbang jika engkau tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika dirimu benar-benar tidak berharga. - halaman 75Ujian yang sama, tetapi menimpa dua orang yang berbeza akan memberi impak yang berbeza. Ini akan bergantung kepada keyakinan kepada Allah SWT dan hari akhirat dalam diri dua orang tersebut. Sebenarnya, apa yang berlaku di dalam diri seseorang lebih penting berbanding dengan apa yang berlaku di luar dirinya. - halaman 80Jika kita menunggu untuk menjadi baik sebelum menyeru kepada kebaikan, maka tidak akan ada kebaikan dan manusia yang baik di dunia ini. Selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita akan terjebak dengan kemaksiatan dan dosa. - halaman 94Percayalah, memaafkan orang lain akan memberi banyak manfaat buat kita sendiri berbanding dengan orang yang kita maafkan. Sebaliknya, tanpa memberi maaf, mudaratnya akan lebih besar buat kita. - halaman 100Marilah kita mulakan solat dengan beranggapan bahawa itu ialah solat kita yang terakhir. Jika rasa itu dapat kita sematkan di dalam hati, insya-Allah solat itu akan kita laksanakan dengan sehabis baik. Kita akan berusaha untuk memahami makna bacaan dan menghayati pengajaran serta iktibar daripada ayat-ayat al-Quran, tasbih, takbir dan tahmid yang kita ucapkan. Kita nikmati rasa kebesaran dan keagungan Allah SWT ketika sujud dan rukuk. - halaman 106Tindakan kita untuk menghadapi ketakutan dalam hidup akan memutuskan rantai-rantai yang membelenggu kemajuan kita dalam penjara ketakutan itu. Putuskan rantai itu dengan bertindak supaya ketakutan yang sama tidak akan kita hadapi berulang-ulang dalam episod demi episod hidup yang terus mendatang. - halaman 226Seperti Air yang Mengalir, bacaan yang sangat baik buat kita semua bagi mendidik hati juga sebagai satu panduan dan motivasi dalam meniti kehidupan. Naskhah ini juga sesuai buat para remaja. Terdapat beberapa bab khusus untuk mereka, antaranya Belajar dari Sekolah Kesilapan dan Carilah Teladan Bukan Idola




* insya Allah buku ini akan menjadi salah satu judul buku pilihan yang akan saya berikan secara percuma kepada seorang sahabat blogger. Bagi yang berminat, nantikan entri berkenaannya insya Allah pada minggu hadapan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/03/seperti-air-yang-mengalir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Cuci Selalu Kalis Air Rambut Tidak Boleh Disikat Sindrom Rare Bayi Ni Tarik Perhatian

Tak Perlu Cuci Selalu Kalis Air Rambut Tidak Boleh Disikat Sindrom Rare Bayi Ni Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 154 hits
Rambut selembut rambut bayi Itulah ungkapan yang sering kita gunakan dalam kecantikan rambut wanita Sememangnya rambut bayi teramatlah lembut malah lurus dan senang diuruskan Namun lain pula halnya dengan seorang kanak kanak Locklan Samples...
Otak Anak Penat Lepas Belajar Doktor Saran Beri Minum Air Pegaga Memori Makin Baik Sistem Imun Pun Meningkat

Otak Anak Penat Lepas Belajar Doktor Saran Beri Minum Air Pegaga Memori Makin Baik Sistem Imun Pun Meningkat

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 155 hits
Kesian tengok anak anak yang belajar dari pagi hingga ke petang bukan sahaja penat fizikal otak pun turut penat Selain makanan nak tambah tenaga makanan untuk otak juga perlu supaya mereka kekal cerdas untuk hari hari berikutnya Nak bantu a...
New Air Vtls Involving Malaysia Thailand Cambodia Begin March 15

New Air Vtls Involving Malaysia Thailand Cambodia Begin March 15

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 192 hits
New air Vaccinated Travel Lanes involving Malaysia Thailand and Cambodia will begin on March 15 2022 as part of joint efforts to reopen international borders Transport Minister Wee Ka Siong said fully vaccinated travellers will be allowed t...
Perbezaan Penapis Air Cuckoo Vs Coway Mana Satu Lebih Bagus

Perbezaan Penapis Air Cuckoo Vs Coway Mana Satu Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 355 hits
Antara penapis air Cuckoo dan Coway mana satu penapis air terbaik Siapa ada pengalaman guna Cuckoo dan Coway bolehlah bagi pendapat Nanti bolehlah dijadikan rujukan untuk mereka yang baru nak berjinak jinak menggunakan penapis air termasukl...
Air Terjun Kat Cameron Valley Biar Betul

Air Terjun Kat Cameron Valley Biar Betul

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 488 hits
Assalammualaikum Dunia Sambung citer pi Cameron Valley Yang amazing itu Lihatlah keindahan dunia See tak leh mandi tauAwesome kan Meh gambau jat jambatan terbahagia Lepas dah jalan jalan untuk turun kat bawah kan eheheh ada air terjun laaaa...
Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 438 hits
Rundingan telah dibuat dan kerajaan Perak memaklumkan bahawa negeri itu memerlukan Loji Rawatan Air yang besar di utara Perak menurut Tuan Ibrahim MUAR Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang d...
The Lg Puricare 360 Air Purifier Is Upgraded With Enhanced Filter

The Lg Puricare 360 Air Purifier Is Upgraded With Enhanced Filter

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 213 hits
LG offers consumers innovative air solutions for even more purified indoor air quality Leading home appliance manufacturer LG Electronics Malaysia has recently upgraded its residential air purifier LG PuriCare 360 Air Purifier with Safe Plu...
Bekalan Air Di Kl Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 4 Pagi Esok

Bekalan Air Di Kl Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 4 Pagi Esok

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 178 hits
Gambar Hiasan SHAH ALAM Bekalan air di semua 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 pagi Sabtu kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri Beliau berkata bekalan...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin