Hari ni gambar ini ditularkan dengan niat menyatakan ia adalah gambar Tuan Guru menandatangani cek 1.4 juta.
Ini yang sebenar
tyrazalhe 01/03/2019
BANGI, 24 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – PAS hari ini menafikan nombor akaun di atas sekeping cek bernilai RM1.4 juta yang menjadi tular sejak kelmarin, adalah milik parti itu.
BANGI, 24 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Himpunan aman membantah penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ di seluruh negara hari ini bertujuan menghantar gelombang isyarat kebangkitan umat Islam, supaya tiada mana-mana pihak berani mengulangi perbuatan itu.Di KUALA LUMPUR, wartawan Ismaweb.net, Siti Hafidah Abdul Ghaffar melaporkan lebih 500 umat Islam berkumpul di Masjid Negara selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap pihak yang menghina Islam dan Melayu, selain menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas menghalang perbuatan itu.Perhimpunan itu yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) turut mendapat sokongan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana; GAMIS; Pembina; Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Muafakat; GPMS; dan Perkasa.Hadir sama pada perhimpunan itu termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussin; dan Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris.Selain itu, Ketua Eksekutif MAKPEN, Mohd Zai Mustafa; Ketua Penerangan Perkasa, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif; Aktivis PPIM, Izzat Johari; dan Presiden Gamis, Muhammad Ikhwan Nasyriq Salahin, turut hadir.Video Player00:0023:03Di JOHOR, Bernama melaporkan kira-kira 500 orang menyertai Himpunan Rakyat Jangan Hina Nabi Muhammad SAW, selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru.Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah; serta aktivis Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda), Onn Mahathir Md Nasir.Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata, walaupun individu terbabit sudah dikenakan tindakan undang-undang, himpunan hari ini tetap relevan, kerana perkara ini boleh berulang pada masa hadapan.“Jadi, sama ada sudah jatuh hukum macam mana pun, kita kena bagi isyarat gelombang kebangkitan Islam supaya orang lain dan orang sama tidak berani mengulanginya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Di SEREMBAN, Negeri Sembilan, lebih 100 orang menyertai ‘Himpunan Rakyat: Jangan Hina Nabi Kami’ peringkat negeri di luar pintu masuk utama Masjid Negeri.Perhimpunan aman anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS yang diadakan selepas solat Jumaat itu menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW.Turut hadir ialah anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Raihan Husni; Ketua Pergerakan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Zaidy Abdul Kadir; dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya serta wakil NGO.Di SHAH ALAM, Selangor, lebih 500 anggota Pemuda PAS Selangor, mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan hari ini berusaha menghantar mesej agar rakyat pelbagai bangsa supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.Seruan itu dibuat menerusi satu himpunan aman yang diadakan kira-kira 40 minit di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat.Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli menyifatkan tindakan segelintir individu sehingga menyentuh sensitiviti agama Islam baru-baru ini dilihat boleh mengganggu ketenteraman rakyat.“Saya amat berharap supaya semua penganut pelbagai agama janganlah menghina agama lain sebaliknya hiduplah dalam keadaan saling menghormati.“Kita juga berharap supaya pihak peguam negara tidak mengambil ringan perihal yang menyentuh sentiviti umat Islam khususnya Nabi Muhammad ﷺ,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas himpunan itu.Di KOTA BHARU, Kelantan pula, Perhimpunan Bantah Hina Nabi di Medan Ilmu yang diadakan di Medan Ilmu, selama kira-kira 30 minit, dihadiri oleh wakil Pemuda PAS, NGO dan mahasiswa.Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Mohd Asri Daud yang ditemui selepas perhimpunan itu berkata, perbuatan menghina nabi adalah satu tindakan melampau dan pelakunya wajar dikenakan hukuman berat.Pada 19 Februari lalu, seorang warga emas ditahan kerana menghina Nabi Muhammad ﷺ menerusi satu akaun Facebook namun dibebaskan tiga hari selepas itu dengan jaminan polis atas faktor umur dan komplikasi kesihatan.Pada 24 Februari pula, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyatakan tiga kertas siasatan dibuka berhubung kes penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad ﷺ dan isteri baginda, Saidatina Aishah untuk disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi 1998.Lelaki warga emas itu yang menggunakan laman Facebook ‘Foo Sing Wai’ memuat naik karikatur berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad ﷺ dan isteri Baginda, Saidatina Aishah.Individu berbangsa Cina itu dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, jam 5 petang, pada 17 Februari lalu.Lelaki terbabit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.Dia dipenjarakan selepas gagal membayar wang jaminan RM20,000 yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur, pada 27 Februari lalu.https://www.ismaweb.net/2019/03/01/hina-islam-rasulullah-%EF%B7%BA-umat-islam-seluruh-negara-bangkit/
JOHOR BAHRU, 24 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Kerajaan Johor mempunyai perancangan untuk tidak lagi bergantung kepada Singapura bagi mendapatkan bekalan air terawat.Tanpa mendedahkan perancangan itu, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan negeri sedang berusaha bagi menampung sendiri keperluan air terawat di Johor, dan ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.“Saya sentuh sedikit mengenai isu air dengan Singapura. Saya ingin memberi pencerahan sedikit bahawa telah ada perancangan untuk tidak lagi bergantung kepada Singapura bagi mendapatkan sumber air terawat yang kita beli daripada mereka selama ini.“Tetapi perkara ini masih lagi dalam peringkat perancangan dan saya tidak dapat kongsikan butirannya pada ketika ini sehingga perancangan ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Johor, di sini hari ini.Menurut kenyataan itu, Menteri Besar Johor berkata demikian ketika berucap pada penutup Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga barisan Menteri Kabinet di Putrajaya, hari ini.Semalam, ketika bersama-sama dalam sesi pemukiman berkenaan, Dr Mahathir mahu Johor mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu pembelian air terawat daripada Singapura.Pada pertengahan bulan lalu, Perdana Menteri berkata, rundingan semakan semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura akan diusahakan dengan diketuai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, dan disertai pegawai kanan kerajaan Johor.Di Mahathir berkata, Malaysia berpendapat bahawa harga 3 sen untuk 1,000 gelen air itu ditentukan pada tahun 1926.“Ketika itu, nilai wang 1 sen boleh beli banyak barang, tetapi waktu sekarang wang 1 sen tak boleh beli apa-apa, 3 sen pun tak boleh beli apa-apa.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |