Otak Anak Penat Lepas Belajar Doktor Saran Beri Minum Air Pegaga Memori Makin Baik Sistem Imun Pun Meningkat
Kesian tengok anak-anak yang belajar dari pagi hingga ke petang, bukan sahaja penat fizikal, otak pun turut penat. Selain makanan nak tambah tenaga, makanan untuk otak juga perlu supaya mereka kekal cerdas untuk hari-hari berikutnya.
Nak bantu anak punya otak cerdas dan cergas, boleh cuba amalkan minum air pegaga yang dicampur madu seperti yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar ini!
Air Pegaga untuk memori anak yang baik, maklumat segera dihadam!
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
Masukkan ke dalam blender.
Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
Blend.
Campurkan dengan madu.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: DrRizal Abu Bakar
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Otak Anak Penat Lepas Belajar, Doktor Saran Beri Minum Air Pegaga. Memori Makin Baik, Sistem Imun Pun Meningkat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/otak-anak-penat-lepas-belajar-doktor-saran-beri-minum-air-pegaga-memori-makin-baik-sistem-imun-pun-meningkat/